
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selamat.Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know: Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Umno BN kembali kepada asalnya menggunakan muslihat agama iaitu negara Islam dan pendirian calon PAS Normala Sudirman yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrimnya sebagai kononnya beliau (Cikgu Mala) tidak mesra rakyat.
Adalah satu perkara teramat dangkal bagi Umno yang sekian waktu cuba menyamai perjuangan PAS dengan mendasari Islam sebagai asasnya, tetiba termakan dengan strategi rakan karibnya MCA (yang kini dipimpin oleh seorang Presiden yang terpalit skandal seks) dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang ini.
Ia ternyata menimbulkan rasa kasihan bagi Umno yang menggunakan helah tidak bersalaman sebagai modal kempennya untuk ditaburkan pada Melayu dan Cina agar menyokong calon 'downgraded' nya Mohd Azhar Ibrahim?
'Helah' BN itu tidak dipedulikan Pakatan Rakyat, khususnya PAS dalam usaha menarik sokongan 14,753 pengundi - 39 peratus atau 5,766 orang Cina.
Pakatan lebih mengetengahkan isu-isu setempat, khususnya masalah generasi awal dan kedua peneroka Felda bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.
DUN Tenang, di Labis mempunyai tiga Felda, Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang didiami pengundi Melayu.
Ini mendorong Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) - NGO yang rapat dengan PAS - membuka pusat khidmat mereka sendiri di sebuah Felda (Chempelak) di situ mereka. Felda Chempelak mempunyai 1,432 pengundi, Felda Chempelak Barat mempunyai 1,217 pengundi makala di Felda Tenang pula seramai 1,469.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia "isu lama" dan masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengannya.
Beliau mengingatkan bahawa "orang Melayu kena mengikut Islam, bukan ikut Melayu sahaja untuk memerintah negara ini dengan adil".
"PAS mahu membawa pemerintahan yang adil dan mengajak kawan-kawan lain bersama-sama.

Sementara itu, Normala berkata, BN gagal memahamkan parti komponennya berhubung perkara tersebut.
"Kami sebagai individu Muslim (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya.
Naib presiden PAS Salahudin Ayub berkata, ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.

Patung DS Najib dibina di gua ibadat agama Hindu di Batu Caves. Adalah difahamkan bahawa patung Najib ini dibina sempena sambutan Hari Thaipusam tahun 2011 yang turut dihadiri Najib.

Masih ingatkah lagi.. seketika dulu gambar DS Anwar Ibrahim (seumpama ini tetapi bukan di kawasan kuil ini) dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat. Jenuh kena maki... tetapi kalau Najib dan sekutunya.. ngak apa-apa pak.
Kempen pilihan raya kecil di Tenang sudahpun bermula semalam. Meskipun sepak terajang politik sudah bermula seawalnya lagi, namun kesah-kesah fitnah yang dilemparkan kepada Cikgu Mala, (calon PAS) tidak akan memalarkan perjuangannya.
Normala Sudirman merupakan ketua Muslihat PAS Labis. Beliau adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, sebelum meletakkan jawatan baru-baru ini.
Kempen pencacai UBN yang terbaru ialah menfitnah zina pada Cikgu Mala, sebelum berkahwin. Namun UBN terlepas pandang bahawa calon BN Mohd Azhar Ibrahim, 39, adalah penipu dan pernah disabitkan dengan kes mahkamah.
Beliau adalah bekas Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kecil Rengit, dan digelar sebagai Datuk AI sepertimana didedahkan dalam Facebook.

Mengikut fakta: Datuk AI pernah bertukar tempat kerja dari Daerah Segamat yang lebih besar kepada Daerah kecil di Rengit? Ini bermakna, beliau telah di downgrade. Sepatutnya, sebagai ADO dinaikkan ke pangkat DO ?
Pepatah ada mengatakan foto boleh menceritakan lebih 1,000 makna.
Nah lihatlah foto-foto Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sebuah negara yang mendaulatkan Islam.
Rosmah Mansor menemui barisan pegawai Kesultanan Oman, semuanya lelaki yang bukan mahramnya.
Rosmah disambut oleh seorang menteri Kesultanan Oman .
Rosmah Mansor ketika mengunjungi pemimpin Arab Saudi.
"Buat malu bangsa nak saman owang (orang) berjuta juta! Sedangkan dosa pada adik beradik tak terampun !"
"Poodah," kata Azman Ali kepada Ummi Hafilda Ali (kakak Azwan Ali).
Padam muka Hafilda, adik beradik sendiri pun meluat dengan dia... sampai Azwan tergamak berkata demikian melalui Twitternya.
Berlambak lagi ditulis Azwan dalam Twitternya sehingga tak tergamak dipetik .
Itulah Hafilda yang menjadi perkakas (tool) terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat dengan saman jutaan ringgitnya..
Pengacara sensasi itu turut menulis: "suwey..puaka no place" dan bermacam2 lagi yg kurang enak .

Adoi... Anwar Ibrahim akan deman (kalau berdebat), kata DS Najib Razak.
Najib kata beliau tidak gentar berdebat tetapi minta Anwar Ibrahim selesaikan dahulu masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya?
Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam.,” perli Najib.
"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib.
Maka ramailah yang hadir kata “tidak”. Maka Najib pun kata majoriti rakyat tak mau dia berdebat maka tak payahlah dia berdebat... jadi Anwar pun tak deman.
PAS mencalonkan wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini, demikian diumumkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis. Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor.
Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bekas guru Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat.
Ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman pula mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.
"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan.
Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.
Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk menentukan kemenangan pada pilihan raya kecil 30 Januari depan. Pengundi Melayu, adalah majoritinya penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda.
BN akan umum calonnya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Perak Darul Ridzuan yang satu ketika dahulu dikenali juga dengan Gangga Negara tak habis-habis dengan kontroversi. Seolah-olah dilanda perang gerila.
Rata-rata masyarakat kampung mendakwa kerajaan Zambry Abd Kadir yang ada sekarang adalah "kerajaan haram" kerana ianya diplilh orang orang tertentu dan bukannya oleh rakyat.
Zambry adalah wakil rakyat dan Exco UMNO yang menikam belakang Tajol Rosli mantan Menteri Besar dari partinya sendiri.
Zambry juga tidak disenangi oleh majoriti wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional. Dia adalah spesis yang sama dengan Mahdzir Khalid bekas Menteri Besar Kedah yang dilantik oleh Abdullah Badawi.
Khabar-khabar angin bertiup kencang di Perak mengatakan dia banyak menggunakan pengaruh Mufti Perak untuk kepentingan peribadinya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat dakwaan-dakwaan penduduk di Perak mengatakan Mufti negeri itu ada dianugerahkan beberapa keping tanah kerajaan demi membalas sokongan politiknya terhadap Zambry.
Hubungan Zambry dengan penjawat awam juga dihebohkan tidak baik.
Kini, dia memberikan amaran kepada Ketua-ketua Kampung yang disifatkannya sebagai malas supaya berhenti kerja.
Beberapa orang penduduk Siam di Keroh memberitahu, "eloklah dia yang berhenti kerana dah 2.49 juta penduduk Perak yang tak suka dengannya"
Orang kuat Tajol Rosli di Kg Ulu Kenderong Gerik yang tidak menyenangi dengan sikapnya itu memberitahu, jika dibiarkan Zambry menerajui Perak, banyak kerusi akan hilang dalam pilihanraya akan datang.
Apapun, pemerhati politik menjangkakan Perak boleh dikembalikan ke tangan Pakatan Rakyat jika sedikit usaha dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti politik alternatif itu biarpun masyarakat sudah sinonimkan istana sebagai parti politik baru komponen Barisan Nasional.
Gerila politik di Perak sepatutnya sudah ke medan dan mulakan pertempuran.

Kami menunggu Alfadhil Ustaz Norazli Musa sejak jam 4 petang di KLIA kerana tidak mengetahui waktu sebenar ketibaannya, cuma yakin beliau akan kembali ke tanah air pada Sabtu malam (8hb Jan 2011), berasaskan laporan dan perhubungan melalui internet dan FB.
Wajah yang ditunggu2 akhirnya muncul pada jam 8.30 melalui pintu ketibaan antarabangsa. Maka berpelukanlah rakan-rakan yang menanti beliau. Beliau muncul bersama saudara Fuad Helmi, seorang anak muda berasal dari pasir Mas Kelantan yang turut bersama-sama Norazli ke Gaza. (gambar bawah)

Sdr Fuad berlepas bersama-sama Norazli kira-kira sebulan lepas untuk mengikuti bersama delegasi Asian Caravan to Gaza yang turut disertai sama delegasi dari Indonesia, Pakistan, India dan juga Jepun.
Selesai bergambar kenangan, maka berpisahlah dua saudara seislam itu, Norazli bersama-sama saya, Haji Mustapha Wahab dan PakYa (seorang pengusaha dan sahabat karib Norazli menaiki mobil menuju Ipoh, manakala Sdr Fuad yang ditunggu isterinya bersama-sama rakannya menuju destinasi KL untuk ke rumah masing-masing.
Haji Mustapha atau Tok Pa kelihatan segak dengan mufler Palestine sambil menolak troley barangan Norazli. Selepas itu, kami terus berlepas dengan Pa Ya memandu mobil menuju Ipoh.
Berkali-kali Norazli menyebut ingin menjamah nasi Malaysia kerana selama sebulan lepas terlepas juadah yang dijamahnya puluhan tahun. Katanya, kadangkala beliau memakan mi segera Indo sebagai pelepas kempunan.


Berulangkali beliau bercerita sambil diselangseli dengan pertanyaan demi pertanyaan saya dan tok Pa yang cuba memahami situasi beliau semasa menyertai rombongan ke Gaza itu. Bercampur sedia, marah dan kesal begitulah kesimpulannya.
Kami berhenti makan satey kajang di persimpangan sungai Buloh.. isteri Norazli kerap kali menelefon bertanya udah sampai di mana? Hmmm biasalah isteri menanti kepulangan suami...
Sedudah menjamah satey, kami solat di surau R & R Sungai Buluh itu, selepas itu Azli terus menceritakan pengkisahannya merantau dan mengembara di negara Asia Barat itu. Dari Taheran, Al Arish, Turkey, Damscus (Syria) dan Gaza... kisah2 kalangan Syiah di Iran dan pelabagi hal yang amat tidak secocok dengannya.
Lama kelamaan semuanya terlena kecuali saya dengan Pa Ya yang memandu. Kira-kira jam 12 kami tiba di rumah al fadhil Ustaz Azli di Ipoh, lantas kami memunggah dua beg besar miliknya dan bersedia berangkat ke rumah masing-masing.
Dua buah kapal perang Israel dilaporkan mengekori kapal bantuan Asian Caravan to Gaza.. kapal Salam yang melalui Al-Arish (Egypt), demikian menurut Feroz Mithiborewala, penganjur kontinjen India yang kini berada di Damascus.
Kapal itu membawa bantuan untuk disampaikan kepada pihak berkuasa Mesir untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Gaza melalui checkpoint Rafah.
Wartawan kanan India, Ajit Sahidan tiga lagi warga India berada di atas kapal itu bersama-sama seorang bernama Hakim dari Azerbaijan, Nur el Din dari Malaysia, Mohammad Hossain dari Indonesia dan Sagaguchi dari Japan. Mereka sedang mengiringi bantuan itu di atas kapal, manakala delegasi lain menaiki pesawat dari Syria ke Mesir .Mereka dijadual bertemu di Al-Arish.
Menurut laporan Milli Gazette di Damascus, Komando Israel telah menaiki kapal itu, memeriksa bahan yang dibawa dan menyoalsiasat kru kapal.
Komando itu kemudian meninggalkan kapal berkenaan tetapi dua buah kapal perang Israel mengekori Kapal Salam, manakala sebuah helikopter Israel uturt kelihatan.
Komando Israel tidak menahan sesiapapun dalam kapal itu..

Ajit (kanan), wartawan dari India dan Norazli Musa
Kapal berkenan membawa makanan, perubatan, mainana, generator dan kenderaan ambulan untuk disampaikan kepada penghuni Gaza, dalam usaha meringankan bebanan kehidupan mereka yang disekat selama lebih dua tahun oleh Israel. Mereka boleh dihubungi melalui telefon satelit di atas kapal itu 00821621294881.
