Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Adalah difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan Umno-BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Laman-laman blog dan FB kelihatan banyak mengulas mengenai kemeriahan program berkenaan. memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program. Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.
Hadiran juga berharap program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.
Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ia ditampilkan secara kreatif. (blog Pena Kusisip)
0 comments