Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , social concern - Ustaz Norazli terima pencalonan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda dan AJK PAS Pusat

Alfadhil Ustaz Norazli Musa menerima pencalonan untuk kerusi Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda Pas Pusat yang akan bersidang minggu hadapan.


Beliau yang telah mengesahkan pencalonan itu juga mengesahkan menerima pencalonan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.


Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak itu berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam parti berasaskan sumbangan dan kredibiliti beliau selama ini.


"Saya berhasrat membantu Presiden dan Parti agar menjadi pembela rakyat yang ampuh dan menyuntik semangat kental dalam jiwa pemuda sebagai pejuang menegakkan kebenaran selaras dengan syiar Islam," kata beliau.

Norazli sememangnya ainonim dengan persada perjuangan menegakkan syiar Islam tanah air. Satu-satunya pemimpin yang sentiasa berjiwa kental untuk berada dalam barisan hadapan perjuangan..., bersemarak dengan ilmu dan ketajaman pemikiran.


Lantaran itulah, anak jati Perak ini menerima pencalonan selaku Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar PAS minggu depan.

Merungkai bidodatanya, maka tidak keterlaluan dalam frasa yang pendek mengambarkan kemampuan dan keperibadian leluhor beliau dalam menegakkan syiar Islam, PAS dan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Perak, di Malaysia malahan juga di senario antarabangsa.


Tidak ketinggalan kerana wajar dinyatakan, Ustaz Norazli lepasan bidang dakwah peringkat ijazah ini juga adalah mantan Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak 2008-Jun 2010.




JAWTAN SEMASA


Politik
i.   Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak
ii.  Yang Dipertua PAS Ipoh Barat


Kebajikan dan Sosial
i.  Ahli Jawatankuasa Mapim
ii. Penasihat Persatuan Kebajikan Trong (Pekut)
iii. AJK Muslim Care
iv. Pendakwah


Politik


i.  Mantan Ketua Pemuda PAS Perak
ii. Mantan Penasihat agama exco agama 2008-2009
iii. Mantan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah
iv. Mantan Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak (2008-Jun 2010)





mengunjungi duta malaysia di Beirut, Lebanon 2008
  semasa mengikut konvoi Caravan Asian to Gaza 
 menyampaikan bantuan bersama mantan MB Perak DS Mohamad Nizar
bersama ulama Lebanon

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers