Kisah blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz dengan Husam Musa belum tamat rupanya.. masih ada sifat dan saki baki dendam terkesumat yang disusun sebegitu halus untuk memusnah masa depan calon Naib Presiden PAS itu.
Benarlah kali ini ia dibuat dengan bijak kerana Husam memang digeruni oleh Umno jika mememangi jawatan Naib Presiden PAS.
Azidi kali ini benar-benar menyepak Husam dengan mengaku pernah menerima RM350,000 dari Husam sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lepas.
Benar-benar menyepak Husam ketika hari pemilihan selang sehari lagi.
Ia kononnya sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009. Banyak tu yeop..
Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 Nov 2009, beliau telah bertemu dengan pembantu Husam yang menawarkan RM350,000.
"Wang itu diberikan tunai secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga bulan dari November 2009," katanya.
Husam menafi memberikan sejumlah wang tersebut kepada Azidi pada 2009.
"Saya menafikannya. Saya juga tidak ada pembantu. Kalau dia diberhentikan oleh PMBK, itu hal dia, mengapa pula saya mahu bagi dia wang pampasan? Saya bukan majikannya," kata Husam.
Dalam satu kenyataan melalui SMS kepada Bernama beliau juga menafikan ada menpunyai wang sebanyak itu.
"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya menyedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat saya," katanya.
Husam juga hairan dengan tindakan Azidi yang mengeluarkan dakwaan tersebut menjelang pemilihan esok.
Katanya dakwaan Azidi mengenai perhubungan mereka melalui telefon adalah palsu.
0 comments