1. Kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di media : "Kalau nak perang Salib, boleh.." adalah satu provokasi berbahaya yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Ia boleh mencetuskan darurat dan menghuru-harakan negara. Ini jelas sekali satu tindakan provokatif yang tidak wajar sama sekali diucapkan oleh seseorang Ahli Parlimen.
2. Ibrahim Ali yang selama ini kelihatan pro Umno juga kini ternyata telah sewenang-wenangnya memperlekeh prinsip 1Malaysia yang didokong oleh kerajaan pimpinan DS Najib Razak dan secara langsung kenyataannya itu (Ibrahim) melanggar prinsip Rukunegara apabila mencabar komuniti Kristian untuk melancarkan jihad.

3.Presiden Perkasa itu memang telah dengan sengaja menguji kesabaran komuniti Kristian dan cuba membangkitkan semangat anti-kristian di kalangan komuniti Islam.
4.Lantaran bukti yang jelas ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sepatutnya telah bertindak segera membendung perkara seumpama itu daripada berterusan berkembang subur, namun sikap Hishamuddin yang memandang ringan perkara itu bakal menimbulkan keresahan rakyat semata-mata. Ibrahim sepatutya telah ditahan untuk siasatan lanjut dan ditegah daripada berterusan membuat kenyataan seumpama itu.
5.Pimpinan Umno dan Barisan Nasional sewajarnya menyokong kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang nampak lebih berani mencabar dan menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai biadap dan tidak wajar dengan nada ektremis.
6. Sejarah telah membuktikan bahawa Ibrahim merupakan antara peribadi yang kerap mencetuskan provokasi pada rakyat agar mencetuskan huru-hara. Inilah Ibrahim, seorang opportunis yang mahu dilihat sebagai wira dalam memperjuangkan Melayu dan Islam, serta sanggup menjentik kepala politik sesiapa pun demi kepentingannya..
7. Segenap rakyat khususnya, ahli dan penyokong PAS jangan mudah terpengaruh dengan karenah Ibrahim ini, yang ternyata sedang mencari pengaruh dan posisi memandangkan pilihanraya umum semakin hampir.
YB Ustaz Salleh bin Man
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

16hb Mei 2011
0 comments