Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Husam akan hanya bertanding jawatan AJK Pusat





Husam Musa menamatkan spekulasi dan menyuarakan sokongan penuh kepada DSTG Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, sekaligus menolak sebarang pencalonan jawatan Presiden.


"Saya menyokong seratus peratus pimpinan TG Haji Hadi, kerana pada saya beliau berwibawa dan boleh menyatukan PAS. Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden," kata beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

"Saya tidak pernah ada hasrat bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan TG."

Generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan TG Haji Hadi, katanya sambil menegaskan bahawa pada tahun 1983 bila saya tamat pengajian di universiti, saya ‘full time' berkerja dengan PAS dan pimpinan yang menerima saya adalah TG Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau ke jawatan itu, Husam berkata, beliau akan hanya bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja untuk fokus pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers