
Kadangkala merasa sesuatu kekurangan kerana langsung tiada bendera UMNO (yang mendakwa sangat berkuasa), kecuali bendera sekutunya PBB yang turut berlatarkan warna merah putih. Ya Umno sentiasa mendabik dada sebagai parti yang berkuasa dan memelihara kepentingan Bumiputera, sedangkan di Sarawak ditolak dadn tidak diizinkan bertapak.
sebuah pondok di kawasan ASAJAYA.Menawan.. dikelilingi pepadi nan menguning dan orang-orangan.
Suasana pilihanraya belum begitu terlatar. Namun ia mulai menampakkan ke arah itu.
Kancil dipandu melepasi Muara Tuang.. yang mana sahabat-sahabat dari Perak berkampung dalam usaha menempatkan PAS pada mata pengundi. Kawasannya separa bandar.. lebih mencirikan keMelayuan, kelihatan masjid dan restoran-restoran Melayu. Satu suasana yang ternyata berbeza dari kawasan lain. Muara Tuang bolehlah dianggap sebagai kawasan pimggiran bandar.
Semalam tidak begitu kelihatan warna hijau dan putih. Mungkin masih malu-malu menunjukkan wajah, meskipun pada malam harinya pada setiap ceramah mulai dikerumuni ramai. DS Nizar Mohamad, SU PAS Perak Misbahul Munir dan PJ PAS Negeri Ust Abu Bakar malam tadi berceramah di Muara Tuang. Pelbagai isu dibangkit termasuk mengupas harta bertimbun yang dirompak keluarga Taib.

Pada penghujung jalan Muara Tuang rupanya terbentang sebuah sungai. Hmmm terhenti perjalanan seketika menunggu feri. RM1 untuk melintasi sungai berkenaan dalam perjalanan hanya 5 minit menaiki feri itu. Feri berkenaan memuatkan kira-kira maksimun 20 buah kereta. Tidak berbumbung. Khabarnya dikendalikan kroni kepala putih.

0 comments