Umno BN kembali kepada asalnya menggunakan muslihat agama iaitu negara Islam dan pendirian calon PAS Normala Sudirman yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrimnya sebagai kononnya beliau (Cikgu Mala) tidak mesra rakyat.
Adalah satu perkara teramat dangkal bagi Umno yang sekian waktu cuba menyamai perjuangan PAS dengan mendasari Islam sebagai asasnya, tetiba termakan dengan strategi rakan karibnya MCA (yang kini dipimpin oleh seorang Presiden yang terpalit skandal seks) dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang ini.
Ia ternyata menimbulkan rasa kasihan bagi Umno yang menggunakan helah tidak bersalaman sebagai modal kempennya untuk ditaburkan pada Melayu dan Cina agar menyokong calon 'downgraded' nya Mohd Azhar Ibrahim?
'Helah' BN itu tidak dipedulikan Pakatan Rakyat, khususnya PAS dalam usaha menarik sokongan 14,753 pengundi - 39 peratus atau 5,766 orang Cina.
Pakatan lebih mengetengahkan isu-isu setempat, khususnya masalah generasi awal dan kedua peneroka Felda bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.
DUN Tenang, di Labis mempunyai tiga Felda, Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang didiami pengundi Melayu.
Ini mendorong Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) - NGO yang rapat dengan PAS - membuka pusat khidmat mereka sendiri di sebuah Felda (Chempelak) di situ mereka. Felda Chempelak mempunyai 1,432 pengundi, Felda Chempelak Barat mempunyai 1,217 pengundi makala di Felda Tenang pula seramai 1,469.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia "isu lama" dan masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengannya.
Beliau mengingatkan bahawa "orang Melayu kena mengikut Islam, bukan ikut Melayu sahaja untuk memerintah negara ini dengan adil".
"PAS mahu membawa pemerintahan yang adil dan mengajak kawan-kawan lain bersama-sama.
Sementara itu, Normala berkata, BN gagal memahamkan parti komponennya berhubung perkara tersebut.
"Kami sebagai individu Muslim (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya.
Naib presiden PAS Salahudin Ayub berkata, ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.
0 comments