Isu ini timbul, ekoran semalam Salleh mempengerusikan mesyuarat MAIPP walaupun Abdul Malik Kassim yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik menjadi Yang Dipertua MAIPP.
Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang, mesyuarat MAINPP perlu dipengerusikan oleh Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Sebelum itu. Timbalan Ketua Menteri Dato Mansor Othman memberitahu sidang media bahawa Salleh akan mempengerusikan mesyuarat MAIPP kerana Malik telah bersetuju untuk menarik diri daripada menerima perkenan perlantikan itu.
Malik juga telah bersetuju dengan pendirian Pengerusi Parti Keadilan Negeri itu.
Salleh ketika dihubungi berkata, mesyuarat semalam tidak perlu dipertikaikan kerana ia turut dihadiri oleh Penasihat Undang-undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad tidak hadir kerana berada di luar negara.
"Jika tidak sah, sudah tentu penasihat Undang-undang negeri akan membuat teguran, sesuai dengan kedudukannya," kata Salleh.
Salleh berkata, mesyuarat berjalan lancar dan semua yang hadir istiqamah dengan usaha untuk terus memajukan MAIPP dan membina kekuatan umat Islam di Pulau Pinang, khususnya.
"Saya menyeru semua pihak untuk sama-sama memberi input positif bagi melaksanakan kerjabuat demi Islam, muslimin dan muslimat daripada bertelagah mencari kekurangan dan kedhaifan yang akhirnya merugikan .
"Ingatlah bahawa MAIPP bukanlah sebuah badan politik tetapi sebuah agensi agama Islam yang dibina khusus untuk memelihara kepentingan Islam dan umatnya secara menyeluruh," kata Salleh.
"Saya hanya ingin melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab pada saya dengan sebaik mungkin. Saya akan berusaha memperbaiki kelemahan (jika ada) agar MAIPP terus mencatat kecemerlangan," tegas Salleh.

0 comments