GEORGE TOWN – Bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung dan pelancong, pihak Perbadanan Bukit Bendera telah membuat keputusan untuk memberikan diskaun sebanyak 20 peratus kepada pengunjung berkumpulan yang melebihi 10 orang dalam satu masa.
Diskaun akan diberikan kepada setiap seorang di dalam kumpulan tersebut di mana pendaftaran adalah wajib bagi setiap kumpulan bagi memudahkan pihak pengurusan mengenalpasti individu yang terlibat. Kaunter pendaftaran disediakan berhampiran kaunter tiket sedia ada bagi memudahkan pengunjung. Pemberian diskaun akan bermula pada hari esok dan seterusnya.
Bagi menghangatkan lagi suasana Hari Raya yang bakal tiba minggu depan, pihak pengurusan juga telah bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan keretapi dan waktu lawatan Bukit Bendera pada Hari Raya pertama (30 Ogos 2011) hingga Ahad (4 September 2011). Waktu lawatan akan bermula dari jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam.
Pihak pengurusan mensasarkan lebih ramai pengunjung yang akan mengunjungi Bukit Bendera semasa musim cuti perayaan ini dengan tawaran yang disediakan.
0 comments