Jika kini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Taman Melewar, agak sunyi, namun suasana itu pasti berubah antara Jumaat dan Ahad ini apabila Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor mula menjadi tumpuan 1,150 perwakilan Muktamar PAS dari seluruh negara.
Persekitaran Taman berkenaan juga pasti meriah dengan gerai-gerai perniagaan yang menjual pelbagai juadah termasuk cenderamata sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 itu.
Selain pemilihan barisan pimpinan, Muktamar ini juga pastinya hangat untuk menyemarakkan semangat para pemimpin dan ahli PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 .
Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan petugas kelihatan sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna.
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu.
Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik kuliah dan asrama pelajar, manakala di bawahnya dewan Datuk Fadzil Mohd Noor untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan.
Dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar anjuran PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan.
Panitia muktamar dan petugas sedang menghias indah Dewan berkenaan dan melengkapkannya dengan pelbagai keperluan termasuk pentas utama, sistem pembesar suara dan sistem hawa dingin.
Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu yang akan menempatkan ruang media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat.
Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir 90 peratus selesai. Sebanyak 105 tapak gerai niaga juga disediakan. Panitia turut membuka kaunter derma darah bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk tabung darah.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa mengunjungi kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah dilaksanakan.
Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan.
Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, TG Abdul Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan.
 |
| Norazli bersama Ulama Lubnan |
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria seeloknya bertaubat ekoran kenyataannya yang secara langsung membawa pengertian menghina Rasullulah saw berhubung pengguna wang cukai, judi dan arak.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak Alfadhil Ustaz Haji Norazli Musa berkata, ungkapan ataupun perkataan yang membawa maksud atau seolah-olah memperkecil-kecilkan Rasullulah tidak seharusnya terbit daripada mulut seorang Mufti.
Mufti adalah tonggak penasihat agama bagi sesebuah negara maupun negeri, dan oleh kerana itu sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang murni, unggul dan tegas kepada seluruh umat Islam di Perak, khasnya, dan negara amnya, katanya ketika dihubungi.
Oleh kerana itu, seseorang yang bergelar mufti dan penasihat agama kepada kerajaan seperti Harussani sepatutnya sentiasa berwaspada dalam kata-katanya dan bukan main semborono mengikut paksi yang disukainya semata-mata, kata Norazli.
"Saya mencabar Harusani kemukakan dalil dan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi."
Nor Azli memetik sabda Rasullulah saw bahawa: "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka."
Berikut kenyataan penuh Ustaz Norazli Musa:
1. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebaik-baiknya bertaubat kerana menghina Rasullulah saw berhubung kenyataannya berkaitan wang cukai, arak dan judi.
2. Sebagi seorang Mufti, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa pada zaman Rasulullah turut mengguna wang cukai arak dan judi untuk urusan pembayaran gaji.
3. Sebelum ini, beliau tidak pernah memberi pandangan mengenai dakwaan UMNO, iaitu wang kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan judi, haram untuk diberi sumbangan kepada warga emas. Beliau mengelakkan daripada memberi pandangan
4.Semasa ceramah, saya langsung tidak menyentuh soal halal atau haram gaji mufti atau mana-mana individu yang terlibat dalam kerajaan. Yang saya bangkitkan adalah mengenai sikap Harussani yang enggan memberi respons terhadap dakwaan UMNO tersebut kononnya sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu haram kerana hasil wang judi.
5. Lantaran itu, saya mencabar Harusani, selaku penasihat agama Islam kepada kerajaan negeri agar ada sedikit keberanian menegur dan menasihati kerajaan negeri Perak yang sedia ada untuk mengasingkan wang hasil kutipan dalam negeri kepada dua akaun iaitu sumber kutipan negeri yang halal dan yang haram sepertimana dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
6. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka terserlah sikap bermuka-mukaan Harusani dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam dan beliau tidak layak menjadi seorang mufti, kerana pandangan dan tegurannya hanya berpihak kepada Umno, ATAU yang mana lebih menguntungkan dirinya. Oleh itu Harussani harus berundur kerana jika TIDAK berbuat demikian beliau akan lebih banyak mengelirukan umat Islam dengan pandangan-pandangannya yang kabur dan silap.
