Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Pendedahan RPK tidak memberi kesan pada akuan bersumpah sebelum ini


Pendedahan Raja Petra Raja Kamaruddin yang disiarkan TV3 malam tadi, tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas akuan bersumpah (SD) dibuat RPK tiga tahun lalu.
Naib Presiden PKR  Surendran (gambar) berkata, sebarang temu bual atau kenyataan disiarkan dalam mana-mana media tidak boleh digunakan untuk mengubah kandungan SD termasuk dibuat RPK pada Jun 2008.
Semalam, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh PM DS Najib Razak atau isterinya DS Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Namun, RPK  berkata, SD pada 18 Jun 2008 itu dibuat bersandarkan maklumat diperolehi daripada beberapa individu, katanya sambil menegaskan oleh kerana itu perakuan RPK malam tadi adalah bercanggahan dengan SD 2008.
“Jadi temu bual dengan televisyen tidak akan mempengaruhi kandungan atau kebenaran dalam SD kecuali jika wujud unsur paksaan, malah Raja Petra juga telah mengesahkan SD dengan begitu pasti,” katanya.
Dalam SD 2008 itu, Raja Petra berkata beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan  dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Tambah Surendran, sehingga kini masih tiada penjelasan kukuh daripada Najib dan pentadbiran berhubung tuduhan dibuat oleh satu akhbar Perancis, Liberation yang mengaitkan Presiden Umno itu dengan pembunuhan Altantuya dan penjualan tiga kapal selam negara itu.
“Ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan telah bertanggungjawab atas pembelian kapal selam itu. Persoalan ini mempunyai kepentingan besar kepada umum. Juga masih tiada penjelasan yang boleh diterima berhubung mengapa syarikat Malaysia menerima pembayaran berjumlah Euro 114 juta dari perjanjian pembelian kapal selam.
“Ini adalah satu perkara yang mengecewakan apabila kerajaan Perancis menyiasat perkara ini, sebaliknya Malaysia pula tidak ambil tahu. Tuduhan-tuduhan ini begitu serius dan akan memberikan kesan serta perlu diwujudkan suruhanjaya diraja bagi menyiasatnya,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini Raja Petra mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers