Dato' Mansor Othman menggesa sayap muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang daripada digulingkan oleh Umno melalui demontrasi haram jalanan yang agresif lagi ganas, seperti yang berlaku Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu berkata demikian pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang 2011 kerana demontrasi haram itu adalah satu perbuatan yang boleh menggugat keharmonian hidup rakyat.

"Umno cuba mengulingkan kerajaan negeri melalui demonstrasi jalanan sambil mengecam Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai menzalimi rakyat, wal hal apa yang dilakukan kerajaan negeri masa ini adalah jauh lebih baik daripada semasa pemerintahan kerajaan BN selama lebih 50 tahun," kata beliau.
Apakah kerajaan negeri Pulau Pinang kini zalim kerana memberi pelbagai bantuan kebajikan kepada rakyat tidak sepertimana di bawah Umno-Bn sebelum ini? kata beliau.
"Apabila kita (kerajaan Pulau Pinang) tolong rakyat, memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia, warga emas diberi saguhati RM100 setiap tahun, RM500 kepada anak-anak Pulau Pinang yang berjaya masuk IPTA; (maka) kerajaan negeri Pulau Pinang dituduh zalim.
"Waktu mereka memerintah (kerajaan BN), semua bantuan ini tak pernah diberikan kepada rakyat, itu kerajaan yang adil dan bela Melayu konon-kononnya.
"Kita dituduh zalim, mereka (Umno) cuba nak guling kerajaan negeri secara demontrasi jalanan haram (tetapi) saya percaya anak muda keadilan (AMK) akan tetap pertahankan kerajaan negeri secara demokratik daripada dimusnahkan oleh mereka ini," ujarnya di Hotel Pearl View, Chai Leng Park, Butterworth, Pulau Pinang.
,Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang mempertahan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang telah banyak melaksanakan program dna dasar untuk membantu rakyat selaras dengan dasar negeri berkebajikan.
"Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, sebanyak RM1.75 juta diperuntukkan untuk memartabatkan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Ketua Audit Negara juga memuji urus tadbir kerajaan negeri yang berintegriti dan bersih kerana berjaya menjimatkan perbelanjaan sehingga RM77 juta tahun lepas (2010) dan RM88 juta tahun 2009.
"Kalau Lim Guan Eng ini anti-Islam dan pemecah belah umat, beliau tak akan membantu Sekolah Agama Rakyat. Takkan kerana Lim Guan Eng urus kerajaan negeri secara berintegriti, (maka) dia dituduh pemecahbelah umat Islam," tegasnya di depan 200 perwakilan AMK negeri.
Sebelum pada itu, tiga van Polis mula pantau Kongres AMK Pulau Pinang yang kononnya didakwa cuba menghasut rakyat menyertai perhimpunan aman di ibunegara yang dirancangkan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) pada 9 Julai depan.

0 comments