Saya juga rasa terpanggil untuk menyambung sedikit tulisan sahabat2 blogger yang kepingin berjihad pada kadar kemampuan masing-mnasing terutama untuk menyebarkan info dalam memerangi peperangan siber semasa pilihanraya sama ada umum, kecil maupun peringkat negeri.
Petikan dari Blog JIJOI:
"Di alam maya siber inilah tempatnya bagi pimpinan dan komponen Pakatan Rakyat 'bertemu' dan menyampaikan maklumat kepada rakyat kebanyakan melalui laman-laman portal berita, blog, facebook dan twitter.
Bloggers yang menginfakkan segala yang mereka ada, tanpa dibayar mahupun minta dibayar demi sebuah perjuangan.
Kini, bloggers sekali lagi terpanggil kerana merasakan perlunya terbang ke bumi Kenyalang untuk membantu kempen Pakatan Rakyat bagi perubahan pada pilihanraya negeri Sarawak mulai 6 - 16 April ini.
Atas nama perjuangan, infak peribadi para bloggers buat perjuangan ini, namun begitu 'maintenance' amat diperlukan buat mereka berkhidmat.
Oleh demikian, para bloggers amat bergantung kepada rakyat yang selalu mengikuti perkembangan dan laporan terkini daripada para bloggers PR. Rakyatlah yang boleh mengupaya dan memampukan bloggers menyalurkan khidmat.
Lantaran itu, Wak Albanjari telah menubuhkan sebuah tabung untuk tujuan murni itu. Sokonglah dan infaklah semampu mungkin demi kejatuhan sebuah rejim yang lapuk menghimpit rakyat.
Semalam saya ada mesej dan memesej dengan Wak Albanjari, terutama bertanya khabar mengenai liputan di Sarawak dan juga kawasan Dun mana di bawah negeri Perak. Wak ternyata melahirkan rasa teringinnya untuk membuat liputan ke Sarawak.
Sebentara kemudian ini yang disiberkan dalam blog wak:
Lambaian jihad berterusan mengamit jasad kami para bloggers PAS dan Pakatan Rakyat,, untuk bersama-sama sahabat lain berjuang fi sabilillah di bumi Sarawak.
Rakan-rakan tak putus-putus sms dan hubungi wak, bila nak turun. Amboi-amboi hangpa.., ingat turun ke Sarawak tu macam turun tangga nak pi jamban kaa?
Hadoiii..!! Ikut hati dan rasa, wak nak saja, angkat bendera 'putih' tanda 'surrender'. Sarawak memang butuhkan pejuang untuk mengukuhkan kemenangan.
Demi meneruskan hasrat dan misi islam PAS subur di Sarawak, wak akan bergerak ke Sarawak pada 5 April 2011, InsyaAllah. Seperkara ingin wak jelaskan di sini, dengan rasa berat hati dan malu, wak buka kepada semua pembaca dan sahabat blogger agar dapat membantu TABUNG DANA ini sekadar yang mampu bagi meringankan sedikit bebanan kewangan kepada blogger yang bersama misi ini kelak.
Sikit-sikit lama-lama cukuplah kot, (serah pada Allah swt). Wak buka TABUNG DANA BLOGGERS ini mulai hari ini dan kepada yang budiman dan pemurah ingin menginfaqkan dan membantu misi BLOGGERS ke Sarawak, sila salurkan ke akaun dibawah :
MAYBANK-158417021317
CIMB - 02060040624528
PERAKITE: Seeloknya Pakatan Rakyat Negeri menaja beberapa orang blogger untuk ke PR Sarawak.
0 comments