Topik tulisan kali ini adalah seperti tertera. Asal topik ini adalah cetusan bila membaca apa yang dicetak oleh Utusan Malaysia melalui versi Mingguan Malaysia ( 15 Ogos 2010) yang bertajuk "Jangan terlalu berani mencabar" hasil tulisan seorang pensyarah universiti di bawah kementerian dipimpin Datuk Ahmad Zahid. Kononnya pensyarah itu berkelulusan doktorat dari UPM, tetapi pernyataan di dalam tulisannya didapati sudah menyindir PAS secara lorat.
Apa yang dicetak Utusan Malaysia itu sudah dibaca seperti berikut:
"Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain."
Persoalannya, apakah kaitannya pensyarah Cina Muslim itu yang begitu syok memuji Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan negara itu, tiba-tiba menyindir PAS dengan tuduhan bersifat lorat, tidak articulate,mual, meloya dan berupa buah cakap peminum kopi pahit di kedai canggung? Kalaulah suka sangat memuji penggubal perlembagaan yang majoritinya ‘orang luar' dilantik oleh penjajah Inggeris, janganlah pula meremeh dan mengaitkan secara aib parti PAS. Sedangkan PAS dari sudut sejarahnya turut menyumbang idea kepada penggubalan perlembagaan sehingga Islam diterjemah sebaiknya di dalam perlembagaan negara sekarang.
Sumbangan PAS kepada Suruhanjaya Reid
Realitinya, mungkin ramai tidak pernah membaca Memorandum PAS Kepada Suruhanjaya Reid bertarikh 14 Julai 1956 dan Ulasan PAS Terhadap Peñyata Perlembagaan Reid bertarikh 2 Mei 1957. Kandungan daripada kedua-dua sumber itu dengan jelas menyentuh dan mengandungi lima syor yang antara lainnya agar dimasukkan asas kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi panduan hidup bernegara. Justeru arkib sejarah ini adalah saksi mutlak peranan PAS sebagai pendesak pada masa itu sudah mengatasi Umno yang kononnya berjuang untuk merdeka, tetapi lena dengan ulikan penjajah dalam memperkasakan Melayu dan agama Islam.
Mungkin latar sejarah sebelum merdeka tiada dalam pengetahuan pensyarah tersebut yang memang dilahirkan oleh ibunya selepas negara merdeka. Tambah memilukan lagi, pensyarah yang sudah mendapat ruang kolum di dalam akhbar suara Umno itu sebenarnya tidakpun pernah diiktiraf sebagai ‘orang Umno' tetapi ayat-ayat membodek Umno sudah terang mengalahkan menteri Umno. Namun sayang sekali ia tidak pernahpun memahami konteks luhur akidah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dicetak oleh Omar Khalid yang sudah jadi orang kuat Umno lalu dibubuh tajuk "Amanat Haji Hadi". Ini kerana loratnya pensyarah itu menulis mengaitkan PAS dengan kata kunci ‘perlembagaan-Reid-kafir' itu semacam bersumberkan amanat tersebut. Namun ternyata beliau tersalah faham konteks luhur akidah kandungan yang dikatakan ‘amanat' itu.
Bagi berlaku adil saya perturunkan apa yang dicetak oleh Omar yang pernah mendapat untung hasil jualan kaset ceramah pemimpin PAS. Cetakan itu dibaca seperti berikut:
"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Percayalah saudara-saudara sekelian,
"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."
Persoalan di sebalik ‘amanat' tersebut, adakah dengannya layaklah PAS dituduh kerjanya suka mengkafir? Di manakah pula konteksnya, PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir? Mungkin persoalan yang terbuku bagi pensyarah itu ialah pada hujah menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku agama suku'. Jika inilah butiran yang disandarkan lalu mengatakan kerjanya suka mengkafir, nyata sekali ia adalah tindakan yang lorat dan mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Tuan Guru Haji Hadi dalam soal ini pada 1984, dan kesediaan untuk berjumpa lagi telah diulangi balik tahun 2001. Apa yang nyata, majlis itu hanya berpandangan ‘amanat' yang dicetak secara petikan tanpa bukti sumber asal itu sebagai bertentangan dengan Islam. Namun tiada fatwa mengenainya.
Salah faham
Atas asas itu, semasa berbahas di parlimen tahun 2001, Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memperbetulkan salah faham terhadap ‘amanat' yang dicetak itu. Namun, tiada penegasan rasmi pihak majlis tersebut. Apakah dengan kekaburan akademik sedemikian cukup adil (fair and fairness) untuk menghukum bahawa kerjanya (dirujuk kepada PAS) suka mengkafir?
Natijahnya akidah seorang Muslim apabila menegas dan mengamalkan serta menyakini bahawa di dalam Islam tidak ada sistem politik, atau menganggap urusan politik suku urusan agama suku, atau juga mengadakan peraturan yang melarang bercakap agama semasa berpolitik dan melarang bercakap politik semasa bercakap agama, lalu menyimpulkan bahawa politik suku agama suku; apakah akidah Muslim sedemikian luhur dengan akidah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad? Sedangkan sunah baginda ketika berkuasa di Madinah adalah "pemerintahan negara itu hendaklah ditadbir dengan agama dan agama yang menjadi panduan bernegara." Demikian pula, di manakah untuk menyesuaikan fekah bernegara (siasah syar'iyyah) "iqamatiddin wa siasatudunyabih" yang mengarahkan pemerintah menjalankan urusan memakmurkan agama dan menjadikan agama sebagai panduan mentadbir? Apa yang jelas, kesan daripada hujah pemimpin PAS bahawa tidak boleh memisah-misahkan politik dengan agama (tidak berlaku sama sekali atas nama Islam, politik suku agama suku), maka pemimpin negara dan sebahagian besar penyokong Umno sudah menerimanya sebagai benar belaka! Justeru, apa yang diungkap mengenai politik suku agama suku, bukannya frasa yang sah untuk mengaitkan parti PAS sebagai kerjanya suka mengkafirkan orang.
Akhirnya, sayugia kebenaran itu tetap benar, maka mengenali perjuangan benar hanya atas petunjuk agama. Tiada kebenaran atas semata-mata kekuatan akal fikiran, melainkan rahmah dan karomah dari Allah jua mengatasi segala akal fikiran. Kembalinya kepada panduan al-Quran, bertunaslah akidah yang luhur bagi menilai mana yang benar dan mana yang palsu.
Wan Nik Wan Yusof
Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
MCA menuntut Majlis Perundingan Melayu (MPM) diheret ke mahkamah atas dakwaan menghasut kerana cadangan membubarkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, kata Ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok.
Beliau berkata precedent telah dilakukan pada 1978 apabila Mark Koding, seorang ahli parlimen dari Sabah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana membuat kenyataan yang sama ketika perbahasan Dewan Rakyat.
"Ini adalah contoh, di mana di Parlimen juga seseorang indivitu tidak mempunyai imuniti mutlak ke atas kenyataan berbaur hasutan yang mereka luahkan," katanya.
Menurut Loh, undang-undang hasutan boleh diambil ke atas MPM kerana sekolah-sekolah berkenaan dijamin mengikut Akta Pendidikan 1996 dan Artikel 152 (A) perlembagaan persekutuan.
Selain mempelajari bahasa ibunda, Loh berkata sekolah jenis kebangsaan tidak membantutkan perpaduan nasional kerana pelajar juga diwajibkan mempelajari bahasa Malaysia dan ditiupkan dengan semangat cintakan negara.
"Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak menghalang perpaduan nasional. Sebaliknya, kumpulan fanatik dan pelampau seperti MPM adalah dalang utama yang cuba mengagalkan perpaduan nasional," kata Loh.
Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa pengemudi MPM, Kamaruddin Kachar dan Mohd Hilmi Ismail yang dilaporkan media berkata sekolah jenis kebangsaan sepatutnya dibubarkan.
Kenyataan itu dibuat berikutan desakan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar kerajaan persekutuan meningkatkan dana untuk sekolah-sekolah berkenaan.
![]() |
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd (PEMPENA) Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 41, Jalan Sultan Ismail pada 27 Februari 2007.
Mirza, pada masa itu ahli lembaga pengarah di anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - didakwa bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta boleh didenda.
Mirza, 53, mengaku tidak bersalah. Hakim Azizah Mahmud menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dan mengarahkan dia menyerahkan paspot pada 1 September apabila pulang daripada mengerjakan umrah.
Manakala Mohammad Rosly pula dibenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah pada hari ini sehingga kes selesai.
Beliau kemudian menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.
Mirza diwakili peguam Shashi Menon. Tarikh sebutan kes itu ditetapkan pada 6 September.
![]() |
Pagi tadi, Mohammad Rosly turut didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah.
Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15 Ogos 2006.
Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008. Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan.
Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta.
Beberapa hari kemudian, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan.
Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'.
Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan.
PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang Timbalan Ketua Bahagian Umno berhubung pemilikan sebidang tanah yang selama ini diusahakan petani dan penternak ikan hiasan.
Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik pemimpin Umno berkenaan.
Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.
Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
(Gambar: Lih Kang menunjukkan laporan kepada SPRM.)
“Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gopeng,” ujarnya.
Katanya, pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab.
Kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Zambry Abd Kadir, ujarnya tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
“Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan itu.
Beliau berkata, sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang.
Lih Kang juga menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes itu.
“Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Umno Bahagian Umno Gopeng telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun,” katanya lagi.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa Umno Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun sudah rakus dan rasuah.
Untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku lagi, beliau menggesa agar Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes itu dijalankan di samping membatalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani.
Di samping itu, katanya wakil rakyat Pakatan Rakyat dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud.
Selain itu, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya Exco bukan Umno perlu menjelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes itu daripada berlaku.


Seronok melihat gelagat peniaga Melayu yang mengadakan protes kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menghalang mereka berniaga di tingkat tiga, Komtar sewaktu bulan puasa ini. Macam-macam dikatakan konon kerajaan negeri tidak prihatin pada Melayu yang telah puluhan berniaga di situ.
Tup-tup Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, bukan tak beri mereka berniaga tetapi wang deposit untuk berniaga di situ tidak dibayar kepada Perbadanan Pembangunan Negeri yang menguruskan bangunan berkenaan.
Peniaga semua tidak sedar apa yang berlaku pada hakikat sebenarnya kerana mereka telahpun membayar wang deposit untuk berniaga di situ. Memang tetapi diserahkan kepada Persatuan Peniaga Komtar (KM) dan persatuan itu kemungkinan tidak menyerahkan kepada PDC.
Itu ler ceritanya..
Ketua Menteri Lim Guan Eng juga terkedu dengan apa yang dilakukan oleh peniaga yang diketuai KMA itu. Mereka berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di tingkat tiga awal hari ini, kononnya mereka dilarang berniaga.
Kebetulan pada petang ini, Ketua Menteri bermesyuarat dengan Lajnah Penerangan PAS, lalu diketengahkan persoalan yang nampak hangat itu dan dijawab dengan mudah oleh Guan Eng, maka fahamlah bahawa isu sebenarnya ialah KMA tidak membayar sebarang wang deposit kepada Perbadanan PDC. .

Kira-kira 10 anggota polis memantau keadaan di situ pagi ini. Seramai 27 peniaga terbabit, mendakwa bahawa pengerusi jawatankuasa pemulihan Komtar dan ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat keputusan melarang mereka berniaga di gerai masing-masing.
Mereka berkata, mereka hanya dimaklumkan mengenainya semalam, sedangkan mereka sudah membuat persiapan untuk berniaga dalam bulan puasa.
Memang kerajaan negeri memaklumkan tidak boleh berniaga kerana mereka tidak membayar deposit yang dikenakan. Namun perkara itu disanggah oleh para peniaga kerana mereka telahpun membayarnya melalui KMA.
Naib pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abdul Jiman juga dengan lantang menyuarakan perkara berkenaan dan mengugut jika tidak diselesaikan, mereka akan mengadakan demonstrasi yang lebih besar.
Petang tadi kelihatan ruang niaga di kawasan itu telah siap dipasang.
Yang anehnya, peniaga berkenaan berkata, mereka telah membayar deposit kepada KMA, namun hakikat sebenarnya kerajaan negeri tidak menerima wang berkenaan. Siapa yang bersalah?
EL ARISH (MESIR): Alhamdulillah delegasi Malaysia Ramdhan March For Gaza telahpun sampai di bandar el Arish, petang semalam, iaitu sekitar 30 minit lagi perjalanan masuk ke sempadan Rafah untuk ke Gaza: "Doakan keselematan kami", demikian menurut khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Al Fadhil Ustaz NorAzli Musa.
NorAzli yang mengikuti rombongan itu dalam SMS beliau sebentar tadi, (pada jam 9 pagi waktu Malaysia (Isnin) (jam 4 pagi waktu Mesir) berkata, delegasi beliau akan masuk ke Gaza bersama-sama rombongan Putra Umno 1Malaysia.
Yang turut bersama dalam rombongan itu ialah artis Fauziah latif dan juara iman muda Astro.
Menurut Nor Azli, mereka kini bersiap-siap untuk menunaikan solat Qiamulaail untuk memohon pada Allah sbt agar dipermudahkan dan selamat seluruh anggota rombongan semasa di Gaza.
Beliau memohon seluruh umat Islam di Malaysia agar mendoakan sama kesejahteraan dan keselamatan seluruh anggota semasa di Gaza semuga dapat melaksanakan amanah untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Palestine.
Misi berkenaan bertolak dari Kaherah pada pukul 1 petang Ahad (waktu tempatan) dan mengambil masa enam jam untuk sampai di El-Arish, bandar pelancongan terletak kira-kira 345 kilometer dari Kaherah, setelah melepasi beberapa pusat pemeriksaan keselamata.
Kumpulan berkenaan melalui 18 pusat pemeriksaan dari Kaherah ke El-Arish yang terletak tidak jauh dari bandar Rafah. Pemeriksaan keselamatan di setiap pusat mengambil masa kira-kira 15 minit.
Anggota misi yang terdiri daripada 44 orang sukarelawan itu berada dalam keadaan sihat..
Mengikut jadual, misi yang diketuai Setiausaha Agung MAPIM Azmi Abdul Hamid itu akan bertolak ke Gaza hari ini dan dijangka berada di kem pelarian Gaza pada hari pertama Ramadan.
i
Kenyataan ini dengan jelas merendahkan martabat PAS, kerana secara tidak langsung ia bererti jika Umno gagal menyelesaikan permasalahan rasuah, maka PAS akan lebih tidak berjaya.
Beliau juga berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.
Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.
![]() |
Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.
"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya.
Menurutnya, keintiman antara kedua-duanya tidak menimbul apa-apa reaksi pelik di kalangan rakan-rakan memandangkan umum sendiri mengetahui Siti Rohana merupakan pembantu peribadi Abdul Aziz.
"Sebab itu apabila orang sekeliling mula membincangkan hubungan antara kedua-duanya, lebih-lebih lagi selepas tragedi itu, saya sendiri rasa hairan kerana apa yang hendak dicurigai kerana selama ini pun mereka memang rapat," katanya.
Sementara itu, sumber memberitahu, arwah Abdul Aziz pernah melamar beberapa tahun lalu tetapi ditolak oleh arwah Siti Rohani dengan alasan tidak mahu mengganggui rumah tangga orang.
"Arwah Datuk (Abdul Aziz) pernah melamar arwah Siti Rohana sejak beberapa tahun lalu dan ia kerap disuarakan tetapi arwah enggan menerimanya," kata sumber itu. (kosmo edited)
Berikut laporan Beirta Harian
Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Naib Ketua Wanita Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala bekas Adun Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Nor
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.
Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.
“Mengikut beberapa saksi, kenderaan itu yang dalam perjalanan menghala ke Utara, hanya dinaiki kedua-dua mangsa dan terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh penghadang lebuh raya di sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi.
Khalid berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan dari dalam kereta kerana tiada kesan kenderaan itu ditembak dari luar, sebaliknya hanya remuk di bahagian depan akibat merempuh penghadang lebuh raya.
![]() |
Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Tuan Yang Dipertua.'
Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...
Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.
Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...
Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!
Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan]
Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.
Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.
![]() |
Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.
Khusairi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.
Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.
Namun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan secara paksa.
Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.






