Seluruh kakitangan awam telah dikerah menghadiri kunjungan PM DS Najib Razak yang akan melawat.kampus USM, Sabtu ini. Khabarnya yang bercutipun diarah batalkan cuti agar target minimun 5,000 orang hadir.
Khabarnya PM mai USM jam 11 pagi ini dalam lawatan rangka kerjanya. Khabarnya nak g jumpa rakyat di USM dan di Tanjong Tokong.. Maka seluruh rakyat telah dikerah untuk beramai2 agar tidak memalukan Perdana Menteri.
Semalam ada mesyuarat ICU melibatkan agensi kerajaan di Pulau Pinang. Para pengarah negeri, ketua polis, bomba dan segalanya dikerah hadir. Semua Ketua Jabatan di negeri ini dikerah hantar staff masing-masing untuk sambut ketibaan Perdana Menteri di USM kira-kira jam 11 pagi.
Harap ramailah yang datang...mesyuarat tu harap minimun 5,000 orang je di USM. Utusan Meloya tentu akan tulis 50,000 hadir.
Walaupun beberapa jabatan keberatan mengerahkan kakitangan turun kerana kerja dan tugasan, serta guru yang sedang bercuti..semua dipaksa turun padang.
Lepas USM PM akan ke Tanjong Tokong..jumpa Melayu di sana yang dah lama tersadai dengan masalah perumahan sejak Gerakan dan Umno memerintah berkurun lamanya.
0 comments