-
Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.
Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.
"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."
Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.
Honda mula memusnahkan 1,055 kereta buatannya yang tenggelam dalam banjir di Thailand baru-baru ini.
Proses memusnahkan kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang di Taman Industri Rojanam itu, merupakan kawasan yang ditenggelami air pada Oktober lalu.
Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda ditenggelami air berselut.
Proses memusnahkan kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang di Taman Industri Rojanam itu, merupakan kawasan yang ditenggelami air pada Oktober lalu.
Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda ditenggelami air berselut."Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.
Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.
Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nga Kor Ming ekoran isu "hitam metalik" tetapi menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum setiausaha DAP Perak itu.
Beliau berkata hukuman rakyat merupakan pengadilan terbaik dan tepat kerana kenyataan Nga yang menggelarkannya "hitam metalik" dibuat di hadapan khalayak ramai dengan tujuan untuk mencerca peribadi, bukannya menghasut.
"Saya sering ditanya, kenapa saya berdiam diri, kenapa tidak ambil tindakan mahkamah dan sebagainya. Saya jawab bahawa perlu apa saya mengambil tindakan mahkamah kerana kenyataan itu dibuat di hadapan orang ramai dan ditujukan khusus dengan mencemuh dan mencerca keperibadian saya.
"Beliau tidak membuat kenyataan yang dikatakan menghasut dan sebagainya tetapi mencerca dan menghina, jadi pengadilan yang sebaik-baiknya ialah saya pulangkan kepada rakyat," katanya.
Menteri Besar Perak itu berkata isu itu akan menjadi indikasi kepada rakyat untuk menilai sendiri perwatakan sebenar pemimpin yang kononnya mendakwa memperjuangkan kesaksamaan antara kaum sama ada mereka melaksanakannya atau sebaliknya.
Nga bagaimanapun telah memohon maaf atas kenyataannya itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak Norazli Musa akan mengemukakan saman malu dan fitnah terhadap Fauzi Muda di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Isnin ini.Saman berkenaan akan dikemukakan oleh Peguam Aminudin Zulkifli.
Menurut Nor Azli, saman berkenaan adalah ekoran kenyataan Fauzi yang menyebut beliau telah memperkayakan diri semasa pemerintahan kerajaan negeri PakatanN Rakyat.
“Fauzi memfitnah saya, dengan mengatakan saya telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membina kediaman saya di Ipoh.
Beliau berkata, kenyataan Fauzi melalui media itu telah menjejaskan reputasi dan memalukan beliau. Ia bersifat fitnah kerana ia tidak berasas sama sekali.
"Sebelum ini saya telah mencabar Fauzi membuktikannya dalam tempoh seminggu atau hadapi saman tuntutan ganti rugi. Beliau gagal berbuat demikian, dan oleh sebab itu maka sama akan dikemukakan
Tindakan kaki demo Mohamed Ghani Abdul Jiman menghadiahkan empat kek replika najis sempena hari jadi Ketua Menteri Lim Guan Eng adalah keterlaluan dan di luar batasan susila orang Melayu, malahan memalukan, kata Pengerusi Gagasan Utara Media Haji Anuar Hashim.
Beliau berkata, perbuatan itu sangat terkutuk dan tidak tergambar dalam kotak pemikiran orang Melayu.., ia sama sekali di luar budaya orang Melayu.
"Inilah hasilnya, insan-insan terpilih yang dilahirkan daripada gagasan pendidikan Umno selama memerintah lebih 50 tahun," kata beliau sambil menegaskan rakyat Pulau Pinang, khususnya kakitangan kerajaan di semua peringkat bolehlah menilai sendiri sifat keinsanan pada manusia yang tergamak melakukannya.
Tengahari tadi, Ghani dengan delegasinya menghadiahkan empat replika najis manusia kepada Guan Eng di Komtar, George Town, sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan Guan Eng.
“Orang lain tak boleh bagi (hadiah ‘tahi manusia’), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam ‘pulau tahi’,” ujar Ghani
Beliau turut berkata, bahawa najis berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya konon menentang Guan Eng. (GUMs)
Masyarakat Melayu Pulau Pinang digesa mengetepikan fahaman politik demi mencapai perpaduan.
Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Mohd Yussof Latiff berkata, orang Melayu tidak harus terlalu taksub berpolitik sehingga sanggup mengetepikan kepentingan kaum sendiri.
"Apa yang saya lihat sekarang bangsa Melayu kini terlalu asyik berpolitik hingga terlupa tanggungjawab mereka untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Jika kita tidak bela nasib kaum sendiri, siapa lagi?" katanya kepada Bernama di sini Khamis.
Mohd Yusoff berkata, perpecahan yang wujud dalam kalangan bangsa Melayu masih boleh diperbaiki dengan syarat kaum itu berusaha kuat untuk mencapai perpaduan dan mencari titik persefahaman sesama mereka.
"Jika orang Melayu asyik berbalah sesama sendiri sampai bila pun mereka tidak akan berjaya. Tetapi perpaduan dalam kalangan orang Melayu masih boleh dipupuk jika mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapainya," katanya.
Mohd Yussof berkata, pemenang bersama persatuan kariah masjid di seluruh Pulau Pinang akan mengadakan satu kongres perhimpunan masyarakat yang akan dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan masalah dan cabaran kaum Melayu sekarang.
Bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian, penganjur berharap daripada kongres itu, masyarakat Melayu dapat bertukar pandangan dan merungkai permasalahan yang dihadapi di samping mempercambahkan pemikiran mereka dengan ilmu yang bermanfaat.
Kongres itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan Agama Al-Irshad di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai pada 17 Dis ini.
Orang ramai dan wakil-wakil NGO yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Pemenang, di alamat No 60, Jalan Pemenang, Pulau Pinang atau telefon 04-2273092

Pemuda PAS Isytihar Nizar sebagai MB Perak
Pemuda PAS Perak mengisytiharkan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ke-12 apabila mendapat mandat daripada rakyat pada PRU-13 nanti.
Pengistiharan penting tersebut disampaikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin semasa mengetuai lafaz ikrar pemuda di Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di Parit Buntar pada 27 November lepas.
Beliau berkata, Pemuda PAS akan berdiri teguh dan bersepakat untuk mengangkat kembali Nizar sebagai Menteri Besar selepas beliau ‘digulingkan’ dalam tragedi ‘rampasan kuasa’ Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
“Kami seluruh Pemuda Negeri Perak bersatu hati akan bekerja keras pada PRU13 nanti bagi mengangkat kembali Dato’ Seri Nizar untuk mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat Perak,” katanya dihadapan ribuan hadirin.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan berkata, Pemuda parti tersebut sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13.
Katanya, pemuda akan direalisasikan sebagai elemen penggerak terpenting dan penentu kemenangan dalam PRU13 nanti.
Jentera Pemuda tekad dan iltizam menumbangkan BN dalam PRU13 nanti bagi menghapuskan kezaliman serta menegakkan keadilan di muka atas bumi ini.
“Tragedi ‘rampasan kuasa’ kerajaan yang dipilih rakyat suatu ketika dulu masih terpahat dalam ingatan kami, BN jangan ingat kami dah lupa,” katanya.
Dalam Program tersebut, lebih 7 ribu pemuda daripada seluruh pelusuk negeri Perak telah hadir berhimpun untuk menyatakan kesediaan pemuda.
Himpunan tersebut bertemakan Bersih 2.0 dengan slogan ‘Semarakkan Gelombang Kuning’.
Tema tersebut dipilih bertujuan untuk meneruskan momentum kebangkitan rakyat dalam tuntuan Bersih 2.0 yang mahukan perjalanan pilihanraya adil dan telus.
Antara pemimpin yang hadir termasuklah Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hasan, AJK Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad, Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussien, dan saf kepimpimpinan Pemuda PAS Pusat.
Pemuda PAS Perak mengisytiharkan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ke-12 apabila mendapat mandat daripada rakyat pada PRU-13 nanti.
Pengistiharan penting tersebut disampaikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin semasa mengetuai lafaz ikrar pemuda di Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di Parit Buntar pada 27 November lepas.
Beliau berkata, Pemuda PAS akan berdiri teguh dan bersepakat untuk mengangkat kembali Nizar sebagai Menteri Besar selepas beliau ‘digulingkan’ dalam tragedi ‘rampasan kuasa’ Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
“Kami seluruh Pemuda Negeri Perak bersatu hati akan bekerja keras pada PRU13 nanti bagi mengangkat kembali Dato’ Seri Nizar untuk mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat Perak,” katanya dihadapan ribuan hadirin.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan berkata, Pemuda parti tersebut sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13.
Katanya, pemuda akan direalisasikan sebagai elemen penggerak terpenting dan penentu kemenangan dalam PRU13 nanti.
Jentera Pemuda tekad dan iltizam menumbangkan BN dalam PRU13 nanti bagi menghapuskan kezaliman serta menegakkan keadilan di muka atas bumi ini.
“Tragedi ‘rampasan kuasa’ kerajaan yang dipilih rakyat suatu ketika dulu masih terpahat dalam ingatan kami, BN jangan ingat kami dah lupa,” katanya.
Dalam Program tersebut, lebih 7 ribu pemuda daripada seluruh pelusuk negeri Perak telah hadir berhimpun untuk menyatakan kesediaan pemuda.
Himpunan tersebut bertemakan Bersih 2.0 dengan slogan ‘Semarakkan Gelombang Kuning’.
Tema tersebut dipilih bertujuan untuk meneruskan momentum kebangkitan rakyat dalam tuntuan Bersih 2.0 yang mahukan perjalanan pilihanraya adil dan telus.
Antara pemimpin yang hadir termasuklah Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hasan, AJK Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad, Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussien, dan saf kepimpimpinan Pemuda PAS Pusat.

Setelah dikecam hebat, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya "hitam metalik".
"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis dilaporkan berkata demikian pada satu ceramah di Perak pada 9 November lepas.


