Utusan Malaysia dan Berita Harian berniat jahat dan menyembunyikan kebenaran kerana mengambarkan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan ia merupakan satu propaganda jahat untuk memperlihatkan bahawa DSAI tidak mengikut hukum Islam.
"(Sedangkan) Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah.
Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.
Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.
Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.
Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.
"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."
Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.
Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.
"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.
"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya
Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.
Umno sepertii ketahui umum sentiasa menghalalkan cara melalui amalan super luarbiasanya sekali lagi mengguna segala kemudahan kerajaan untuk pemudah urusan kepartian, apalagi yang melibatkan PM DS Najib Razak.
Hari ini, Najib dalam rangka program Turun Padang Bersama Rakyat ke Terengganu dan lagi sekali segala kemudahan termasuk sekolah digunakan untuk urusan Umno.
Malam ini Najib dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan-pimpinan Umno-BN Negeri untuk menyelesaikan hal-hal berkaitan kepimpinan negeri, terutam yang melibatkan Umno .
Sempena lawatan Najib, sampul surat (foto) juga menunjukkan satu salahlaku oleh Umno.... menguna URUSAN KERAJAAN untuk urusan Umno.
Akhirnya Misbun Sidek membuat keputusan ... menolak tawaran BAM untuk menjadi jurulatih badminton negara, khusus melahirkan pemain pelapis. Mungkin ramai di BAM yang sukacita .. tetapi hakikatnya akan ramai yang rugi.
Misbun berhak membuat keputusan sedemikian kerana hatinya telahpun terguris dek laporan dan kata-kata yang kadangkala kurang manis seolah-olah memperlekehkannya dan menyindirnya.
Tiada apa yang keliru. Ia jelas terbentang. Misbun menolak tawaran itu.
"KAMI semua keliru", kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.
Misbun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, semalam.
Semalam, dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BAM dipengerusikan Timbalan Presidennya, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah berkata semua ahli majlis menghormati dan menerima keputusan Misbun itu.
“Bila-bila masa Misbun mahu bersama semula kita, kita tidak halangan tetapi buat masa ini kita hormati keputusan Misbun,” katanya, mengenai kehilangan jurulatih badminton itu, semalam.
Ada yang beranggapan andai aspek gaji dalam kontrak baru diambil kira, perkara itu mungkin tidak menjadi masalah apabila jumlah yang ditawarkan dikhabarkan tidak berubah tetapi mungkinkah faktor ‘kehilangan’ Chong Wei yang terus terang mengatakan sudah selesa tanpa bimbingan mentornya itu menjadi penyumbang utama?
Berdasarkan rekod cemerlang sebagai jurulatih, Kok Chi mengharapkan Misbun kekal menjadi jurulatih biarpun di tempat lain berdasarkan umur jurulatih itu yang dikategorikan masih muda lagi.
“Kalau saya di tempat Misbun, saya akan menyahut cabaran baru membimbing atlit pelapis dan melahirkan lebih ramai jaguh bagi Sukan Olimpik 2016. Kalau ada peluang sebegitu, saya pun mahu terima apa lagi berpeluang melatih anaknya (Misbun Ramdan) yang berbakat besar,” katanya.
Ahli Majlis BAM, Datuk Sayed Abu Bakar Abdullah pula berkata: “Dia harus terima saja tawaran itu memajukan pemain negara. Dia tidak perlu lagi menjaga Chong Wei kerana pemain macam Chong Wei, letak mana-mana jurulatih pun boleh sebab dia memang sudah cemerlang.”
Ibu kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah,15, yang ditembak mati polis di Seksyen 11 Shah Alam, April tahun lepas pada Jumaat membuat laporan polis kerana mendakwa pasukan penguatkuasa itu mengeluarkan kenyataan fitnah dan cuba menutup kes kematian anaknya.Norsiah Mohamad, 61, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.30 pagi diiringi lima peguam.
Norsiah mendakwa selepas kematian anaknya, polis telah memfitnah anak dan keluarganya dalam suatu percubaan untuk menutup kes berkenaan dengan membuat kenyatan kononnya anaknya dan rakannya, Azamudin Omar yang berada dalam kereta itu adalah penjenayah.
Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan polis yang menyatakan anaknya cuba merempuh anggota polis yang berada di tempat kejadian adalah palsu, dan bertujuan menutup kes ini.
Pada 25 April tahun lepas, Aminulrasyid mati setelah terkena tembakan yang dilepaskan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas kenderaan dipandunya terserempak dengan kereta peronda polis.- BERNAMA
PAS kesal terhadap media arus perdana milik Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.
Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.
“Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah,” tegasnya.
Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.
Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".
Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.
“Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?” tanya beliau lagi.
Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.
“Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.
“Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?” soalnya lagi
Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kira-kira jam 4.30 petang tadi dengan disaksikan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.
Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkumpul di masjid itu selepas solat Jumaat l bertakbir sambil melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".
Eskay memegang senaskhah Al-Quran dan bersumpah seperti berikut:
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihati Eskay jangan melakukan sumpah laknat tersebut. Trio Datuk T kelihatan tenang dan mendengar syarahan pendeknya sebelum diberikan senaskhah buku berjudul Qazaf.
Eskay, Rahim dan Shuib beredar pantas tanpa memberikan peluang kepada media bertanyakan.
Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.
Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Datuk T beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.
Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana melihat perkara itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.“Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.
“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.
“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perihal yang berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin pada 20 Mac lalu.
Mengulas mengenainya Hasan berkata, peribadi artis seperti itu tidak layak dijadikan contoh kepada generasi muda.
“Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).
“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,” katanya.
Sebelum ini, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan dan berita itu mengejutkan seluruh masyarakat.
Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.
Katanya “benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan pengguguran,”.
Hasan berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang persembahan hiburan tetapi ia haruslah memberi pendidikan kepada masyarakat.
“Setiap bidang ada pendidikan yang boleh disebarkan kepada masyakat, begitu juga dengan cabang seni malah kita akan beri ruang kepada persembahan berbentuk pendidikan.
“Kita tidak mahu sebarang hiburan yang boleh melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara. Sebarang persembahan seni yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram,” katanya. (Sumber Sinar Harian)
Nampaknya mengharamkan persembahan Kris Dayanti dalam negara ini disambut awal oleh Datuk Hasan Ali kerana sikap tidak senonoh Kris Dayanti mengandung dahulu sebelum berkahwin.
Seharusnya pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan sensitif dalam hal ini. Sharizat Jalil, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang konon lantang berjuang menentang anak-anak haram hanya diam membisu, hanya bertindak apabila masaalah membengkak.
Itulah kualiti menteri-menteri kabinet barisan DS Najib yang ada. Hangguk tak kena tempat tembak tak kena sasar.
Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama,
Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-12
Pada 29 April 2011
Jam 8.30 pagi
di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Persidangan akan diadakan pada 3 - 5 Mei 2011 dan 9 - 11 Mei 2011.
Ikuti siaran langsung Sidang DUN melalui
http://www.vttv.tv/dunpenang/index.html
Nampak gayanya, orang Perak akan menghadapi masa depan yang malang, ekoran sikap Kerajaan Negeri itu merestui usaha melombong nadir bumi di Bukit Merah. Sekali lagi Bukit Merah akan berdepan dengan tragedi.
Usahasama antara firma Hong Kong dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak itu telahpun dimeterai melalui satu perjanjian.
Kemana perginya suara-suara lantang di Perak.
Anehnya DS Zambry Abd Kadir mengatakan dia tak tahu ada perjanjian seumpama itu. Khabarnya terkejut beruk dengan exco-exconya. Satu jawapan yang tak masuk akal langsung.
MB Perak itu berkatakan, dia baru nak minta penjelasan daripada sayap PKNK ekoran laporan mengenai usahasama menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merak itu.
Katanya, ia sekadar satu memorandum persefahaman antara PKNP dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.
PKNP tidak memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai. Kena mainlah...
“PKNP sewajarnya memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.
Syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng Pahang Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham.
Kerajaan membayar pampasan sebanyak RM2.05 bilion kepada 27 syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah ini belum mengambil kira jaminan bank, subsidi dan insentif cukai ataupun jumlah tol yang dikutip daripada pengguna jalanraya, demikian Dewan Rakyat diberitahu.
Jawapan itu diberikan kepada soalan Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Lantaran itu, kata beliau, BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam. (foto hiasan semata-mata)
Lim telah meminta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada 1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi.
Menteri berkenaan telah menjawab bahawa sejumlah berkenaan telah dibayar sehingga 31 Disember 2010.n.
Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.
Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampasan disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 5 peratus kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru.
Jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya seperti berikut:: (sila klik)
Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa beliau 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Selepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam
buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya.
RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April.
"Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?” soalnya dalam temuramah video
Skype dengan
Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas.
Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah
diputarbelit.
Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana
interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah.
“Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan,” katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut.
Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah:
Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan.
Mungkin ramai yang masih ingat, tragedi sebuah kereta Ford Laser yang terjunam ke dalam Kompleks Membeli belah KB Mall, di Kota Bharu pada 2009 sehingga menyebabkan dua orang maut. (lihat foto)
Hari ini, pemandu kereta berkenaan, iaitu seorang penjaga burung layang- layang dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret kerana kecuaian itu.
 |
| kelihatan ford laser itu terjunam di eskalator kb mall |
Masjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu selepas Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.
Dia dituduh menyebabkan kematian dengan cuai terhadap Siti Amira Shamsudin, 19, dan Siti Nur Dianah Azman, 23, di kawasan itu, pada 5.10 petang, 6 Disember 2009.
Mohd Sabri didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Selain mengakibatkan kematian dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill Kota Baharu itu, seorang rakan mereka turut cedera parah ditimpa Ford Laser yang terjunam dan menimpa mangsa dari tempat letak kereta di tingkat tiga KB Mall itu selepas merempuh dinding lubang angin di situ.
Siti Amira, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nur Dianah, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan Nor Ain Said, 19, yang cedera parah di kepala, telah dirawat di hospital yang sama. - BERNAMA
Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, hari ini.
Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). (foto hiasan)
Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.
"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau.
Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Lebih 100 Iban naik angin menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu untuk menuntut janji habuan pilihan raya negeri baru-baru ini yang masih gagal ditunaikan.
Mereka menuntut habuan wang RM400 seorang yang dijanjikan sebagai menyokong calon SUPP.
Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa pengundi Iban berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tuai rumah panjang sebelum pilihan raya.
SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memantau keadaan.
Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.
SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.
p/s: siapa yang ada buat janji dengan Iban siap sedia....
SIBU: Seramai 16 lelaki mendakwa ditipu oleh dua orang yang kononnya mewakili UMNO untuk memilih mereka ini menjadi calon parti itu pada pilihan raya negeri 16 April lepas.
Seorang daripadanya, Joseph anak Lebun, 27, mendakwa dijanjikan RM1 juta tiap seorang sebagai perbelanjaan pilihan raya dan RM250,000 sebagai wang jaminan sama ada kalah atau menang apabila bertanding.
Ketika dihubungi Abu Nawas hari ini, Joseph berkata, mereka telah menjalani tapisan peluang kemenangan oleh dua lelaki yang mendakwa mewakili sebuah badan dikenali sebagai Jawatankuasa Penajaan UMNO Sarawak (JPUNS).
UMNO tidak mempunyai cawangannya di Sarawak. Joseph, yang mendakwa dipilih untuk bertanding bagi kerusi Katibas, berkata, beliau telah meletak jawatan sebagai pekerja luar pesisir di Singapura kerana begitu terpengaruh oleh pujukan seorang daripada lelaki berkenaan.
"Saya membelanjakan hampir RM50,000 wang sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu sejak enam bulan lepas,” katanya.
Malah katanya, mereka telah mengisi borang penclonan tetapi dua hari menjelang hari penamaan calon, mereka menerima SMS berbunyi “Kitak Tak Jadi Bertanding” (Kamu Tak Jadi Bertanding) - (Buletin Hairan Online)
Nah.. memang dah tahap gaban.. TAKDA PENULIS LAIN LAGI. Astora Jabat hidup lagi . Dah start menulis di Utusan Malaysia. Haru .. nanti ustaz Utusan ni lebih banyak buat tafsiran sendiri dan hujahan mengelirukan... Itulah hangpa tak baca suratkhabar Umno... last-last ketinggalan keretapi.. tak tau si Jabat ni yang dah dibuang, balik semula ke suratkhabar lama tu. Biargpi ka dia ler.. takda orang baca pun.. biag dia merapu meraban
Jangan bersedih bila tokeh gelang besi berani masuk Umno. Kalau sedih nanti kena jual. Al Kisah ler tokeh gelang ni... lagi fofular dah kuar muka depan surat-surat khabar. Kecoh satu Malaya. Ramailah yang akan lebih mudah terpedaya kononnnya gelang besi berani itu memberi tuah kepada pemakainya. Lagi laku gelang dia bila Najib dan Muhyidin dan menteri2 kabinet pakat pakai sorang satu.
AC Mizal akan cadangkan kepada Najib agar semua ahli Umno dan menteri-menteri memakai gelang besi berani itu untuk power. KM Sarawak Taib Mamud kena pakai juga gelang besi berani ni
Bior kan dia dengan bini deme dok dalam Umno dulu.. elokpun selagi rambut kaler merah... belum sampailah waktu tu. Sebenarnya Mizal kena masuk Umno untuk masyuk RM.. kalu tak susah nak jual gelang besi berani tu. Kalau masuk PAS alamat kena buang habis gelang besi berani tu.. tak laku.
Lepas ni lebih ramail tertipu power gelang besi berani tu .. terutama orang Umno yang mana sekarang pun dah berlambak pakai gelang besi berani konon tambah power.
Bacalah blog-blog mengenai muslihat bisnes gelang besi berani AC Mizal tu. kah kah kah!
Janganlah bersedih kalau dia tak masuk PAS atau PKR pun. Rambut dia dengan bini masih kaler merah. Tangan siap bergelang besi berani .. tambah power.. silap hari terpesong akidah...
Kisahnya ini saya copy paste (tanpa izin) dari portal pro Umno ler. Kekadang kena juga baca nak tau akal dia orang. Tak menjadi kesalahan untuk mendapat info.. tapi infonya menarik juga kekadang tu untuk difikirkan. Rupernyer depa pun dok ghapelah sakan takut3 kalah lebih teruk di Perak pada PRU nanti... he he memangpun akan kalah lebih teruk sebab depa gagal nak perbetul akal kes rampasan kuasa tu..
Ini kisah Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan (takda teman nak edit aper pun)
Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala Parlimen Teluk Intan, DUN ‘Melayu’ hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.
Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya.
Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah.
Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004. (baca lagi panas..., klik kat bawah tu)
Ini story terhangat abad ini bagi Pulau Pinang dan negeri sewaktu dengannya. Umno yang sekian waktu kencing Program Warga Emas Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mungkin terkucil atau giler meroyan lepas ini.
Pimpinan Umno negeri telah mengiktiraf program berkenaan dengan menandatangani dan menyokong permohonan warga emas untuk mendapatkan wang ehsan itu.
Tahun lepas, geng Umno meraban termasuk Datuk Azhar (Penaga) dan rakan-rakan telah menghambur pelbagai macam cerita termasuk kononnya wang RM100 yang diberikan kepada warga emas sebagai hasil wang judi. Dari Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Balik Pulau.. Umno mendakwa telah kutip semula wang pemberian kerajaan negeri kepada warga emas atas dasar mereka menolaknya kerana ia sumber haram.
Namun sampai sekarang belum ada senarai nama warga emas yang menolak dikemukakan Umno.
Tahun ini, program berkenaan diteruskan dan ribuan warga emas telah menyerbu bank-bank bermula Sabtu lepas sama ada untuk mengambil wang RM100 ataupun RM1,000 (khairat kematian) yang dibayar kepada waris .
Setakat ini, UMNO membisu seribu bahasa atau sedang menyusun peluru untuk menembak angin.
Baca dan lihatlah sendiri tandatangan pada borang berkenaan yang diterima oleh Penyelaras Kadun Sungai Dua, Sdr Fahmi. Foto menceritakan segalanya. Jangan segan-segan, jangan malu-malu... jangan duduk rengang-rengang....
Pulau Pinang mencatat pertumbuhan ekonomi pada kadar 8.1 peratus bagi tahun 2010. Kadar pertumbuhan yang positifi bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, pada tahun 2010, kerajaan negeri telah mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM33.5 juta atau 6.22 peratus menjadikan lebihan terkumpul sebanyak RM572.49 juta.
Jumlah hasil yang dikutip pada tahun lepas ialah RM34.19 juta (RM410.70 juta) atau 9.08 peratus berbanding 2009 yang mencatat RM30.5 juta.
Belau berkata, untuk tempoh dua tahun berturut-turut kerajaan negeri telah mencatat lebihan belanjawannya, iaitu sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77.34 juta pada 2009.
Seekor katak lompat yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Osman Jailu diperintah membela diri terhadap kes rasuah yang dihadapinya pada 2008, ekoran Mahkamah Tinggi Ipoh menerima rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adoi harus terkencing Osmang sekali ni... kerana askar pencen ni memang diketahui gemuruh habis, apatah lagi partner dia yang juga rakan karib dia Jamaluddin Mohd Radzi dibebaskan daripada rayuan itu.
Mahkamah Tinggi menerima rayuan SPRM terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Osman (Adun Changkat Jering) dan kembarnya Jamaluddin (Adun Behrang) serta Usaili Alias daripada tuduhan rasuah tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng dalam penghakiman lisannya memerintahkan Osman Jailu dan Usaili mengemukakan pembelaan masing-masing.
Selain Jamaluddin, Teo juga menolak rayuan SPRM ke atas bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan peniaga, Fairul Azrim Ismail kerana pendakwa gagal menimbulkan prima facie.
Say Eng menetapkan sebutan semula pada 9 Mei ini di Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Sesyen sebelum ini membebaskan mereka daripada 16 tuduhan rasuah membabitkan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Exco kerajaan negeri Perak, Restoran Kluang Stesen Cafe di sini dan Aquarias Restaurant & Bar, Summit Hotel, Bukit Mertajam di Pulau Pinang di antara 12 Ogos hingga 19 Ogos 2008..
Dah kutip ratusan juta ringgit hasil saman ekor, kini Polis dengan selamba berkata bahawa kaedah perangkap kelajuan aka "saman ekor" tak dipakai lagi.
Polis tak mahu sembunyi-sembunyi lagi. ini kerana kaedah sembunyi-sembunyi aka saman ekor ia menjadi rungutan ramai.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.
Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.
“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang secara telus, ” kata beliau.
Banyak pihak mempertikaikan notis saman ekor yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.
Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor Kase yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.
Umno Pulau Pinang terkedu dan kehabisan peluru untuk memperkecil-kecilkan Program warga emas (PPWE) anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun 201, apabila ribuan menyerbu bank untuk menerimanya.
Tahun lepas gegak gempita mereka berusaha mempengaruhi penerima bahawa wang ehsan itu hasil wang judi yang diperolehi kerajaan Pulau Pinang.
Mungkin Umno sedang berfikir untuk mengatakan wang berkenaan tidak sahlaku atau palsu pula tahun ini.
Hari ini, ribuan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui PPWE menyerbu bank-bank berkenaan untuk menerima wang itu se awal pagi.
Cawangan bank-bank terpilih telah memberi kerjasama mulai pagi (Sabtu) dan juga esok untuk menyerahkan wang RM100 dan RM1,000 (khairat kematian) kepada waris warga emas yang berdaftar.
Usaha Umno tahun lepas tidak terkesan nampaknya. Tahun lepas, Umno dengan fitnah wang berkenaan dari sumber hasil wang judi berjaya memujuk beberapa kerat warga emas memulangkan wang itu.
Sehingga ini Umno Pulau Pinang juga gagal menyerahkan senarai nama warga emas yang mau menolak pemberian itu. Mengamati tinjauan hari ini, beberapa penyokong Umno juga kelihatan tidak ketinggalan mengambil wang berkenaan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata pembayaran akan dibuat mulai 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan bank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.
Pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus warga emas di Pulau Pinang ataupun 114,668 orang.
Beliau yang melawat bank-bank berkenaan hari ini, berkata sejak dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris, hasil daripada sumber lebihan pendapatan Kerajaan Negeri.
Bukan wang seratus ringgit yang menjadi nilaian warga emas itu, tetapi penghargaan kerajaan negeri menjadi ukuran keikhlasannya, kata beliau.