Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong berasaskan transkrip wawancara radio Penyiaran Australia (ABC) konon Lim Guan Eng mengulas mengenai isu keselamatan di Johor.
Berasaskan (disediakan Pejabat Ketua Menteri itu) transkrip rasmi temubual oleh wartawan ABC, Cameron Wilson bagi program ehwal semasa Connect Asia, ia sama sekali menyangkal tuduhan Muhyiddin yang mengkritik Lim (laporan 23 Sept lalu) di bawah laporan "LimGuan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain - Muhyiddin".
Transkrip itu dihantar bersama-sama surat tuntutan maaf dari Bernama.
"Semasa wawancara itu, Lim tidak menyebut mengenai Johor. Lim membincangkan tentang perjanjian pemohon suaka, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai Pulau Pinang.
"Beliau tidak pernah menyebut Johor atau membuat sebarang rujukan mengenai keadaan di negeri-negeri lain di Malaysia semasa temuduga dengan Radio Australia," kata setiausaha akhbar Lim, Wong Kim Fei.
Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong, Wong berkata artikel agensi berita nasional itu adalah 'berita palsu, dusta dan penuh dengan pembohongan' sehingga menyebabkan Lim dibidas oleh pemimpin Umno.
Pada artikel 23 September lalu, Lim didakwa oleh agensi berita nasional itu sebagai berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat berbanding Pulau Pinang dan kemungkinan seseorang diculik adalah tinggi.
Oleh itu, Lim menuntut permohonan maaf tanpa syarat dan sekiranya Bernama gagal berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.
Radio Australia adalah milik Australian Broadcasting Corporation dan menyiarkan perkhidmatan dalam talian serta radio antarabangsa yang disiarkan dalam lapan bahasa dengan tumpuan khususnya di Asia dan Pasifik.
0 comments