Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan tiga tahun lalu.
Abdul Rahman, 46, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasan parlimennya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan kedua-dua mempunyai kes prima facie untuk dijawap selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mereka bagi semua pertuduhan.
Kedua-dua tertuduh akan mula membela diri pada 14 September ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.
Oleh itu kata beliau, parti-parti komponen berkenaan akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Di separuh pertama tempoh pascapilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan bersiri di beberapa pilihan raya kecil, tetapi kedudukan itu digantikan oleh kemenangan di pihak BN sejak pertengahan 2009.
“BN sudah mula menang... (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN),” kata beliau pada sesi dialog forum makan tengah hari bertajuk “Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?” anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.
Sehubungan itu kata beliau rakyat Malaysia perlu faham “apa agenda mereka”, dilihat merujuk kepada perkembangan semasa menyaksikan sokongan penyertaan komponen Pakatan Rakyat ke atas Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini.
Sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, bermula dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir ialah pilihan raya kecil serentak kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.
Sementara Himpunan Bersih 2.0 mendapat sokongan daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas memprotes perhimpunan tersebut.
Seorang peserta forum mengemukakan soalan tentang pendirian SPR ekoran kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan jalanan untuk menang pilihan raya umum dan menguasai Putrajaya.
Pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya akan menggunakan pilihan raya untuk menewaskan BN, bukannya cara lain.
Wan Ahmad juga mendakwa isu-isu yang dibawa Bersih dan parti-parti sokongan mereka bertujuan menimbulkan kebencian ke atas SPR dan institusi kerajaan, yang mana suasana itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk undi ketika pilihan raya umum.
Kata Wan Ahmad, mereka akan pergi ke kawasan-kawasan kampung menyebarkan isu-isu yang tidak tepat untuk mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar.
“Sampai kakak saya pun kata apa yang dikatakan mereka itu betul,” katanya lagi.
Menjawab soalan mengenai status Pakatan Rakyat, Wan Ahmad mengakui ia bukan satu badan formal tetapi perikatan longgar.
Sehubungan itu katanya, beliau berharap Pakatan Rakyat akan didaftarkan sebagai perikatan yang sah bagi memudahkan perjalanan pilihan raya.
“Nasihat saya eloklah didaftar... baik untuk negara jika ada dua parti politik, untuk rakyat membuat pilihan,” katanya lagi.
Taliban mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram.
"Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," kata Alfadhil Ustaz Norazli Musa
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak berkata Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya bukan sekadar mendengar pandangan dan khabaran dari media sebelum menjatuhkan hukum halal haram.
"Seseorang itu mesti berada di lokasi bekenaan, melihat dan mendengar apa yang diperjuangkan dan barulah boleh mengeluarkan dalil mengenai hukum halal atau haram terutama dalam Himpunan Bersih itu," tegas Norazli kepada Penangdaily.com.
Harussani menyifatkan Himpunan berkenaan (yang belum diadakan) sebagai haram dan usaha menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Beliau juga berkata himpunan itu tidak mendatangkan faedah.
Norazli berkata yang peliknya, Harussani tidak sedikitpun memberi ulasan daripada sudut agama bersesuaian dengan kedudukannya tetapi lebih berminat mengulas daripada sudut pengaruh politik.
Oleh itu seeloknya, kata beliau, sudah sampai waktunya Umno memberi peluang kepada Harussani yang berminat berpolitik untuk bertanding pada pilihan raya Umum nanti untuk melihat kemampuan dan keadilan yang boleh dilaksanakannya dalam UMNO.
Umno juga wajar melantik Harussani sebagai ketua Majlis Ulama Umno agar dapat memberi nasihat dan fatwa langsung kepada Umno yang sehingga ini belum berbuat demikian, tegas beliau.
Harussani dilihat tidak konsisten dan tetap dalam memberi pandangan kerana sebelum ini dalam isu perarakan kepala Lembu di Shah Alam dan rampasan kuasa di Perak, beliau sekadar mendiamkan diri.
Ustaz Norazli berkata, benarlah Ulama akhir zaman ini terbahagi kepada dua golongan iaitu yang bersuara atau bercakap berasaskan agama, manakala sebahagian lagi bercakap untuk kepentingan dirinya.
"Ada Ulama yang memperjuangkan kebenaran ilmunya, manakala sebahagian lagi ulama menjual ilmunya," kata Norazli.
(Hajee)
Kerajaan Umno-BN phobia warna kuning. Diharap rakyat Malaysia jangan memakai pakaian bersih dan yang berwarna kuning. Pakailah yang KOTOR dan hijau. Kalau nak kena berkas polis silakan memakai warna kuning dan bersih.
Hari ini sebanyak 14 aktivis ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mereka mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.
Lapan daripada mereka memakai kemeja T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah'.
Aktivis itu tiba di pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.
12 daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.
Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausaha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.
Ketika dihubungi, Leong mengesahkan bahawa beliau ditahan tetapi belum diberitahu di bawah akta atau undang-undang mana mereka ditangkap.
“Kami diberitahu polis mendapat arahan daripada 'pihak atas' untuk tangkap sesiapa yang memakai kemeja T BERSIH,” katanya.
Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.
Polis diingatkan bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.
Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis.
Tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 adalah sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.
Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.
Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?”
Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.
Malah, pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.
Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.
Sehubungan itu, polis diingatkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.
Polis, seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.
Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.
Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?”
Polis boleh mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan. Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat.
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.
Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.
Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.
"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.
"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar berkata pergerakan berkenaan akan tetap mengadakan perhimpunan 'Patriot' pada 9 Julai walau tanpa kebenaran polis.
Katanya, pergerakan berkenaan telahpun merancang bagi lokasi untuk berkumpul bagi menyertai perhimpunan tersebut.
Bagaimanapun lokasi perhimpunan bagi kumpulan 'Patriot' itu akan "ditentukan kemudian" kerana bergantung kepada "gerak kerja dari perhimpunan BERSIH."
"Kita akan bergantung pada dia orang punya gerak kerja baru kita akan susun kita punya gerak kerja,” katanya lagi.
Menurutnya Pemuda Umno tidak merancang untuk bertembung dengana BERSIH namun sekiranya situasi itu berlaku, beliau memberi jaminan bahawa pergerakan itu akan tetap berhimpun secara aman.
Katanya, perhimpunan 'Patriot' yang dijangka dihadiri seramai 20,000 orang itu bertujuan untuk mewakili suara rakyat yang tidak bersetuju dengan penganjuran BERSIH 2.0.
“Persoalannya sekarang apa yang kita lakukan setelah dicetuskan oleh himpunan BERSIH. Kalau tidak wujud himpunan BERSIH kita pun tidak akan berhimpun,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Beliau hadir di balai berkenaan hari ini bagi mengemukakan satu permohonan untuk perhimpunan 'Patriot' yang dijalankan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0
Katanya, permohonan itu dibuat memandangkan perhimpunan yang dirancang oleh pergerakan itu didakwa sebagai "perhimpunan haram."
"Jadi hari ini secara rasmi kita buat permohonan untuk dapatkan kelulusan.
“Pihak polis akan pertimbangkan dan kita akan dipanggil untuk proses temuduga dan sebagainya,” katanya.
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.
Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan
rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.
Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.
Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.
Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.
Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.
Salleh Man membuat rombakan barisan kepimpinan PAS negeri dan menyifatkan barisan kabinet yang baru adalah hasil gabungan hasrat untuk menyemarakkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan parti menghadapi PRU13.
Pesuruhjaya PAS itu, berkata demikian kepada Penangdaily di markaz PAS Pongsu Seribu, bahawa setelah dua penggal menerajui PAS Pulau Pinang, kabinet yang baru ini adalah yang terbaik dan memuas hati banyak pihak.
Salleh berkata, walaupun ada perubahan, tetapi rombakan yang berlaku adalah tetap gabungan antara yang lama dan baru dengan hasrat memperkuatkan kerjasama dalaman kepimpinan parti.
 |
| ustaz fauzi |
Pada mesyuarat malam ini, YDP Tasek Gelugor Ustaz Khalid Man telah dipilih menduduki kerusi Timbalan Pesuruhjaya1. Sebelum ini Ustaz Khalid adalah Pengarah Pilihanraya Pas Negeri Pulau Pinang. Dr Mujahid Yusof Rawa pula yang sebelum ini TPJ1 dilantik sebagai TPJ2, mengisi kekosongan tempat Ustaz Takiudin Ahmad yang enggan dicalonkan atas sebab-sebab kesihatan.
Sementara itu , Ustaz Mohd Fauzi Yusof (YDP Balik Pulau) dilantik sebagai TPJ3 mengantikan Ustaz Rosidi Hussain yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Negeri Pulau Pinang.
Sambil mengucapkan terima kasih pada semua pimpinan dari pelbagai peringkat yang sentiasa memberi kerjasama dan mendoakan agar barisan kepimpinan PAS negeri mampu mendepani isu pelbagai peringkat di dalam negeri, khususnya, Salleh mengingatkan semua pihak yang dilantik perlu membuktikan kemampuan diri dalam tempoh enam bullan.
Salleh juga mengumumkan perlantikan Haji Bukhori Ghazali selaku Ketua Penerangan PAS yang baru mengantikan Sdr Zulkifli Ishak.
 |
| Bukhori |
Salleh berkata, barisan jawatankuasa yang baru ini tentunya tidak akan dapat memenuhi kesemua aspirasi ahli PAS negeri tetapi telah dibentuk sedaya usaha ke arah itu dengan hasrat untuk kesepakatan membina kekuatan PAS di Pulau Pinang, khasnya dan Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa barisan kabinet itu adalah hasil dari permuafakatan dan perbincangan bersama pimpinan dan ahli pelbagai peringkat yang perihatin untuk melihat kecemerlangan PAS.
Bagi jawatan Setiausaha pula, Sdr Mohd Noor dilantik mengantikan Sdr Fazil Kemi yang dilantik selaku Bendahari, manakala Azarizal Ahmad dilantik sebagai Penolong Setiausaha1, Izury Ibrahim Setiausaha dan Jamil Abdul Rahman (penolong Setiausaha).
Lima Ahli jawatankuasa yang dilantik ialah Mohd Helmi Harun (Nibong Tebal), Fahmi Wahab (Sungai Dua), Maziah Khamis (Muslimah), Jamaluddin Said (Balik Pulau), Ust Mahadi Abdullah (Permatang Pauh) dan Ust Rijaludin Yahya (Nibong Tebal).
Haji Khalid Man pula berkata, mereka yang dilantik hendaklah membuktikan kewibawaan dalam melaksanakan tugasan masing-masing.
Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dihadapkan di Mahkamah jalan Duta atas tuduhan bersubahat dengan dua lagi “Datuk T’ menayangkan rakaman video seks kepada media 21 Mac lalu.
Dua lagi rakan dalam grup trionya, Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim pula dikenakan tuduhan menayangkan rakaman video itu.
Mereka bertiga terbabit dalam tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu. Eskay dan Shuib diidakawa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Sekyen 34 yang berbunyi:
“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”Tuduhan terhadap Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani.Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.Majistret Aizatul Akmal kemudiann menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.