You Are Here:
Home -
headline. feature
,
politics sketsa
-
WARIS Sultan Perak berarak ke Istana Iskandariah, Ahad ini?
WARIS Sultan Perak berarak ke Istana Iskandariah, Ahad ini?
Posted by abewa on 8:12 PM //
0
comments
Kerajaan negeri Perak menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu sekumpulan yang mendakwa “kerabat” Perak dan dilaporkan akan bertindak menceroboh Istana Iskandariah di Kuala Kangsar Ahad ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu membabitkan aspek keselamatan dan kerajaan negeri menyerahkan kepada polis untuk mengendali dan mengambil langkah-langkah yang perlu selaras dengan peruntukan undang-undang untuk memastikan keselamatan awam dan istana.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan ada pihak yang mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak akan mengadakan perarakan ke Istana Iskandariah, Ahad ini. - Bernama
KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM
Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.
0 comments