Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.
Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."
![]() |
"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar (gambar tengah).
Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.
Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.s
GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff ke dewan pusat penamaan calon pada Selasa bukan sesuatu yang pelik.
Ini kerana, kata Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas itu kerana beliau berkumpul dan meluangkan masa bersama penyokong di luar dewan itu.
Amalan itu tambah beliau, merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.
"Secara tradisinya begitu, malah sewaktu saya sendiri bertanding, saya hanya menghantar ejen bagi mengemukakan borang pencalonan dan semua dokumen yang berkaitan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
"Malah pernah sekali dahulu saya minta orang asli menjadi ejen saya semasa bertanding di kerusi Parlimen," katanya dalam satu temuramah dikediamannya pada Selasa malam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ketiadaannya bersama calon, pemimpin Umno dan BN yang lain di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang semalam.
Ketiadaan Ku Li menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya berkaitan dengan calon yang dipilih BN bagi menentang PAS dalampertandingan dua penjuru itu.
Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihanraya kecil DUN itu dilihat turut berkumpul bersama calon, pengundi dan penyokong BN di luar pusat penamaan calon namun tidak turut serta masuk ke pusat penamaan calon.
Pilihan raya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November depan itu menyaksikan saingan satu lawan satu antara Ab Aziz daripada BN menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.
Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata beliau mempunyai formulanya yang tersendiri semasa berkempen iaitu memilih untuk bersama-sama dengan pengundi dan rakyat.
Jelas beliau, pilihan raya kecil ini sepatutnya berkaitan denganrakyat dan bukannya hanya sekadar faktor calon.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan Ab Aziz sebagai calon dilakukan oleh Umno Bahagian Gua Musang dan kepimpinan tertinggi BN.
"Calon ini bukan saya 'hand-picked', tapi dipilih dan dipersetujuioleh ramai pihak dan kepimpinan tertinggi," katanya.
Ditanya strategi kempen yang akan digunakannya bagi memastikan kerusi DUN Galas kembali menjadi milik BN, Ku Li berkata beliau memilih untuk turun padang berjumpadengan rakyat.
"Saya tidak akan menyertai mana-mana ceramah utama semasa proses kempen ini, saya lebih gemar berjumpa rakyat dari rumah ke rumah,"katanya.
Sementara itu Tengku Razaleigh turut menyifatkan bahawa prk ini merupakan satu pertandingan 'kekeluargaan' dan mengarahkanagar jentera partinya tidak menyerang peribadi lawan.
"Sebab saya anggap pilihan raya ini hanya pertandingan kekeluargaan ialah kerana landskap politik di Kelantan tidak akan berubaha walaupun mana-mana pihak menang.
"PAS perlu tanding kerana pada pilihan raya umum 2008 mereka menang di DUN Galas manakala Umno pula perlu bertanding di sini kerana kerusi ini milik BN sebelum ini...mana-mana pihak yang menang pun tak akan memberi perubahan kepada suasana politik di Kelantan," katanya
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.
Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.
Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.
Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.
Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.
Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.
Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008.
Hasil di Selangor pula, pada masa yang sama jatuh 7.3 peratus kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.42 bilion pada 2008.Pada RM1.32 bilion, ia juga adalah jauh lebih rendah daripada dana terkumpul RM1.39 bilion yang diperolehi semasa pentadbiran BN pada 2007.
Pentadbiran negeri Kedah pula menunjukkan peningkatan 5.1 peratus dana terkumpulnya kepada RM265.52 juta bagi tahun 2009.
![]() |
Ku Li yang juga ahli parlimen Gua Musang hadir mengiringi calon BN itu ke pusat penamaan calon, tetapi beliau tidak naik ke pentas, malahan telah "hilang" sebelum pengumuman dibuat.
Bagaimanapun, Mustapha berkata: "Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya.
![]() |
"Ku Li buat keputusan untuk bersama dengan rakyat (penyokong) di luar (pusat penamaan)," katanya.
Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."
Mustapha juga berkata, Tengku Razaleigh memainkan peranan besar sebagai ahli parlimen paling kanan di Malaysia dan juga sebagai pengarah pilihan raya kecil ini.
"Tapi kita BN yang banyak berjasa untuk rakyat dan calon wakili (parti) BN, bukan individu," katanya.
Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini seperti dijangka menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.
BN diwakili Ab Aziz Yusoff, 49, manakala PAS diwakili Zulkefli Mohamed, 44.
Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Galas, Wan Mustapha Abd Hamid membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada Selasa.
Pencalonan Ab Aziz yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang dicadang oleh Mohd Azmi Mahmood dan disokong oleh Chong Kam Siong.
Sementara itu pencalonan Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang dicadang oleh Mohamed Noor Awang Hamat dan disokong olehAbdullah Hussein.
"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan PAS pada pilihan raya kecil kali ini. Saya yakin jentera parti akan digerakkan agar kerusi ini kekal menjadi milik PAS," kata Zulkefli.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnyaChe Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibatkanser usus pada 27 September lalu.
Bagi prk Parlimen Batu Sapi pula, ia akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.
Senarai calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain, yang juga Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, di pusat penamaan calon Dewan Komuniti Sandakan.
Mohamad Hamsan menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon selepas tiada isu dibangkitkan semasa tempoh bantahan selama sejam.
Ansari tiba di Dewan Komuniti Sandakan pada pukul 9.02 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan, diikuti oleh Yong pada 9.05 pagi dan selepas itu calon BN, Tsen pada pukul 9.06 pagi.
Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Okt lalu di Kota Kinabalu.. Pada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Sementara itu, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengiringi Ansari manakala Yong, yang merupakan calon SAPP, mengetuai sebilangan kecil penyokong ke pusat penamaan calon itu.
"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan Umno dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang dilakukan.
Lihatlah betapa hebatnya Zahid menyamakan sahabat Rasullulah dengan kalangan Umno sahaja. Beliau berkata selain Abu Jahal, ada lima lagi Abu iaitu:
- Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
- Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi
- Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
- Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
- Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.
Semalam, pujian kena diberikan kepada wakil pemuda Kedah..Basiron yang secara sopan menolak Shapei. Manalah ada masa orang Sabah nak mai jaga orang Kedah. TENTU Seronok TS Muhyiddin mendengar orang Kedah dah hentam perlantikan Shafie, ye lah semuanya itu tentu rencana Tok Jib.

Pegawai Penerangan, Pejabat Ketua Menteri Haji Anuar Hashim berkata, insiden yang berlaku tidak akan melemahkan semangat ahli Pakatan Rakyat (PR) malah akan meneruskan program yang dirancang oleh Penyelaras KADUN PR.
“Kami tidak akan mengundur diri daripada menyampaikan buletin itu kepada penduduk di sana walaupun menghadapi tekanan daripada UMNO,” katanya pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, semalam.
Menurutnya, UMNO tidak berhak menghalang pengedaran buletin itu kerana ia hanya menyampaikan maklumat Kerajaan Negeri kepada orang ramai.
“Kenapa UMNO cuba menghalang buletin itu diedarkan kepada orang ramai. Mereka takut buletin ini memberi kesan kepada pembaca di kawasan berkenaan. Oleh itu, mereka cuba mencetuskan provokasi sedemikian,” katanya.
Beliau juga kesal dengan tindakan ahli UMNO yang bertindak luar kawalan kelmarin dengan memukul dan mengugut Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Abdul Latif Abdullah ketika mengedarkan buletin di tepi Jalan Perak berhadapan Masjid Jamek Jamiul Badawi.
“Saya percaya individu yang bertamadun tidak melakukan sesuatu perkara di luar batasan seperti mencederakan orang.
"Tindakan itu jelas menunjukkan penyokong UMNO kurang bijak dengan senario politik sekarang,” katanya.
Justeru, beliau menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Zabariah Abdul Wahab menasihatkan penyokongnya supaya lebih berdisiplin dan berhemah.
Sementara itu, Abdul Latif berkata tindakannya mengedarkan risalah di kawasan Kepala Batas bukan berniat untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan haram.
“Penyokong UMNO salah faham dengan kehadiran kami kerana menganggap saya mahu berjumpa Zabariah untuk bertengkar. Itu adalah satu persepsi yang salah,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan pergaduhan kecil berlaku antara ahli UMNO yang berkumpul berhampiran Pejabat Pusat ADUN Bertam dengan Abdul Latif kira-kira jam 5 petang berpunca daripada tidak puas hati mereka terhadap provokasi ahli PKR ketika mengedar buletin berkenaan.
PAS mulai mempersiapkan markas dan kelengkapan menempuh fasa kempen tidak lama lagi. Pejabat PAS di Gua Musang menjadi markas induk untuk melancarkan perjalanan kempen.
Difahamkan petugas parti dari seluruh Kelantan sudah mula berkampung sejak pengumuman tarikh PRK itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu.
Persiapan awal termasuk untuk majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dun Galas pada 19 Oktober, yang dijadual disempurnakan Datuk Menteri Besar Kalantan Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah siap dilaksanakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet yang mensasarkan peningkatan 2.8 peratus dalam perbelanjaan dan pada masa yang sama mengharapkan defisit negara dapat dikurangkan bagi mencapai 5.4 peratus keluaran dalam negara kasar tahun depan berbanding 5.6 peratus tahun ini.
Menurut perangcangan, Malaysia yang merupakan ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara menjangkakan pertumbuhan 5-6 peratus pada 2011 selepas pengembangan 7 peratus tahun ini berbanding pengecutan 1.7 peratus pada 2009.
"Trend berkenaan adalah perdagangan antarabangsa yang semakin mencabar dengan saingan semakin hebat untuk menarik prelabur asing,” kata Najib.
"Untuk menghadapi cabaran ini, sektor swasta mesti dinamik, kreatif dan inovatif untuk memacu pertumbuhan ekonomi.”
Malaysia memerlukan suntikan pelaburan asing langsung yang sebelum ini susut 81 peratus iaitu RM4.43 bilion pada 2009 berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada 2008.
Jiran-jiran Malaysia, termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia telah mengatasi negara ini dari segi pengaliran modal asing.
Namun menurut penganalis bajet yang dibentangkan itu cuba memuaskan kehendak pengundi daripada pelabur.
Meskipun rakyat akan dibebankan dengan kenaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus berbanding 5 peratus, tetapi mereka dipujuk dengan pembekuan lima tahun kadar tol, pengecualian cukai telefon bimbit dan juga diskaun duti setem untuk pembelian rumah kali pertama.
Namun rancangan perbelanjaan RM212 bilion itu dikatakan mengecewakan pelabur kerana kekurangan pembaharuan dalam subsidi negara dan dasar negara yang berasaskan perkauman, kata beberapa penganalis.
"Sebahagian besar pelabur asing tidak akan berpuas hati dengan bajet itu jika mereka tidak diberi apa-apa dalam bentuk wang yang sebenar,” kata James Chin, seorang professor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.
Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bajet itu tidak mencapai objektif isu utama iaitu menangani defisit yang sedang dihadapi.
Katanya, ia menumpukan kepada projek mega yang hanya akan menguntungkan kroni Umno-BN.
“Najib langsung tidak menyentuh isu penyelewengan dan rasuah dalam pembentangan belanjawannya.
"Terlalu banyak tumpuan kepada diberikan kepada imbuhan tapi rakyat tidak akan dapat menikmatinya.
"Mereka hanya sebut projek mega tapi hakikatnnya bilion ringgit akan dapat kepada kroni dan rakyat hanya dapat ratusan ringgit," sindirnya.
Anwar berkata belanjawan yang dibentangkan ternyata menjurus ke arah menambat hati rakyat sekaligus menampakkan dengan jelas bahawa pilihan raya yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Antara projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion
Hantu pasti akan merayau di segenap kebun getah malam ini untuk "mengutip" getah beku. Mungkin juga akan ada yang tetiba rajin menoreh getah.
Begitulah bakal dihadapi 380,000 pekebun kecil di seluruh negara. Mereka bakal menikmati pendapatan lumayan ekoran kenaikan harga komoditi itu ke tahap RM11.90 satu kilogram hari ini.
Tahap harga itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 57tahun.
Dengan kenaikan harga komoditii itu, pengeluaran getah dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding masa kini iaitu kira-kira 1 tan sehektar.
Lepas ini, penoreh getah akan memandu proton saga barulah untuk ke tempat menoreh. Pendapatan pekebun kecil kini antara RM2,000 dan RM3,000 akan meningkat ekoran kenaikan harga komoditi itu di pasaran.
![]() |
Pingat itu dikurniakan oleh TuankuIsmail Petra.
"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Tuanku Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.
Apapun, ia tidak menjadi hal kepada Ibrahim.
"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.
Ibrahim bagaimanapuan berkata, beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya dari Selangor dan Melaka.
Salam kepada adik kakok di Kelate, terutamo hok dok di Galas.
Saya rasa pengundi Galas dah sedia maklom dengan pengumuman bahawa takdak projek mee segera di prk Galas. Kalu gitu ambo rasa berbuih sakan mulut tok pa dan ku li nak berkempen di Galas... Kalu benar begitu kempen Umno-Bn sekali ni, maka Umno akan kalah di Galas.
Sebenarnya itu strategi Umno-BN untuk kelentong pengundi Galas untuk mengelakkan digunakan isu janji-janji di Manek Urai yang sehingga saat ini banyak belum tertunai. Nampak benar pembohong Umno-BN ini
Kebiasaannnya setiap prk .. Umno-BN akan menggalas berjuta ringgit projek mee segera. Bermula dengan Kuala Terengganu, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Bukit Gantang dan di Sibu, kesemuanya ditaburkan ribuan juta ringgit projek mee segera.
Rakyat telah dijanjikan pelbagai perkara daripada rumah sehinggalah jambatan dan jamban. Namun semuanya belum terlaksana dan kini tiba-tiba Galas datang dengan sejumlah janji belum ditunaikan di kawasan DUN berhampirannya iaiitu Manek Urai. Di manakah jambatan yang dijanjikan di Manek Urai?
Najib telah jenuh berteriak janji ke sana sini konon untuk memberi keselesaan kepada rakyat, nak bina rumah dan itu dan ini, tapi rakyat dok takok tu juga.
Janji tinggal janji... dan lantaran tidak ditunaikan di Manek Urai.. rakyat akan dapat melihat dengan jelas betapa temberangnya Najib dan UMNO-BN. Lantaran itulah Ku Li dijemput mengetuai jenteran Umno-BN Galas. Seandainya gagal, maka akan terkuburlah politik Ku Li di Galas.
Kontraktor jalan tentu sudah bersiap sedia untuk mengtarkan mana-mana jalan yang berlubang dan berlopak maupun yang masih elok. Dok dua tiga bulan jalan berkenaan kembali berlopak dan berlubang-lubang kerana semuanya dilaksanakan sekadar mengisi kantung dan menyedapkan mata.
Tok Pa kata Umno tak dah projek segera di Galas? Boleh jadi benar kenyataan itu kerana kerajaan sudah kekeringan kewangan untuk ditaburkan. Pada PRK Manik Urai, Umno menjanjikan empat projek bernilai RM10.4 juta iaitu membaiki rumah rakyat miskin (RM1.5juta), membina jambatan Manikk Urai (RM8juta) Gelanggang sukan di kampung Manjur (RM300,000) dan masjid Temaler (RM600,000).
Umno secara lantang menfitnah bahawa kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meluluskan 81 hektar tanah untuk membangunkan sebuah institusi pengajian tinggi dari Singapura, khusus untuk kaum Cina.
Laporan itu menyiat hati orang Melayu, khususnya penduduk Pondok Upeh, Balik Pulau kerana ia bersifat rasis dan tohmahan melulu pimpinan Umno yang tidak berhati perut. Berikut anda bacalah sendiri penafian Pejabat Tanah Daerah Barat Daya mengenai hal berkenaan. Betapa pembohongnya laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian... malang sungguh Melayu Balik Pulau bertuankan Umno..
LAPORAN PENTADBIR TANAH DAERAH BARAT DAYA TERHADAP KERATAN AKHBAR ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH DI PONDOK UPEH SEPERTI YANG DIPAMERKAN DI AKHBAR THE STAR DAN BERITA HARIAN - 7 OKTOBER 2010
Aduan menyatakan bahawa Award sebanyak RM8.00 sekaki persegi yang dinyatakan di dalam akhbar adalah tidak benar kerana penilaian tanah tersebut berbeza-beza statusnyayang berkaitan tanah yang diambil.
Amaun pampasan yang diberikan berbeza-beza mengikut status tanah berjumlah keseluruhan berjumlah RM40,161,639.50 juta mengikut Jabatan Penilaian Malaysia.
Pentadbir Tanah juga memaklumkan kepada tuan tanah bahawa, mengikut peruntukan undang-undang, mereka boleh membuat bantahan ke Mahkamah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan tawaran pampasan yang dikemukakan melalui Borang H.
Bagi kedudukan pengambilan tanah hub pendidikan di Kampung Genting, pada masa ini pihak Pentadbiran Tanah masih belum lagi menjalankan siasatan dan sedang menunggu penilaian terakhir dari Jabatan Penilaian bagi menentukan jumlah pampasan yang patut dibayar.
Oleh kerana proses pengambilan tanah masih berjalan, adalah fitnah langsung dakwaan bahawa terdapat universiti daripada mana-mana negara yang mengesahkan kemasukannya ataupun memulakan kerja pembinaan di tapak itu.
Sekian, untuk makluman.
( HJ. JUSNI BIN HJ. ISMAIL )
Pentadbir Tanah
Daerah Barat Daya
Pulau Pinang.





