Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , isu semasa - Utusan Meloya macam tisu tandas...?

Kisah jam Omega dah berkubur, manakala onar video lucah terhadap DSAI juga semakin lesu. Mana yang gamak tumpul dan memakan diri lepas dicuba dikuburkan. Sepertikata Ketua Menteri Pulau Pinang LGE "lempar batu sembunyi tangan".

La ni pakat serang DAP pulak, iyelah lepas DAP kata tak berkenan dengan pinangan Umno. Tak berminat sertai BN, akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat, maka Umno mulai hentam DAP melalui media lucahnya Utusan Meloya. 

Kisah  liwat kita tunggu 16hb Mei pulak, lepas tu hentam Anwar Ibrahim pulak.

Dalam pada dok tunggu tarikh itu, jangan dok biar vakum.. rekacipta pulak onar oleh dua budak blogger Umno yang menimbulkan sensasi ada ura-ura nak jadikan Kristian agama rasmi . Perghhh Utusan Meloya kutip tahyul oleh penglipurlara moden yang tidak dapat disahkan ini. 

Hmmm kalau lah kisah tahyul ini, diutarakan bloger Pakatan Rakyat dah tentu merasa nasi bungkus dan tidur beralaskan simen.  

Tambahan kalau Surat khabar Harakah, Suara Keadilan maupun Rocket  gamaknya belum sempat edar dah kena rampas. Itulah gambaran kecekapan pihak berwajib yang menutup sebelah mata dalam melayani karenah politik sehingga membiarkan kes sensitif seumpama itu dibiarkan berkumandang hangit dalam media Utusan Meloya.

Wartawan utusan Malaysia amat ketara sekali tidak mempunyai harga diri kerana dengan semaunya mencabuli segala perkara mengikut telunjuk berkait, runcing di luar pepat di dalam . Iye kerana mereka dilindungi Akta Utusan Malaysia yang tersendiri.

Wartawan sebenarnya telah mempunyai satu instinct nilai berita yang tinggi, tetapi wartawan juga mempunyai self censored dalam diri masing-masing, iaitu bijak menilai bahan diboleh dan tidak diboleh siarkan, terikat dan mengikat diri dengan nilai-nilai norma harga diri dan sosial.

Namun dalam kes wartawan Utusan Meloya ini, apa yang cuba dipertahankan bukan lagi maruah diri dengan baik, tetapi tergamak meruntuhkan nilai diri demi mempertahankan Umno.

Kenyataan rakan karib Umno iaitu UPKO iaitu Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, melalui presidennya Tan Sri Bernard Dompok yang berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian, menambahkan lagi parah kepada Utusan Meloya itu.


Mengapa Utusan tidak menghentam Dompok. Senyap dan sunyi. Mudah sahaja perkiraannya kerana ia datangnya dari rakan Umno yang menghentam media Umno dan secara tidak langsung Umno sendiri. 


Berani sungguh Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) . Malahan, katanya , Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.

“Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.

“Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini,” kata Dompok.

Dompok taurut menyifatkan laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara.

“Bagaimana sebuah akhbar boleh menyiarkan laporan dengan memetik daripada penulis blog? Ia tidak bertanggungjawab. Saya telah beberapa kali ke gereja dan selama ini mereka berdoa yang baik mengenai negara, pemimpin dalam kerajaan dan rakyat Malaysia.



0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers