BAM penuh dengan politik peribadi dan menjaga periuk nasi. Misbun, Razif dan Jalani dan semua yang seangkatan dengannya tidak sebulu dengan BAM. Malah ditendang keluar secara halusi.
Cuba senaraikan siapa-siapa jurulatih dalam BAM. Keterlaluan.. hasilnya tidak seberapa. Datuk Lee Chong Wei juga tidak kemana... 2nd best sahaja.
Dok gah sebagai ranking nombor satu. Strategi China tidak menyenaraikan Lin Dan dalam kesemua kejohanan nampaknya lebih menjadi. Lin Dan tak heranpun dok ranking bawah. Jurulatih Malaysia juga hanya setakat untuk isi kantung sendiri. Rekod jurulatih juga tak seberapa.. sekadar suam2 kuku sahaja. Gajinya jangan tanya...
Sekarang Jepun garang di bawah jurulatih Korea Selatan Park Joo Bong. India juga semakin menyerlah pemain wanitnya. Malaysia baik wanita maupun beregu maupun single hanya ranking je bagus.. bila masuk gelanggang peringkat dunia atau apabila ramai pemain terbilang yang ranking bawah.. mulailah guru peringkat awal lagi..
Perhabiskan boreh je. Padanlah Razif Sidek kata seperti berikut:
MENGARUT dan tidak masuk akal!
Itulah kesimpulan bekas pakar beregu negara, Razif Sidek berhubung syarat dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada beregu bimbingannya, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari andai mahu menjalani 'sparring' dengan skuad negara.Antara syarat mengarut dan tidak masuk akal itu ialah pasangan kelab profesional KLRC itu tidak boleh membawa jurulatih, tidak dibenarkan memakai baju lain selain baju penaja BAM dan mereka tertakluk kepada arahan jurulatih BAM sepanjang ‘sparring’ dua kali seminggu selama tiga bulan yang ditetapkan itu.
“Saya tidak faham dengan syarat ditetapkan BAM itu. Adakah BAM benar-benar ikhlas? Mengapa melarang saya datang... Saya benar-benar tidak faham dan ia langsung tidak masuk akal,” kata Razif selepas latihan di New Vision Badminton Akademi di Petaling Jaya, semalam.
Apapun, tindakan BAM itu pasti mencetuskan kemelut baru sedangkan pertikaian antaranya dengan satu lagi beregu KLRC, Gan Teik Shai-Tan Bin Shen belum selesai dan mereka juga mungkin tidak lagi dibenarkan ‘sparring’ dengan skuad negara kerana ‘bermasalah’ dengan badan induk itu.
Adakah dengan tindakan mengarut dan tidak masuk akal BAM itu akan membantu perkembangan dan kemajuan badminton negara dan mengapa Morten Frost Hansen yang datang membawa skuad pelapis Denmark menjalani latihan bersama skuad negara sebelum Aidilfitri lalu tidak dikenakan syarat sama?
-
0 comments