Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Datuk Salleh akan lawan Taib Mahmud


Bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin akan mencabar Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya Sarawak kali ke-10, yang penamaan calonnya diadakan esok.
Salleh, 67, bekas wakil rakyat Dalat dan Anggota Parlimen Mukah pada tahun 70-an dan 80-an berselisih faham dengan Taib sejak awal 1987 apabila beliau menyertai “kumpulan Maju” dalam cubaan menggulingkan Taib dalam satu insiden “Ming Court”.
Salleh, yang juga saudara dua pupu kepada Taib, apabila dihubungi Bernama enggan mengulas parti yang diwakilinya untuk membolehkan beliau kembali ke kancah politik.
“Anda akan melihat saya esok (di pusat penamaan calon),” katanya.
Terdapat spekulasi yang menyatakan Salleh, yang dikaitkan dengan satu pertubuhan Pergerakan Pembaharuan Sarawak (MoCS) akan bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak SNAP dan pernah memberitahu satu portal berita bahawa beliau akan kembali bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.
Namun, beliau kemudiannya menafikan laporan itu, menyifatkan dirinya sebagai “warga tua”, dan tidak boleh bergiat aktif dalam politik kerana “semua orang mahu mengetepikan ahli politik lama”.
Jika Salleh turut bertanding dalam perebutan kerusi itu, kerusi Balingian akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menamakan pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, sebagai calon parti itu.
Pada pilihan raya negeri 2006, Taib menewaskan Ibrahim Bayau (PKR) dengan majoriti 5,726 undi. 

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers