Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , social concern - kunjungi rumah rakyat yang robek dengan kereta Mercedes

Umno-BN cuba mengubah persepsi rakyat terhadap parti berkenaan dengan berusaha memberi wajah baru dan mengubah imej mewah yang dimiliki pimpinannnya. Demikian kesimpulan daripada ucapan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wakil rakyat BN .


Beliau menggesa wakil rakyat BN mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu. Faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan sehingga kini.

Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti.



Wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat juga harus juga mengambil iktibar daripada peringatan Tun Dr M ini. 


Dalam majlis anjuran Kelab ADUN BN itu, Mahathir turut mengulas mengenai program melibatkan 171 orang wakil rakyatnya yang kini menyertai program permukiman selama tiga hari di Selangor.

Salah satu program berkenaan menetapkan wakil rakyat berkenaan untuk menginap di sebanyak 320 buah kediaman keluarga di setiap kawasan DUN Selangor.

"Bagus tidur dengan rakyat ini, tapi bila datang ke rumah penduduk yang robek dengan kereta Mercedes, ini tidak betul.

"Imej kita kena jaga. Kalau jadi wakil rakyat, tiba-tiba jadi kaya, orang akan benci kepada kita," katanya lagi dalam ucapannya kepada wakil rakyat berkenaan.

Tambahnya, wakil rakyat berkenaan perlu memberi perkhidmatan yang ikhlas kepada masyarakat, seperti menurap jalan.

Dengan sinis, Mahathir berkata mereka akan berasa berpuas hati apabila kerja tersebut berjaya dijalankan dan bukannya kerana "dapat kontrak untuk buat jalan tar."


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers