Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , isu semasa - Henry Gurney pembunuh orang Palestine

MAT INDERA

INI PEMBUNUH ARAB


NOTA:

Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney KCMG K.St.J. (27 June 1898–6 October 1951) yang dibunuh oleh gerila pembebasan rakyat malaya ialah bekas tentera british yang telah membunuh banyak rakyat Palestin. Sebelum datng ke tanah melayu henry gurney telah bertugas di palestin 

NOTA:
ini lah tanda solidariti setiakawan
rakyat tanah melayu dengan rakyat palestin
lebih awal dari heboh heboh naik kapal ke gaza 


SURAT DARI PEMBACA

Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu)termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong. Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termas...uk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka' dengan mengatakan "..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka” inilah ejekkan umno terhadap PKMM. Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu.

Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan. 20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.

Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar umno ialah umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi.

Orang melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah balaci British maka umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama Henry Gurney di beberapa tempat di negara ini.

Umno telah musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mewujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri.. 

1 comments

  1. ANNAS says:

    Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers