Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis. Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor.
Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bekas guru Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat.
Ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman pula mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.
"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan.
Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.
Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk menentukan kemenangan pada pilihan raya kecil 30 Januari depan. Pengundi Melayu, adalah majoritinya penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda.
BN akan umum calonnya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.
0 comments