7. Gelaran Haramsani (semasa berceramah) merupakan gelaran spontan yang diberi oleh orang ramai sebagai respons ekoran sikap Harussani yang lebih gemar berdiam diri apabila kalangan UMNO membuat dakwaan yang menyeleweng daripada syariah Islam. Gelaran itu adalah petunjuk pendirian rakyat mengenai keperibadian Harusani sebagai seorang mufti yang kurang bijaksana.
8.Oleh itu, saya mencabar Harussani kemukakan dalil dan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi. Ini jelas satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.
Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.
9. Harusani memang banyak berdolak dalih dalam hal-hal berkaitan syariah Islam dan kini seelok-eloknya berasaskan sabda Rasullulah saw itu, beliau bertaubatlah.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak
merangkap YDP PAS Ipoh Barat
Alfadhil Ustaz Norazli Musa
31hb Mei 2010
Haripun semakin mendekat, tetapi suasana seperti biasa bagi pemilihan Muktamar Pas hujung minggu ini. Memang panas.. tetapi itupun sekadar cuaca yang memanaskannya. Pada permukaannya seperti biasa sahaja rutinnya.
PAS sedang bersedia menghadapi pemilihan pada Muktamar, sedang PKR dipimpin DSAI menjelajahi negeri ke negeri memperkemas dan menyusun strategi pilihan raya yang dihidu seakan diadakan pada Julai.

Pemerhati politik pula mengambil pendirian mudah dalam pemilihan kerusi Naib Presiden PAS. Semuanya berasaskan logik. Bagi mereka salah seorang daripada dua calon berlatar belakang pendidikan agama dalam senarai calon yang bertanding jawatan itu.. Ustaz Idris Ahmad atau Datuk Nik Amar Nik Abdullah akan terpilih.
Dato Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob pula kini sedang dicongak jasabakti dan kerjabuat mereka sepanjang memegang jawatan Naib Presiden. Ada kerja dibuat atau sekadar impak buat bising di sana sini agar kendengaran sedang bekerja. Terserahlah pada perwakilan membuat ketentuan.
Pemerhati berkata Ustaz Idris Ahmad yang akan menang dalam persaingan untuk kouta calon agama itu. Bagaimanapun yang pasti ialah undi yang diterima setiap calon tak banyak beza kerana terpaksa berkongsi enam.
Setakat ini Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Amar menerima kredit hayat daripada TGNA. Husam dijangka menang bersama Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berdasarkan beberapa kriteria politik.
Husam yang telah bersama PAS sejak awal menamatkan pengajian ekonomi di Universiti Malaya pada 1983, dikatakan orang yang penting dalam membantu TG Nik Aziz di Kelantan dari segi perancangan ekomoni, kewangan dan pentadbiran selain pencetus idea bernas dalam menyumbang kepada pembangunan Kelantan.
Husam ternyata sangat komited dan harta parti yang sangat tahan diuji.
Datuk Seri Muhammad Nizar pula pemimpin 'popular' yang diterima semua termasuk bukan Islam, selaras dengan motto PAS for All. Beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh di kalangan rakyat bukan Islam, meskipun nama beliau menjadi gah bermula 2008 apabila diangkat menjadi MB Perak.
B Dato' Hj Husam Musa, YB Salahuddin Ayub, YB Dato Mahfuz Omar dan YB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Beberapa sahabat dan
pemerhati politik berpendapat salah seorang dari kalangan yang berpendidikan agama akan menang iaitu Ustaz Idris Ahmad. Manakala untuk 2 kouta lagi persaingannya sangat sengit. Dijangkakan undi yang mereka perolehi tidak banyak bezanya antara satu sama lain. Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka menang berdasarkan kepada beberapa faktor menurut pemerhati politik tersebut.
Antara faktor yang menyebabkan Husam menang ialah beliau dikatakan orang yang penting dalam membantu Tuan Guru di Kelantan dari segi perancangan ekomoni, kewangan dan pentadbiran selain dari mempunyai idea-idea yang baik dalam menyumbang kepada pembangunan Kelantan. Selain itu beliau juga merupakan petugas parti yang sangat komited dan tahan uji. Sebaik sahaja menamatkan pengajian beliau dari Universiti Malaya (UM) beliau terus sahaja mewakafkan dirinya kepada PAS Kelantan sehingga ke hari ini.
Datuk Seri Muhammad Nizar pula diilihat sebagai pemimpin 'versatile' yang diterima oleh semua pihak termasuk rakyat yang bukan Islam. PAS mesti mempunyai pemimpin seperti ini bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PAS for All. Selain dari Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden beliau dilihat sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh di kalangan rakyat yang bukan Islam. PAS mesti mempunyai seorang pemimpin yang seperti ini. Demikian hujah yang dikeluarkan oleh pemerhati politik kepada saya.
JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman dari negara ARAB yang popular di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
(Terdapat beberapa jenis minuman ini dan gambar adalah antara jenis minuman berkenaan)
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri jenis minuman itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati minuman diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu (gambar) menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya. -hm/greenboc
Berikut senarai calon yang disahkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013.
Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan tanpa bertanding.
TIMBALAN PRESIDEN
1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’
NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato’
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
6. Salahuddin Ayub, YB
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
5. Ahmad Sabki Yusof,
6. Aiman Athirah Al-Jundi
7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
8. Apandi Mohamad, Hj
9. Asmuni Awi, Hj
10. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
11. Azman Shapawi, Ustaz
12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
13. Halimah Ali, YB Dr.
14. Hamzah Abdullah,
15. Hamzah Jaafar, Dr.
16. Hanipa Maidin, Hj
17. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)
19. Iskandar Abdul Samad, YB
20. Kamal Ashaari, Ustaz
21. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
22. Khalid Abd Samad, YB Hj.
23. Khalil Idham Lim, YB
24. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
25. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
26. Mazlan Aliman,
27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
31. Mohd Anuar Tahir, Hj
32. Mohd Firdaus Jaafar, YB
33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
34. Mohd Nasir Mustafa,
35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz
36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji
37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr
38. Muhammad Husin, YB
39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
43. Norazli Musa, Ustaz Hj.
44. Normala Sudirman,
45. Nuridah Salleh, Ustazah
46. Razman Zakaria,
47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
48. Rosidi Hussin
49. Sa’ari Sungib, YB Hj.
50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
51. Suhaizan Kaiat,
52. Wan Hasrina Wan Hassan,
53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran pusat parti itu bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran komponen Pakatan Rakyat (PR).
Justeru, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong penuh dua Exco Kerajaan Negeri bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan akhir minggu depan.
Dua exco itu ialah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Selain dua wakil rakyat itu, yang turut bertanding kerusi naib presiden kali ini ialah Salahuddin Ayub dan Bendahari Pas Dr Hatta Ramli, Dato Mahfuz Omar, dan mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, dan Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad.
“Kelantan ada kerajaan PAS. Oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh dibawa ke pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas,” kata Nik Aziz.
Bagaimanapun, Nik Aziz berkata jika terpilih beliau menasihati pemimpin berkenaan perlu bijak membahagikan masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.
“Tidak ada masalah walaupun dua orang... (tetapi) jangan jejas mesyuarat Kelantan, masa mesyuarat Exco ada, nak atur macam mana terpulang, jangan bertembung.
“Macam pengalaman sebelum ini, Datuk Halim Abdul Rahman (bekas timbalan Menteri Besar) yang dilantik (ke) Dewan Harian, banyak dia tak dapat hadir,” kata beliau dalam laporan itu.
Mengenai pertandingan peringkat timbalan presiden, Nik Aziz memilih untuk berkecuali dan menyerah kepada perwakilan.
“Itu saya tidak boleh komen, kebetulan Tuan Ibrahim anak saudara saya. Kalau saya sokong pun, saya tidak boleh sebut,” katanya.
Polis mengesahkan sudah kenal pasti pelaku dalam rakaman video seks yang kononnya mirip pemimpin pembangkang.
Polis sedang menyiasat kes itu yang dirakamkan di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.
“Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.
Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.
Nota: Akhirnya fitnah terhadap Anwar terbongkar juga
ex:pena kusisip
Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya?
Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.
“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.
“Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.
“Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.
Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.
“Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya... jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya,” kata Nazri.
Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka.
“Ianya nama 'hero pengecut bukan jaguh pecut,” perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.
Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.
“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan istilah golongan ulama dan profesional yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya sengaja dihidupkan oleh Umno-BN.
Menurut beliau, hakikatnya tidak wujud dua kumpulan iaitu ulama dan profesional, yang didakwa bersaing untuk menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.
“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.
“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook, semalam.
Kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.
Justeru, menurutnya, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.
“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.
“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.
“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.
“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.
Nik Aziz mengulas mengenai pemilihan kepimpinan PAS awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.
Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.
Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa sebarang cabaran.
Tambah Nik Aziz lagi, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.
“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.
“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang memperolehi undian tertinggi bagi jawatan AJK Pusat pada Muktamar PAS menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada Muktamar minggu depan.
Beliau menolak pencalonan untuk AJK Pusat pada kali ini.
Bagaimanapun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli menolak bertanding jawatan itu dan hanya bertanding AJK sahaja.
Seorang lagi yang mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden hari ini ialah exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.
Selain Nizar dan Datok Amar, calon lain yang mengesahkan bertanding ialah Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayob, Dato Mahfuz Omar dan Idris AhmadHatta Ramli berkata, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja memandangkan bekas naib presiden, Husam membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.
"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," katanya.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan beliau, Hatta, menyifatkan cukup baginya bertanding AJK sahaja memandangkan keputusan dibuat secara konsensus dalam PAS.
Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok.
Pengumuman Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang akan datang dijangka memberi "kesan yang lebih parah" kepada penyandang, Nasharuddin Mat Isa, berbanding Mohamad Sabu yang juga menjadi calon, kata Profesor Abdul Aziz Bari.

Pertandingan tiga penjuru dijangka berulang dalam pemilihan parti pada Jun 2011, setelah tiga orang pemimpin memperolehi pencalonan yang mencukupi mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Dalam pemilihan pada tahun 2009, pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Sabu, Husam Musa dengan Nasharuddin Mat Isa akhirnya memihak kepada penyandang, meskipun jumlah undi yang diperolehi kedua-dua orang "pencabar" lebih daripadanya.
Sesetengah penganalisa menganggap Nasharuddin Mat Isa menang kerana kebanyakan perwakilan PAS meletakkan "kepimpinan ulamak" sebagai pertimbangan utama mereka, lantas Husam dan Mat Sabu yang bukan dari golongan ulama gagal mendapat tempatnya. Kali ini, apakah pula kesudahannya apabila Tuan Ibrahim yang berasal dari golongan ulama mengambil bahagian dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden?
"Itu tanggapan atau persepsi kita (bahawa ahli PAS mahukan ulama menyandang jawatan Timbalan Presiden). Sama ada ia benar atau tidak kita kena lihat masa pengundian nanti. Saya yakin perwakilan mahu PAS melonjak dalam politik nasional," jawab Abdul Aziz Bari.
Beliau menambah, "Saya tidak fikir PAS akan mendapat lonjakan di peringkat nasional melalui Tuan Ibrahim atau Nasharuddin (gambar kanan). Logiknya saya fikir Tuan Ibrahim akan mengambil undi yang dijangka memihak kepada Nasharudin. Logiknya Nasharuddin yang akan menerima kesan lebih parah berbanding Mat Sabu."
Ketika diminta untuk menilai prestasi (Nasharuddin) penyandang Timbalan Presiden, Aziz Bari melontarkan kritikannya, "Beliau tidak banyak bekerja untuk memperkuat jentera parti. Nasha lebih banyak keluar negara. Di parlimen beliau tidak aktif. Kawasan parlimen juga tidak dijaga dengan baik sama ada di Yan (1999-2004) atau sekarang di Bachok. Nasha juga terlibat dengan usaha mendekati UMNO. Jadi Nasha bukan sahaja tidak memperkasa parti tetapi juga melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat."
Abdul Aziz Bari juga mengulas "kepimpinan ulamak", yang dikatakan masih menjadi faktor pertimbangan utama ketika perwakilan memilih pemimpin mereka.
Kita kena sedar bahawa kelayakan 'ulama' ini tidak ada dalam perlembagaan PAS. Ia hanya timbul kerana pengaruh revolusi Iran pada tahun 1979 dan begitu kedengaran sebagai slogan untuk menjatuhkan Asri Haji Muda pada tahun 1982. Selepas itu slogan itu terus ditiup untuk menjadi retorik parti. Tetapi dalam keadaan politik yang sudah berubah dan PAS perlu merakyat dan membuka pintu kepada non-muslim, ulama tidak lagi penting. Malahan ia seperti menjadi liabiliti apabila mereka yang digelar ulama gagal menjalankan kerja," Katanya.(Merdekareview)
KEBIMBANGAN Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap kemaraan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semakin memuncak ekoran ‘Bisikan Kalbu’ yang semakin mendesah kerana musuh politik Shafie, Datuk Seri Panglima, Musa Haji Aman begitu berjasa kepada UMNO dan pernah menghulurkan bantuan ketika UMNO dalam keadaan nazak.
Shafie, manusia yang tidak mengenang budi dan jasa, menongkah arus mencipta sengketa dengan menyerang kubu kuat Musa dan melancarkan ‘Saiwar’ melalui Task Force UMNO (KDM) yang menjadi ‘Kuda Liar’ tanpa pelana; menyerang keutuhan perpaduan UMNO dari dalam dengan bantuan dan sokongan seteru Musa Aman.
Persoalannya, dalam keadaan ekonomi Sabah berada pada landasan yang terbaik dan transformasi ekonomi sedang dijayakan melalui pelbagai projek termasuk NKRA dan Agropolitan, hasil kerja keras Musa; berbaloikah Najib menurut hasutan Shafie untuk menerajui Kerajaan Negeri Sabah menjelang pilihanraya umum yang dijangkakan enam bulan dari sekarang.
Kegelojohan Shafie melancarkan perang saraf melalui gurkha politik yang hanya tahu mengejar projek, tetapi gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan, menyebabkan taktiknya mudah dihidu sehingga misinya sering kali gagal.
Shafie dan Najib tidak mempunyai alasan untuk memecat Musa sebagaimana Chin Su Phin membaling najis ke muka Najib kerana gagal menyingkirkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga Sarawak kehilangan 16 Kerusi kepada Pembangkang pada pilihanraya umum ke 10 lalu menjadi ‘Nujum Pak Belalang’ menuding jari kepada Musa yang akan menyebabkan Sabah kehilangan banyak kerusi pada pilihanraya umum kelak.
‘Teori Pemusnah’ Chin Su Phin adalah permata minda Shafie melalui asakan Peter Anthony, Christinus Chiu, John Ambrose, Mohd Yusof Apdal, Alfred Chan, Rahim Ismail, Jasa Haji Rauddah, Yusof Yakub dan semua kroni yang mendapat imbalan projek daripada Shafie.
Perlantikan Chin Su Phin sebagai ‘Senator’ langsung tidak memberi kesan kepada BN Sabah kerana Musa mempunyai ‘Akar Politik’ yang kuat tetapi tertanam di dalam tanah sehingga sukar untuk meramalkan tindakannya; apatah lagi mempunyai Komando (You Command, I Do) yang hanya bertindak atas arahan Musa.
Namun asakan, serangan dan gerakan perang saraf yang dilakukan Shafie selama ini gagal melumpuhkan Musa yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memperkukuhkan ekonomi Sabah melalui ‘Think-Thank’ beliau sendiri yang gagal dibolosi Gurkha Politik Shafie, termasuk Azman Ruslan dan Jamawi Jaafar.
Bagaimanapun, Najib memerlukan orang tengah atau penasihat untuk menyelesaikan sengketa antara Musa-Shafie dan calon terbaik untuk melakukan ‘Gencatan Senjata’ ialah Tun Dr Mahathir Mohammad yang masih disegani kawan dan digeruni lawan.
Hanya Mahathir tahu apa rahsia Musa dan Shafie dan ternyata Mahathir masih Pro-Musa kerana bersetuju membubarkan Sistem Ketua Menteri Merry Go-Round sebaik sahaja Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kes rasuah Shafie sejak era NBT yang bertompok-tompok di SPRM dan fail siasatan Musa yang dibuka ekoran rencana politik Shafie yang mengupah anak saudaranya ke Hong Kong bagi mendapatkan bukti palsu melalui penahanan orang yang dikhabarkan paling rapat dengan Musa, Michael Chia Thien Foh; masih gagal mengaitkan Musa dengan skandal berkenaan; hanya diketahui Mahathir dan Pak Lah yang memegang butang ‘Freeze’ ketika itu.
Namun apakah Shafie atau Musa akan mengalah dan duduk di meja perundingan jika masing-masing merasakan diri mereka mempunyai kekuatan untuk melakukan ‘bidikan terakhir’ untuk melumpukan musuh mereka.
Sebagai tokoh yang mendapat jolokan ‘Golden eye boy’ Najib, Shafie tentunya merasakan peluangnya untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah semakin hampir tetapi mungkin terhalang kerana Najib tidak mempunyai kekuatan untuk menyingkirkan Musa, tokoh berjasa kepada UMNO!
Dalam masa yang majoriti Adun dan Ketua Bahagian UMNO di Sabah mempersoalkan kenapa Musa perlu diganti ketika ekonomi Sabah semakin stabil dan rizab negeri pada tahap tertinggi dalam sejarah Kerajaan yang pernah memerintah negeri ini.
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)
Najib Razak terbantut nak naikkan petrol Petrol RON95. Ialah tak patutpun naik, kerana negara pengeluar lain lebih rendah harga petrol depa daripada harga yang dok ada di Malaysia la ni.
Lagipun mana akalnya, harga minyak dunia dok koi turun.
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum tak jadi naik bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.
Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.
Harga semasa
Harga Petrol di Malaysia : RM1.90
Malaysia pengeluar petrol ke-27 di dunia

Harga Petrol di Qatar: RM0.75
Qatar pengeluar petrol ke-22 di dunia
Harga petrol di Oman: RM1.00
Oman pengeluar petrol ke-28 di dunia
Harga petrol di Mesir : RM1.06
Mesir pengeluar petrol ke-29 di dunia
awat kita lagi mahal.... baca laporan ni pulak...lagi fening
Sedang Umno-BN ghairah menaikkan harga minyak, harga bahan bakar itu di perdagangan Asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang khuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.
Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong.
“Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun,” kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura.
Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu.
Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun.
OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa.
Di sebalik penurunan itu, kerajaan pimpinan Najib dilapor akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.
Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan dinaikkan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter.