Pilihanraya Umum Ketiga Belas akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bermula Mac ini , sebaik sahaja Parlimen dibubarkan oleh PM DS Najib Razak. Begitupun ia di Malaysia, senarionya berlandaskan ilham.
Kereta Bugati ini dikatakan milik Mukzani Mahathir. Harganya mencecah RM17 juta? |
Najib mungkin belum mendapat ilham.. namun desas-desus semakin ketara menampakkan ia semakin hampir bangat berasaskan susunan program lawatan Najib ke beberapa negeri-negeri.
Hampir semua negeri telah Najib lawati, malahan kalau diambil kira dalam tempoh setahun, terdapat sesetengah negeri sudah dua kali dilawatinya..contohnya Pulau Pinang.
PRU12 diadakan setelah PM DS Abdullah Ahmad_Badawi mendapat ilham membubarkan Parlimen_Malaysia pada 13 Februari setelah Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin memperkenankannya. Barang diingat Pak Lah memang gemarkan angka 13, walhal banyak kalangan peramal menyifatkan angka itu tidak baik (tahyul).
SPR kemudian mengumumkan Hari penamaan calon pada 24_Februari. Setelah itu, Tsunami 2008 pun berlaku dan mengejutkan ramai kerana pada 8 Mac 2008, rakyat yang banyak memangkah Pakatan Rakyat. Dan ia ternyata hampir meragut keseluruhan nafas Umno-BN.
Pakatan Rakyat merampas negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak, serta Selangor selain mengekalkan Kelantan.Malahan banyak kerusi di Negeri Sembilan, Melaka dimenangi, di samping ada beberapa kerusi di Johor dan Pahang.
Maka jika dilihat pada tarikah keramat itu...maka sudah hampir pasti PRU13 akan diadakan pada tempoh waktu terdekat MAC ini, demikian menurut sumber.
0 comments