Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - KENAPA POLIS TAK SIASAT INDIVIDU DALAM DEKLARASI BERSUMPAH RPK


RPK bikin gempak di TV tiga suku malam tadi dan episod 2 akan disiarkan malam ini. Gempak dan mengelirukan (WALAUPUN KOSONG). RPK KATA DIA tidak pernah tuduh DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

SO WHAT.. BETUL LAH RPK TAK TUDUH.. DIA HANYA BUAT REPORT ORANG YANG BERI MAKLUMAT PADA DIA.

RPK memang tak buat tuduhan itu. TIDAK. RPK hanya sekadar penyampai maklumat itu. Cuma RPK menyiarkan maklumat itu kerana tentunya dia yakini kebenaran maklumat yang diterima bahawa Najib dan Rosmah terbabit.



Menurut laporan Utusan Meloya, RPK menerima maklumat daripada beberapa individu iaitu antaranya Azmi Nik Daud, John Pang , penulis blog, Din Merican dan perisik tentera Kolonel Azmi Zainal Abidin.



Kesemua individu yang disebut nama itu berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.





Akuan Bersumpah RPK - Klik gambar untuk besarkan :







“Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. /klik the read more button below




Amat jelas sekali dalam SD RPK bahagian ke (7) di atas menerangkan bahawa 'tujuan akuan bersumpah ini adalah untuk menggesa kesemua mereka yang telah maklum benar dan mempunyai maklumat (mengenai) perkara ini, tampil ke muka untuk mendedahkan kebenaran tersebut supaya pihak polis mampu melakukan siasatan yang wajar dan rapi terhadap pembunuhan Altantuya Shaaribu".



Utusan melaporkan RPK sebagai berkata , “Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.



Siapa 'mereka' yang namanya disebut dalam SD RPK itu? Meneliti senarai nama 'mereka' di bahagian (1) itu adalah :



1) Rosmah Mansor, isteri PM Najib
2) Pemangku Kolonel Aziz Buyung
3) Isteri Pemangku Kolonel Aziz, Norhayati, ADC Rosmah.



“Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis,” tegasnya.



Kalau diteliti dalam SD RPK bahagian ke (6), 'Saya sedia maklum, siapa yang memberitahu saya tentang perkara ini (Pembunuhan Altantuya), juga saya sedia maklum bahawa seorang sultan telah diberi penjelasan dan menyedari perkara tersebut; tetapi saya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat ini (nama Sultan tersebut) selain menyatakan bahawa Perdana Menteri (Abdullah Badawi) dan menantunya telah diserah dengan tangan satu laporan bertulis mengesahkan apa yang telah saya dedahkan.'



Jelas sekarang bahawa tuduhan tersebut datangnya daripada orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh RPK. Beliau hanyalah sebagai menyampaikan maklumat tersebut.



Bahawa bukan RPK seorang sahaja yang menerima makalumat tersebut daripada individu tertentu, Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Badawi dan menantunya juga turut menerimanya melalui penyerahan dengan tangan - in person himself! Malah seorang Sultan yang enggan dinamakan oleh RPK turuk dimaklumkan sendiri oleh pemberi maklumat tersebut.



RPK tiada mempunyai hak untuk menafikan kebenaran maklumat tersebut dan beliau sendiri tidak pernah menafikan kebenarannya kerana pemberi maklumat terlibat telah pun membuat akuan bersumpah mengenai perkara yang dinyatakan dan mereka sanggup menjadi saksi jika dihadapkan ke mahkamah.



0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers