Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , wilayah - Pengetua sekolah nafi anak Guan Eng terbabit ganguan seksual


Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.
Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.
Sementara itu, DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog  pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.
“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh.
Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.
Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.
Blogger pro-Umno termasuk naib ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri itu telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers