Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics sketsa - ISU YDP MAIPP MASIH BELUM SELESAI..

Isu perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang nampaknya belum selesai sepenuhnya, walaupun jalan keluar untuk mengatasi kemelut itu amat mudah tetapi menjadi payah kerana sikap YB Abdul Malek Kassim yang dilaporkan belum atau enggan berundur.

Malek yang telah mendapat surat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk perlantikan YDP MAIPP itu, kelihatan masih mempertahankan perlantikan itu. Malek dikhabarkan sehingga kini belum atau enggan berundur atau meletakkan jawatan.

Malek yang juga exco agama kerajaan negeri dikatakan menyifatkan perkenan Agong itu mesti dihormati, Malek juga dikatakan sekadar buat tidak mengerti arahan berundur daripada Pengerusi PKR Negeri Dato Mansor Othman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Pada satu sidang media, Mansor pernah menyuarakan dengan kuat bahawa Malek tidak dikehendaki untuk mengisi jawatan YDP MAIPP kerana seperti dijanjikan ia seharusnya diserahkan kepada Dato Salleh Man, Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Janji ini disuarakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun pimpinan peringkat Pusat Pakatan Rakatan dilaporkan sebulat suara bersetuju bahawa Malek hendaklah berundur, beliau kelihatan tetap tegar dengan pendiriannya untuk berdiam diri dan sehingga kini tidak berundur atau menyerahkan sebarang surat tidak menerima perlantikan.

Keadaan ini menyukarkan pengurusan dan pentadbiran MAIPP kerana ia boleh melumpuhkan aktiviti MAIPP. Salleh yang turut ditawarkan selaku Timbalan YDP juga berada dalam dilema ekoran situasi berkenaan. Salleh tersepit antara untuk menolak atau menolak dan menerima jawatan Timbalan YDP.

Jika berasaskan tawaran itu, Salleh tidak mempunyai ruang untuk menolak surat tawaran perlantikan Timbalan YDP itu kerana jika beliau menolaknya maka bererti Salleh menolak untuk berada di dalam MAIPP dan ia sekali gus meranapkan peluang Salleh untuk dilantik semula.

Untuk mengatasi kemelut ini, jika berasaskan peraturan dan perlembagaan MAIPP, Salleh hanya boleh berperanan sebagai ketua atau memangku jawatan YDP..., jika YDP yang dilantik tiada (dalam negeri) ataupun meletakkan jawatan.

Sikap Malek ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam pengurusan pentadbiran MAIPP, kerana ia secara langsung menghalang pergerakan MAIPP.

Bagaimanapun berasaskan maklumat dalaman MAIPP, para pegawai dan kakitangan MAIPP lebih menyenangi dan menerima Salleh Man berbanding Malek untuk menerajui MAIPP.

Suara-suara negatif terus kendengaran, kerana kemelut semudah inipun gagal diatasi ekoran tiada sikap bertoleransi. Apakah benar seperti ada yang berkata kemelut ini berlarutan kerana ada yang berkepentingan. 

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers