Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , nasional - Mat Sabu dan Husam menang, dua kekal jawatan

Muhamad Sabu memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS.


Datuk Husam Musa menenangi kerusi Naib Presiden, manakala dua penyandang Salahudin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi berkenaan.



Timbalan Presiden: 
Muhamad bin Sabu (426 undi)


Naib Presiden: 
    1. DatoHusam Musa
 2. Dato Mahfuz Omar
 3. Salahuddin Ayub





Selepas tewas pada percubaan pertama 2009, Mohamad Sabu, berjaya mengungguli saingan bagi jawatan nombor dua PAS itu. Beliau mengalahkan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu mantan Naib Presiden.
Kemenangan Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari kumpulan profesional memecahkan dominasi kepimpinan ulama bagi jawatan berkenaan.
Bagi jawatan naib presiden, seorang lagi calon 'heavy weight' dan juga mantan AJK PAS Pusat yang menerima undia terbanyak pada Muktamar lepas iaitu mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin gagal, begitu juga dengan exco kerajaan negeri Datuk Nik Amar Abdullah yang berputih mata.
Mahfuz  dan Salahuddin Ayob mengekalkan jawatan naib presiden bagi penggal kedua, manakala kembalinya Husam ke kerusi berkenaan umpama ikan pulan ke lubuk.
Pemilihan rangkaian Mohamad Sabu dan kembalinya Husam ke teraju utama menampakkan dengan jelas hasrat perwakilan PAS untuk melihat parti lebih vokal menyuarakan hak Melayu dan Islam.


Gandingan Husam dengan  Mahfuz dan Salahuddin  menampakkan dengan jelas hasrat perwakilan ingin suara-suara PAS lebih terkedepan didengar daripada sekadar lesu mencipta retorik.

Tahniah kepada perwakilan yang tampil berani membuat perubahan dalam pola kepimpinan PAS. Tiada ada apa yang merugikan PAS, malahan gandingan empat sekawan profesional ini akan pasti bersuara dengan lebih garang di persada politik tanah air dan Pakatan Rakyat.

PAS perlu ke depan menjadi suara Islam yang didengar dalam Pakatan Rakyat bukan sekadar menjadi pengikut dan penyokong setia. 


Sementara itu, bagi Nizar yang ternyata sangat popular di kalangan ahli Pas dan Pakatan Rakyat, ia mungkin belum cukup waktu dan masih awal untuk menduduki kerusi Naib Presiden.


Meskipun memperolehi undi tertinggi sewaktu bertanding bagi kerusi AJK Pusat pada Muktamar lepas, ia tidak diterjemahkan perwakilan kepada Nizar bagi menduduki kerusi kepimpinan utama parti.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers