Berikutan kengganan pihak Umno-Online, iaitu laman web rasmi Umno, menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Sehingga hari ini, sudah terdapat 9 laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan. Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.
Laporan-laporan tersebut disenaraikan dalam jadual di bawah:
a) | Dakwaan Cabul: Tindakan Guan Eng Berdolak Dalih Timbulkan Banyak Persoalan | 18 Okt 2011 | |
b) | Isu Cabul: Guan Eng Mesti Jelaskan Perkara Sebenar Atau Ambil Tindakan | 18 Okt 2011 | |
c) | Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam | 19 Okt 2011 | |
d) | Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral?? | 19 Okt 2011 | |
e) | Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit | 20 Okt 2011 | |
f) | Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit | 21 Okt 2011 | |
g) | Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati | 25 Okt 2011 | |
h) | Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng | 25 Okt 2011 | |
i) | Isu Cabu : Guan Eng Umpama Penembak Buta | 28 Okt 2011 | |
Jadual 1: Senarai laporan-laporan di Umno-Online
Tambahan pula, laporan-laporan “Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” dan “Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??” pada 19 Oktober 2011, “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” pada 20 Oktober 2011 dan “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” pada 21 Oktober telah memetik daripada sebuah laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh suratkhabar Guang Ming Daily. Guang Ming Daily telah pun menafikan kewujudan laporan tersebut dalam akhbarnya pada 21 Oktober 2011 (halaman A2).
Tuduhan-tuduhan tersebut merupakan fitnah yang keji dan langsung tidak berasas. Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan sembereno walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu.
Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2011, “pelajar perempuan” yang terbabit, Anya Corke, telah mengeluarkan kenyataan keras untuk menafikan penglibatannya. Malah beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.
Kenyataan Anya yang merupakan seorang pemain catur antarabangsa dari Hong Kong telah disusuli dengan penafian daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang En. Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011. Beliau pun telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.
Kenyataan-kenyataan Anya dan Encik Ahmad Tarmizi pula adalah tambahan kepada kenyataan En. Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, yang juga telah menafikan kejadian itu.
Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, Umno-Online masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, seperti yang boleh dilihat dalam laporan-laporan “Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati” dan “Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng” yang bertarikh 25 Oktober 2011.
Berikutan laporan-laporan ini, Ketua Menteri telah mengadakan sidang media pada 26 Oktober 2011 disusuli dengan kenyataan akhbar pada 27 Oktober 2011 menuntut supaya Umno-Online menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah tersebut.
Namun begitu, laman web Umno-Online bukan sahaja tidak menarik balik atau meminta maaf, malah masih lagi menyiarkan laporan-laporan yang sudah diketahui palsu dan berunsur fitnah. Ini boleh dilihat dalam laporan seterusnya pada 28 Oktober yang bertajuk “Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta”.
Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran kesemua 9 laporan-laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah, antara lainnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas laman web Umno-Online supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kerosakan nama bagi Ketua Menteri dan keluarganya.
Zairil Khir Johari
Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP
DAP Perak memohon dan merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar melucutkan gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong memandangkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes sembur lada turut berpihak kepada Adun Aulong, Yew Tian Hoe. Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, gelaran itu harus dilucutkan daripada Yit Foong kerana institusi kehakiman sudah membuktikan bahawa Adun Jelapang terbabit didapati bersalah dalam kes berkenaan. Menurutnya, sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Tan Sri Chan Kong Choy sehingga kes perbicaraan yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan itu dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya. “Oleh itu, dia (Yit Foong) patut menerima hukuman yang sama memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak berpihak kepadanya. “Dalam masa yang sama, kami mendesak agar Jabatan Peguam Negara membawa tuntutan kes jenayah ini dengan segera. “Jika sabit kesalahan, Yit Foong boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita, semalam. Dalam kejadian 7 Mei 2009, Yit Foong didakwa telah menyerang Tian Hoe dengan semburan lada dan tindakan ADUN Jelapang itu didakwa mendatangkan kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan kepadanya. Kor Ming berkata, keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan supaya Yit Foong membayar RM20,000 termasuk pampasan RM100 kepada Tian Hoe.
