kadar tol naik ....
KUALA LUMPUR: Rakyat akan nikmati kadar tol baru mulai 1 Mac.
Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kononnya selaras dengan terma perjanjian konsesi antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
nota: Ini trademark Umno/BN atau Pak Lah. Umum dulu lihat reaksi rakyat, kalau rakyat marah, Pak Lah akan umum kaji semula. Kalau kita pikir daripada segi akaliah yang sehat, keadaan politik sedang hangat dengan pelbagai hal yang belum dapat diselesaikan, rakyat dihumbankan pula dengan kenaikan harga tol. Modal bagus untuk kempen PRK Bukit Gantang.