sahol hamid |
Minggu lepas kecoh pasal VC UITM Datuk Sahol Hamid Abu Bakar dikatakan telah salah guna kedudukan beri biasiswa pada dua anak sendiri. tetapi Penasihat undang-undang UitM kata tak da per..dah bersih nama Sahol Hamid tu...takda bukti..tapi kat bawah ada lak emel surat Badan Pencegah Rasuah (masa tu) yang kata Sahol Hamid telah salah guna kuasa.. habis camner . Mana yang betul ni
Berikut petikan Malaysiakini:
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa VCnya Datuk Sahol Hamid Abu Bakar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.
Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid (kiri) tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.
“Mereka mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem.
Pakar perlembagaan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga ada menjalankan siasatannya sendiri. Shad Saleem bagaimanapun tidak mendedahkan hasilnya.
Anak dia tak dapat pun biasiswa tu. Ni lebih nk jatuhkan imej org. Salah ke anak tnc mohon biasiswa? Kalau dah layak apa salahnya?
As a leader its almost impossible to please everyone. Jangan pula kata mereka yang support kaki bodek atau orang‘yes sir’ sahaja. Macam saya, saya mmg suka dgn kepimpinan Dato Sahol di uitm. Saya lihat banyak transformasi positif yang telah dilakukannya. Beliau ambil berat ttg warga uitm, dia bukan jenis yang cakap lain, buat lain, seperti apa yang satu golongan kecil kata. Org yang menentang tu maybe tak setuju dengan kepimpinan Dato Sahol. Itu adalah hak mereka. Tapi sesetengah golongan yang tak puas hati ni, kebencian mereka kerana tidak see ‘eye to eye’ dengan pemimpin menjadikan mereka ular berbisa dimana mereka mula membuat rancangan untuk menjatuhkan pemimpin hanya mungkin kerana perbezaan pendapat ttg satu perkara kecil yang mereka anggap besar, tak puas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak menyebelahi mereka & etc. dalam isu nak jatuhkan vc uitm ni sebenarnya kes dalaman, masalah bermula bila perkara yang dilaksanakan tidak menyebelahi sesetengah pihak. contohnya bila tak disambung kontrak samada sebagai kakitangan, dekan, pengarah, ketua atau inginkan sesuatu pangkat dan jawatan tapi xdpt. Mereka ni marah, x sedar knp dirinya x disambung @ x dpt, so sb x puas hati mulalah meroyan, kutuk, nak sabo & etc. Tahu ke kuasa veto x ada pada vc uitm sepenuhnya, not this vc, but I don’t know abt the one before. Dalam hal dato sahol, beliau mempraktikkan kepimpinan bersama, sebab itu perihal menyambungkan kontrak atau memilih seseorang itu sebagai ketua dan etc, akan ada komitee yang membantu Dato Sahol dalam proses membuat keputusan. Dato Sahol hears facts and opinions from diff perspectives. If majority in the committee supports a certain decision even though it is against the vc’s decision, then the decision will according to majority. You see, the vc n mngt team is all 4 making uitm improve as an institution, that’s all. Those who don’t agree with some of the decision made by vc and komitee mula lah cakap vc ni merosakkan uitm lah, vc patut diganti dengan orang lain yang sehaluan dengan mereka la. Macam itu lah tabiat orang kita. Bila orang x setuju dengan kita, mula lah kita anggap org tu sbg org paling teruk sekali. Mulalah mengumpat, spread rumors, burukkan org tu sabo, tulis blog buruk, surat layang la. Jijik betul tabiat kita ni. Pernah juga sesetengah keputusan yang dibuat Dato Sahol n management team tidak memihak kepada saya dan beberapa warga uitm, tapi keputusan yang dibuat berpihak kepada majority warga uitm as a whole. Kita kena tengok dari sudut lain, dari sudut yang lebih besar, dan bukan hanya pentingkan diri sendiri. Saya bukan pembodek dan saya bukan’yes sir’ punya orang. Sebab bila saya bercakap positif ttg Dato Sahol, mula lah org yang anti dgn beliau cakap saya ni kaki bodek. Ni biasa, orang kita mmg perangai mcm tu. Sangat immature org kita kadang-kadang. Saya Nampak kepimpinan Dato Sahol macam mana. Dato Sahol dan management hanya mahukan the best untuk uitm yg banyak potensi ini. Jangan lah kita merosakkan rancangan mereka untuk menaikkan nama uitm. Cuba lihat achievement uitm setakat ini semenjak Dato Sahol menjadi vc, banyk. Berapa banyak orang dah beliau dan management bantu? Beribu-ribu. Kenapa kita tak Nampak semua ini? Semenjak Dato Sahol jadi vc, dah pun ada warga uitm yang sambung belajar ke Harvard. Ini adalah satu achievement yang besar. Banyak lagi kejayaan yang Dato Sahol lakukan untuk uitm dengan kerjasama warga uitm yang Nampak hala tuju bagus vc kita ni. Jika uitm naik, kita sama-sama akan untung. Jika kita tak puas hati sebab tak disambung jawatan, tak dinaikkan pangkat, tak dapat apa yang kita nak, Tanya diri dulu, kenapa? Everything in uitm ada black and white. Jika kita tak dapat naik pangkat, maybe sebab kita tak cukup syarat. Fikir kan lah!