Usaha karejaan negeri Pulau Pinang menganjurkan Majlis Ijtimak Al-Huffaz adalah patut dipuji. Khabarnya Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat akan juga turut hadir pada majlis perasmiannya. Bagaimanapun banner program berkenaan seperti di atas, sedikit menganggu kerana terbukti ada satu program Ijtimak itu iaitu Forum “ Generasi Al-Huffaz Pemangkin Ummah” membabiykan seorang Ustaz yang kurang disenangi oleh khususnya PAS telah dijemput sebagai ahli Panel. Hakikatnya bukan sahaja PAS, malahan juga PKR. Mudahnya ialah Pakatan Rakyat.
sty

Beliau adalah Al-Fazil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, yang kononnya seorang Ahli PAS di Perak. Hakikatnya dia telah dipecat dari PAS, kerana sifat dan ceramahnya yang lebih mirip kepada UMNO. Beliaulah yang kerap berceramah di rumah MB Perak DS Zambry Abdul Kadir sewaktu coup-de-tat dari kerajaan Pakatan Rakyat.
Saban waktu diusung ke kediaman MB Zambry untukmemberi ceramah di kediaman MB itu. Sakit hati orang PAS tidak terkata.
Salah satu dari dua usul yang telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011 ialah Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.
Ini kerana beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.
Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.
Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.
Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.
Itu adalah usul dan sebabnya kenapa Ustaz Kazim Alias perlu dipecat dari PAS Perak.
Dan antara sebab utama selain dari apa yang dicacatkan diatas, aku diberitahu Ustaz Kazim juga telah mengkritik Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan keras dalam satu ceramahnya..
Malangnya biarpun beliau telah diusulkan untuk di pecat keahliannya dari PAS Perak, beliau akan dijemput pula sebagai Ahli Panel untuk Forum yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang EXCOnya dari PKR sendiri..
Tidakkah EXCO dari PKR itu sedar akan tindakan menjemput Ustaz Kazim itu akan menyebabkan rasa kurang senang dari Ahli-Ahli PAS terutamanya PAS Perak dan juga Ahli PAS Pulau Pinang sendiri?
Memang majlis tersebut bukanlah satu majlis berbentuk politik tetapi bolehkah pemimpin-pemimpin dan juga Ahli-ahli PKR pulau Pinang menerima kehadiran Zulkiflee Noordin dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PAS?
Pasti Pemimpin dan Ahli PKR akan berasa kurang senang dengan kehadirannya.. begitulah apa yang dirasa oleh Pimpinan dan Ahli PAS Pulau Pinang dengan kehadiran Ustaz Kazim dalam Majlis ini.
Mungkin PKR lebih hebat dalam penguasaan kerusi DUN dinegeri Pulau Pinang ini, tapi dalam merasakan kita hebat kita juga perlu sedar kita menguasai kebanyakkan kerusi DUN itu adalah hasil kerjasama dengan PAS dan juga DAP dalam Pakatan Rakyat.
Jadi bila kita sudah menang hasil dari kerjasama tersebut, sewajarnyalah kita juga belajar menghormati apa pandangan dan perasaan sahabat yang berjuang bersama kita dalam Pakatan Rakyat biarpun mereka hanya menguasai satu kerusi DUN.
Apa susah sangatkah untuk belajar menghormati suara minoriti?
Mungkin juga Ustaz Kazim dijemput bagi membuktikan bahawa EXCO Agama dari PKR itu adalah proffesional dalam menjalankan tugas.. beliau menjemput sesiapa sahaja biarpun jelas bahawa yang dijemput itu adalah musuh kepada Pakatan Rakyat sendiri..
Atau mungkin juga hanya Ustaz Kazzim seorang yang diketahuinya sebagai Al Hafiz yang layak menjadi ahli panel forum tersebut.. kerana beliau terlalu sibuk untuk mengambil tahu siapa itu Ustaz Kazzim…
Buat EXCO tersebut.. menjemput itu adalah hak anda.. membatalkan jemputan juga adalah hak anda tapi perlu juga disedari jemputan itu menimbulkan keresahan dan untuk menghilangkan keresahan itu ianya juga ditangan anda..
(sumber anakdungai derhaka.blogspot.com)
Cuba bukalah you tube.. berlambak video clip ustaz kazzim ini
Kalau tak tahu apa yang telah diucapkan oleh Ustaz Kazzim lihat video clip dibawah..
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman kepada The Malaysian Insider.
“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain.
Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.
Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz esok.
Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.
“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain.
Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.
Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan.
“Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian,” katanya.
Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.
UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.
Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.
Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.
Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.
Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.
"Kita turut memikirkan mengenai kapasiti stadium yang mampu menerima kehadiran penyokong kedua-dua pasukan. Kita telah melihat beberapa pilihan yang ada sebelum memutuskan harga tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Tiket boleh dibeli melalui persatuan bola sepak negeri masing-masing mulai esok.
Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama. – Bernama
Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.
Menurut
Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen
Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.
Rangkaian televisyen
Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.
Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.
Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."
Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.
Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.
Dalam pada itu, AFPpula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.
“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.
“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.
Anak juga terbunuh
Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.
Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.
Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.
Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.
“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.
Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.
Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.
‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.
Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.
Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.
Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.
Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.
Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.
Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.
Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.
Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.
Sementara itu, DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh.
Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.
Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.
Blogger pro-Umno termasuk naib ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri itu telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.
The
Chevy Corvette car and speedboat hybrid might be the slickest amphibious vehicle on the planet, but when it comes to campers, nothing compares to the
luxury the Elemment Palazzo offers. The mere mention of campers and RVs invokes images of cramped living quarters that can house only your essentials. But the Elemment Palazzo with its lavish fixture and ornate designs obliterates that notion completely. As it should, what with a coronary-inducing price tag of $3 million.
Austrian company
Marchi Mobile designed Palazzo as part of its Elemment line of luxury
vehiclesthat very visibly displays the trappings of wealth. You'll see in Palazzo what you never thought you'd see inside an RV. Master bedroom with an adjoining bathroom? Check. Leather interior? Check. Rainfall shower, fireplace, and 40" TVs? Check, check, check.
Impressive enough as it is, it doesn't end there — the 40' long Palazzo also has a pop-out bar replete with a skylight and underfloor heating that you can activate by pushing a single button. The bar adds 80% more room to the camper's original 430 square feet floor space. When it comes to the exterior side of things, you may or may not be glad to know (depending on how you feel about it) that the Palazzo is covered in glow-in-the-dark paint.
The 20-ton Palazzo can reach speeds of 93 mph, and uses 20% less fuel than vehicles of comparable size due to its aerodynamic design. The designers at Marchi Mobile say Palazzo is completely customizable, and if you have more money to spare, they'd welcome any outrageous modifications, going as far as to cover it in diamonds

MENARA Abraj Al-Bait mercu tanda utama kota Makkah. Gambar kecil, Wan Nazri Wan Aria.
MAKKAH: Rakyat Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'.
Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
Katanya, menara itu memerlukan 'struktur keluli tidak berat' untuk menyokong jam gergasi itu, dan kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab berkenaan.
Uniknya, 14 tenaga pakar Premier Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
“Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.
Nazri bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui kumpulan media Tabung Haji yang menikmati teh tarik di Restoran Felda D'saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini.
Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian tenaga pakar yang melakar sejarah di Makkah, apabila dibabitkan dalam kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di Tanah Suci itu.
Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.
Selain itu, 90 juta kaca mozek keemasan digunakan menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan.
Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya, Kumpulan Binladin pada Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar Premier Composite Technology akan terus berada di Makkah bagi memantau dan menyelia kerja akhir pembinaan menara jam itu.
Sementara itu, menceritakan pengalaman kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata, beliau mengambil masa lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi peluang menerajui projek itu.
Rakannya, jurutera Premier Composite Technology, Armazizul Arifin pula berkata, bahan komposit adalah satu bidang baru dan tidak banyak syarikat dunia mempunyai kepakaran serta teknologi berkaitan bahan itu.
Beliau berkata, bekerja dalam satu kumpulan tenaga pakar dari negara sama menjadi satu kelebihan, dan menurutnya, beliau bersama kumpulannya turut terbabit dalam beberapa projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh tetapi ringan itu.
Beliau bersama kumpulan rakannya juga terbabit dalam pemasangan kubah bergerak di Masjid Al-Nabawi di Madinah dan juga kubah di Masjid Putrajaya. – BERNAMA
Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini. Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), mungkin telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral. Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu. Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini. “Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka” katanya. Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan. “Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini,” ujarnya. Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin. Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut. Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi.
|