Pejabat Ketua Penerangan PAS PERAK
Kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin agar rakyat bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekonomi yang bakal berlaku menggambarkan satu lagi kelemahan ketara BN mentadbir negara.
Apakah rakyat disuruh bersedia menghadapi tekanan ekonomi kerana pemimpin BN gagal berusaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?
Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat mempersiapkan mental untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan kekurangan jumlah bekalan makanan kononnya akibat perubahan iklim sejagat.
Kerajaan BN telah mengaut keuntungan besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat.
Malaysia sepatutnya memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang berjaya melaksanakan dasar sehingga negara jiran itu tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negara luar secara total.
Kegagalan BN mengurustadbir negara kian terserlah berikutan langkah-langkah yang diambil (kononnya sangat mengambil berat kebajikan rakyat) telah terbukti ia sebagai satu pembohongan kepada rakyat.
Usaha BN membela rakyat sejak 50 tahun lepas sebetulnya tidak terbela, kecuali dikaburi laporan media pro BN yang menutup perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah.
Sepatutnya, pemimpin Umno BN yang mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU13 kerana rakyat akan pasti menolak ekoran telah cuak dengan lakonan mereka.
Ketua Penerangan Pas Perak
Drs Khalil Idham Lim
22hb Mei 2011
0 comments