Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas 35,000 naskah buku dan risalah fahaman Syiah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.
Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.
"Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu.
Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.
Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.
Menurut Rahimin, turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pukul 2 petang itu ialah seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.
Beliau berkata, kumpulan Syiah itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di negeri ini sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.
"Kita percaya, rumah ini telah disewa sejak empat bulan lalu untuk menjadi pusat pengedaran buku-buku dan risalah fahaman sesat ini
"Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan ajaran itu perlu dihindari, begitu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah mengeluarkan fatwa supaya masyarakat Islam berpegang teguh fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Tambahnya, kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 48 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bawah kesalahan penerbitan agama yang bercanggah dengan hukum syarak.
GEORGE TOWN – Bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung dan pelancong, pihak Perbadanan Bukit Bendera telah membuat keputusan untuk memberikan diskaun sebanyak 20 peratus kepada pengunjung berkumpulan yang melebihi 10 orang dalam satu masa.
Diskaun akan diberikan kepada setiap seorang di dalam kumpulan tersebut di mana pendaftaran adalah wajib bagi setiap kumpulan bagi memudahkan pihak pengurusan mengenalpasti individu yang terlibat. Kaunter pendaftaran disediakan berhampiran kaunter tiket sedia ada bagi memudahkan pengunjung. Pemberian diskaun akan bermula pada hari esok dan seterusnya.
Bagi menghangatkan lagi suasana Hari Raya yang bakal tiba minggu depan, pihak pengurusan juga telah bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan keretapi dan waktu lawatan Bukit Bendera pada Hari Raya pertama (30 Ogos 2011) hingga Ahad (4 September 2011). Waktu lawatan akan bermula dari jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam.
Pihak pengurusan mensasarkan lebih ramai pengunjung yang akan mengunjungi Bukit Bendera semasa musim cuti perayaan ini dengan tawaran yang disediakan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.
"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.
"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.
Ketua Pengarang dan seorang wartawan Utusan Malaysia diberi amaran supaya tidak menerbitkan sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang masih berlangsung.
Mereka diperintah hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi memberi penjelasan berhubung penerbitan artikel yang didakwa "menyerang" peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Hakim Datuk Akhtar Tahir juga memberi amaran kepada ketua pengarang akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, dan wartawan, Raja Syahrir Abu Bakar supaya tidak mengulangi perkara itu atau mereka bakal dikenakan tindakan.
Akhtar berkata, mereka tidak sepatutnya menerbitkan artikel bertajuk "Manjeet Selalu Burukkan Kerajaan" kerana perbicaraan kes bunuh itu sedang berlangsung dan terdapat beberapa perkara atau permohonan yang masih belum beliau putuskan.
Pada 18 Ogos lalu, Manjeet yang mewakili tertuduh pertama dalam kes itu, N Pathmanabhan, membangkitkan mengenai penerbitan artikel bertarikh 17 Ogos, 2011 itu yang didakwa subjudis terhadap perbicaraan kes berkenaan.
Dalam artikel tersebut, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, dilaporkan memberi komen berhubung tindakan Manjeet yang didakwa beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap pihak pendakwaan kes pembunuhan itu.
Terdahulu, Raja Syahrir, ketika ditanya Akhtar sama ada beliau tahu bahawa beliau tidak boleh menulis mengenai perbicaraan kes mahkamah yang sedang berlangsung, menjawab beliau mengetahuinya.
"Jadi mengapa kamu tulis juga (artikel)," soal Akhtar dan wartawan itu menjawab: "Saya tidak tahu ia menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah."
"Ya, tetapi kamu juga tidak pernah datang ke mahkamah dan apa yang dilaporkan juga tidak tepat. Kamu tidak sepatutnya siarkan (artikel) tetapi jika kamu ingin membincangkannya di kedai kopi boleh, tetapi bukan untuk disiarkan.
"Saya panggil kamu hari ini untuk memberitahu bahawa kamu tidak boleh siarkan komen mengenai kes ini tetapi apa yang saksi kata boleh (disiarkan)," kata Akhtar.
Hakim itu berkata, tindakan mereka menerbitkan komen tersebut memberi gambaran bahawa mahkamah boleh digunakan untuk tujuan politik, dan serangan yang dilakukan terhadap Manjeet juga merupakan satu serangan kepada mahkamah.
Akhtar berkata, beliau hanya ingin memberi amaran tetapi terpulang kepada Manjeet sama ada ingin mengambil tindakan berhubung penerbitan komen itu.
"Saya harap media akan ambil perhatian. Saya tidak akan ambil tindakan tetapi jika perkara ini berulang, saya akan ambil tindakan terhadap anda. Saya juga akan perintahkan Gobalakrishnan hadir di mahkamah untuk memberi penjelasan," katanya.
Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Aziz dan Raja Syahrir kemudian berkata sebelum kedua-dua anak guamnya diperintah hadir ke mahkamah, mereka telah menemui beliau bagi mendapatkan nasihatnya berhubung apa yang boleh dan tidak boleh mereka laporkan.
"Kamu sepatutnya melakukan perkara ini lebih awal. Faktanya mudah, kamu tidak boleh komen mengenai perbicaraan yang sedang berlangsung, dan ini ialah asas undang-undang yang mudah," kata Akhtar.
Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21,dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan disambung pada 12 September. - BERNAMA
 |
| AMPUN MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN |
Roti canai is available in numerous stalls around Penang and each stall has its own variations such as the roti sardin, roti tissue and the roti telur. One particular place is Transfer Road. Breakfast here is an indulgence — soaks in the atmosphere and enjoys the slow pace of life in Penang.
This famous roti canai stall has been in operation for decades next to an old abandoned warehouse. The array of curry dishes is inviting, with a selection of mutton, beef, chicken and the simple dhal to complement the roti canai.
Chicken curry comes with tender pieces of meat in flavourful gravy. However, most customers prefer the tender mutton curry which is relatively spicy. The aromatic mutton is a crowd favourite. However, the best combination is kuah banjir! Customers can also order the curries without the roti canai.
The roti is great to go with the teh tarik, available hot and cold. Business hour is from 6.30am till 7pm, with a break from 1pm till 3.30pm. The stall is open daily except the first three days of Ramadan and first day of Raya.
Ada Menteri dari Selangor boleh terasa hati dengan dakwaan Dr Mohd Khir Toyo kononnya mahukan beliau dipenjarakan untuk membolehkan BN merampas semula Selangor,
Ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus berkata.
"Kesan dakwaan itu (bahawa) ada tiga menteri (yang dimaksudkan). Ada (seorang) menteri di Selangor barangkali terasa hati, dan dua lagi yang lain, saya tak tahu."
Menteri kabinet dari Selangor ialah Datuk Seri Noh Omar yang kini memegang protfolio menteri pertanian dan industri asas tani.
Beliau adalah ahli parlimen Tanjong Karang dan juga timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sepatutnya Dr Seri Khir Toyo tidak segera melatah dengan mengeluarkan kenyataan yang belum tentu kesahihannya," kata Abdul Syukur.
Malah, katanya, dakwaan Dr Mohd Khir
dalam blognya semalam, boleh menimbulkan "kekusutan terhadap perkara yang dilihat kembali tenang".
Abdul Syukur mengulas pendedahan Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.
Sehubungan itu, beliau "tidak nampak" dengan memenjarakan Dr Mohd Khir akan membolehkan BN menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
"Itu satu pandangan yang jumud dan mendahului kuasa Tuhan. Menang atau kalah dalam pilihan raya, tertakluk kepada prestasi sebagai pemimpin dan kerajaan sebelum ini.
Menurutnya lagi, rakyat akan memilih calon dan parti yang lebih berketrampilan serta menunjukkan prestasi yang boleh menjamin masa depan rakyat pada masa akan datang.
"Beliau (Dr Mohd Khir) bos saya dulu, saya bersimpati atas apa yang berlaku kepadanya. Tetapi kepentingan parti perlu didahulukan," katanya.
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.
Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.
Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.
“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.
Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.
Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.
“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
Kebodohan pemimpin
“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.
“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.
“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.
“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.
Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.
Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.
Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.
Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.
Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.
Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini. “Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. “Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kaca mata rakyat!” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam laporan polis itu. Berikut adalah laporan polis tersebut. Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami Adun sebagaimana terpapar di muka depan di dalam akhbar Sinar Harian, semalam. Dengan tajuk “JAGA ADAB” beliau menyatakan “saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin”. Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap Dun yang mana saya dan semua Adun telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya. Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Peraturan Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Kenyataan Datuk Zakaria di dalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh Umno BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan Dun Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang dewan. Sementara kami Adun Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami “Jaga Adab”? Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan Dun Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat! Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011! Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh “menimbulkan banyak perkara” dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya Dun Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan! Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kacamata rakyat! |
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.
"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.
"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.
Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.
Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.
"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".
Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".
"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."
Umno nak kuasai media siber..kalau mengikut Ketua Penerangan Umno. Dia mahu ahli UMNO kuasai kemahiran dalam dunia siber terutama berkaitan media baru.
Ini perlu bagi menangkis secara efektif segala tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap parti itu dan kerajaan, kata Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, kemahiran seperti itu amat penting bagi mengubah sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap UMNO dan kerajaan yang cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru.
"Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa yang ditulis,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datik Seri Rosmah Mansor akhirnya mengelak juga dari disoal bicara mengenai satu dakwaan yang mengaitkan mereka dengan dalang di sebalik tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka berdua berdalih bahawa mereka hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam sekadar menghormati ketetapan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pada Isnin lepas membenarkan permohonan Anwar memanggil 13 saksi untuk disoal bicara secara sukarela ooleh pihak pembelaan."Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir ke majlis itu dan telah menyatakan pendirian saya.
“(Persoalan mengapa saya mengelak) itu tak payahlah. Saya telah sampaikan mengikut hak dan saya tahu apa hak saya.
"Saya telah sampaikan kepada barisan pihak peguam bela Anwar. Anwar pun ada di sana sekali dan saya dapat peluang berjumpa dengannya,” beliau berdalih kepada wartawan.
Peguambela utama Anwar, Karpal Singh bagaimanapun berkata Najib, Rosmah serta saksi-saksi lain sebenarnya nyata mengelak dari dikaitkan dengan Saiful yang juga bekas pembantu peribadi kepada Anwar.
"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," dedah Karpal.
Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.
Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.
Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.
Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.
"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.
Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".
Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tidak sependapat dengan sebahagian besar pemimpin BN dan Umno bahawa Himpunan BERSIH 2.0 boleh bertukar menjadi rusuhan seperti yang berlaku di kota London awal minggu ini.
"Saya tidak bersetuju dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang, tetapi saya tidak akan tidak bersetuju dengan tuntutan BERSIH dan saya juga tidak bersetuju bahawa BERSIH dibandingkan dengan rusuhan London," katanya kepada kira-kira 100 orang pada satu forum.
Menurut Saifuddin, kerajaan telah gagal menangani tindakan BERSIH untuk berarak pada 9 Julai dengan mempertimbangkan kemungkinan satu perhimpunan aman seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
"Kita sepatutnya membincangkan cadangan Suhakam mengenai cara untuk mengadakan perhimpunan secara aman," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" anjuran Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kajang.
Katanya, sesetengah orang tidak seharusnya begitu takut dengan perkataan "demonstrasi" sehingga mendapati bahawa walaupun ada pihak yang mengadakan demonstrasi tetapi ia diberi nama atau labelkan dengan perkataan lain.
Walau bagaimanapun, Saifuddin mempertahankan hujah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa berhasrat mahu membenarkan perhimpunan itu mengambil tempat di dalam stadium.
"Tetapi ia tidak berlaku. Dan saya tidak akan mengulas lebih dari itu," katanya.
Saifuddin juga menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.
Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.
"Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namun satu 'road map' perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu. Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka boleh berbuat demikian," katanya.
Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipersoal oleh semua pihak walaupun pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menolak
8 Tuntutan Bersih 2.0 untuk melakukan reformasi menyeluruh dalam sistem pilihan raya umum ke-13.
Sebanyak 1,597 nama pemegang status penduduk tetap (PR) bagi tempoh 1 Mac hingga 31 Jun, tanpa alamat lengkap dalam Rang Daftar Pemulih Tempatan (RDPT) SPR yang berakhir 2 Julai lalu ditemui dan didedah.
Selangor dikesan memiliki jumlah tertinggi iaitu 1,108, diikuti Johor (380) dan Kuala Lumpur (52) kes. Manakala negeri lain di bawah 20 kes.
Berikutan itu, banyak pihak menyuarakan kebimbangan kerana ia bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Malaysia bahawa warganegara Malaysia sahaja dibenarkan mengundi, manakala PR tidak dibenarkan.
Selain itu, ada pihak mendakwa, rancangan rapi ini dilaksanakan bagi membolot undi dan berikan kemenangan kepada sebelah pihak.
Sebagai langkah merungkai persoalan ini, pembangkang meminta kerajaan mengadakan sidang parlimen khas bulan ini bagi membincangkan isu berkenaan.
Desakan itu dilakukan disebabkan penemuan beberapa bukti jelas dalam bentuk cetakan, status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berjaya dikesan Pas Selangor pada awal bulan ini.
Sehingga 12.00 tengahari tadi, pihak SPR masih tidak memberi penjelasan mengenai pihaknya didakwa sedang giat mendaftar warga asing sebagai pengundi bagi menyelamatkan Barisan Nasional Umno dalam pilihan raya depan.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai SPR di Pulau Pinang mencadangkan Penangdaily.com menyiasat mengenai peranan timbalan pengerusi SPR.
"Datuk Wan Ahmad Wan Omar ini seorang yang hebat dalam perancangan SPR...kajilah mengapa beliau sengaja dikekalkan di kerusi timbalan (pengerusi SPR) untuk tiga pengerusi," ujarnya meminta Penangdaily.com merahsiakan identiti beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 15 Ogos ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 14 yang lain sebagaimana yang diarah mahkamah hari ini.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan dua daripada 15 saksi itu ketika ini berada di Indonesia.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof itu dan menetapkan 15-26 Ogos untuk kes pembelaan.
Sebelum ini mahkamah menetapkan tarikhnya 8-26 Ogos, dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.
Yusof yang ditemui kemudiannya mengesahakan bahawa dua saksi dari Indonesia ialah bekas pembantu rumah Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana insiden didakwa berlaku.
Dalam permohonannya, Anwar mengenal pasti salah seorang daripada pembantu rumah itu sebagai bernama "Suliati", manakala seorang lagi sebagai Fitria Dipan.
Waran tangkapTimbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, semua saksi itu perlu berada di kompleks mahkamah minggu ini untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan."Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin.

Sementara itu ketua peguam Anwar, Karpal Singh (
kanan) berkata semua 15 saksi termasuk Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu datang ke kompleks mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
"Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal.
Di penghujung kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.
Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 dan sehingga kini hanya lima yang ditemu bual.
Mereka terdiri daripada bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; doktor Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan pembantu semasa Najib memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz.
Banyak telah diperkatakan dan kini Dawama Sdn Bhd bersuara dengan mendakwa Dewan Bahasa dan Pustaka DBP telah bertindak bertentangan dengan semangat konsesi sekali gus menjadi punca ia tidak boleh beroperasi lagi dan dilanda masalah kewangan.
Pokoknya siapakah di dalam Dawama? Kenyataan oleh Dawama inipun tanpa bertuan sekadar memetik Dawama. Tak kan tak ada jurucakap yang bernama.
Di bawah konsesi 12 tahun sejak 2002 Dawama perlu mencetak mengagih dan memasarkan buku dan majalah terbitan DBP Justeru menerusi satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.
Dawama berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan konsesi dengan agensi Kementerian Pelajaran itu.
“Akibat daripada tindakan-tindakan DBP Dawama Sdn Bhd tiada pilihan lain kecuali mengambil nasihat undang-undang untuk menguatkuasakan hak Dawama Sdn Bhd ” katanya lagi.
Dawama berkata isu semasa memuncak sejak kebelakangan ini akibat tindakan DBP sejak bulan lalu untuk mengambil alih penerbitan buku teks kegunaan sesi persekolahan tahun depan tanpa memberi notis penamatan konsesi.
“Ini dengan jelas adalah satu tindakan melanggar perjanjian konsensi dimeterai antara DBP-Dawama pada tahun 2002 Ini telah menjejaskan operasi syarikat ” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu berkata Dawama adalah sebuah syarikat konsesi swasta khusus yang diberi tanggungjawab untuk mencetak dan mengedar buku teks dan judul am terbitan DBP.
Katanya secara purata lebih 85 peratus daripada perolehan syarikat tersebut adalah dari hasil jualan buku teks.
Dawama mendakwa DBP juga telah bertindak sendiri apabila telah menyerah hak mencetak dan mengedar kepada pihak ketiga dan terus melantik pihak-pihak tersebut tanpa perundingan atau persetujuan pihaknya.
“Ini telah mendatangkan kesan yang buruk kepada pekerja dan syarikat di mana hak-hak pekerja dan syarikat telah dinafikan ” katanya lagi.
 |
| LIHAT FOTO DI ATAS INI YANG DISIARKAN BLOG PRO UMNO-BN |
FOTO INI DIUBAHSUAIKAN UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA KETUA MENTERI LIM GUAN ENG KURANG BERADAB KETIKA BERSAMA-SAMA YANG DI-PERTUAN AGONG. BANDINGKAN DENGAN FOTO DI BAWAH INI YANG TIDAK DIUBAHSUAIKAN