Seorang guru agama yang uzur terkejut menerima saman konon menunggang motosikal melebihi had laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.
Abdul Wahab Tampal, 65, mendakwa disaman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 dan 250 kuasa kuda.
Beliau yang hanya menunggang motosikal Honda 70cc sekitar sekitar lima kilometer sehari dan hanya menggunanya untuk ke masjid atau rumah saudara terdekat sahaja berkata:" Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja."
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini, Abdul Wahab menunjukkan saman beliau didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 dan melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.
0 comments