Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - -


DUA ADUN PR DITAWAR RASUAH JUTAAN RINGGIT

IPOH (25 Feb): Dua ADUN Pakatan Rakyat membuat laporan polis hari ini pada SPRM kerana ditawarkan rasuah jutaan ringgit agar mereka mengisytiharkan menjadi Adun bebas atau menyertai BN.

Keshvinder Singh (DAP-Malim Nawar) berkata beliau ditawarkan RM20 juta, manakala Abdul Yunus Jamsari (PKR-Kuala Kurau) mendakwa ditawarkan antara RM3 dan RM8 juta. Mereka memberitahu pemberita demikian di luar pejabat SPRM di sini,.

Keshvinder berkata tawaran itu dibuat oleh beberapa ejen yang mendakwa mewakili TPM Najib Razak, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak.

Salah seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, katanya sambil menegaskan bahawa antara tawaran lagi ialah, jika beliau menyertai MIC, beliau akan dilantik menjadi Pengerusi MIC Perak dan sebagai Exco. Tawaran untuk dilantik menjadi Exco dibuat selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri..

“Saya mendesak Najib tampil menyatakan pendiriannya kerana tindakan seumpama ini dengan jelas menunjukkan bahawa kerajaan negara kini terlalu korup dan sangat terdesak,” katanya.

Yunus pula berkata, selain wang ringgit, beliau juga ditawarkan konsesi balak jika meninggalkan PKR. Tawaran itu dibuat oleh beberapa ahli perniagaan yang mendakwa mereka mewakili pimpinan kerajaan negeri Perak.

Yang turut sama mengiringi dua Adun itu ialah Ramli Tusin (Semanggol), A. Sivasubramaniam (Buntong), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Chang Lih Kang (Teja), Sum Cheok Leng (Bercham), Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong). END

Tags:

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers