Rosmah Mansor, isteri PM melaksanakan tugasan PM apabila diberi pengiktirafan untuk merasmi dan melancarkan kapal milik TLDM. Maha hebat, apabila Menteri Pertahan, DS Zahid Hamidi dan mantan PM Tun Dr Mahathir sekadar menjadi tetamu.
Apakah Najib sendiri sudah muak untuk melakukan upacara seumpama ini. Atau beranggapan berpadanan dengan bini je buat kerja2 untuk pertahanan negara.. atau memang Zahid sengaja jemput Rosmah sahaja atau telah diarah berbuat demikian.
Apakah Najib sendiri sudah muak untuk melakukan upacara seumpama ini. Atau beranggapan berpadanan dengan bini je buat kerja2 untuk pertahanan negara.. atau memang Zahid sengaja jemput Rosmah sahaja atau telah diarah berbuat demikian.
BANTIN: Datin Seri Rosmah Mansor menamakan dan melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang. Kapal TLDM Gagah Samudera itu adalah kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera yang menjadi identiti bagi kapal latihan milik TLDM.Kapal Latihan Gagah Samudera ini mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat metrik 1366 tan metrik dengan 47 orang krew dan 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.
Turut hadir pada majlis penamaan & pelancaran kapal latihan tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Shariff.Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dalam ucapannya berkata, Gagah Samudera merupakan kapal pertama daripada dua buah kapal yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui kontrak perolehan dengan NGV Tech.
"Selain itu, kapal latihan ini juga telah menggunakan kepakaran & kemahiran anak-anak tempatan dengan kerjasama daripada syarikat Daewoo Shippbuilding dan Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.Selain itu, kapal latihan yang kedua akan dinamakan dan dilancarkan pada hujung bulan Januari tahun hadapan. ~klpos
0 comments