PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujahan PAS sahaja, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
"Pas yakin bahawa Umno bukanlah tempat untuk orang berlatarbelakang pendidikan agama berjuang".
Sambil menyebut beberapa nama ahli Umno yang berkelulusan lebih tinggi dan berpengaruh berbanding dengan 40 orang yang mendakwa sebagai ulama muda yang menyerah borang menyertai Umno, Idris bertanya ke manakah perginya mereka yang berkenaan?
Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM) dan Ustaz Nakhaei Haji Ahmad/
"Justeru itu, amat menghairankan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai ke tahap keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama".
“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno," kata Idris.
“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.
Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.
Katanya, walaupun beribu-ribu menyertai Umno ...PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka.
Tegasnya, namun demikian perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno yang mempertahankan dan membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.
Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.
Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).
Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Friends of Pakatan adalah satu lagi perkembangan positif tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.
“Ini adalah kerana persatuan ini menggabungkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa di luar negara,” katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, dalam pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut, mereka telah memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk bersama Pakatan bagi menyumbangkan kepakaran mereka membangunkan negara bersama dengan Pakatan.
“Selepas dari UK, mereka bercadang untuk melebarkan lagi Friends of Pakatan ke negara-negara lain seperti di Eropah dan juga di Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, pengerusi jawatankusa penaja persatuan tersebut, seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di UK memaklumkan bahawa setakat ini mereka telah berjaya menghimpunkan seramai tiga ratus penyokong dan yakin lebih ramai akan menyertainya selepas majlis pelancaran nanti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok baru kembali dari lawatan selama seminggu ke UK bagi menghadiri beberapa siri jemputan organisasi Islam di sana.
Beliau telah dijemput berucap pada seminar The Future of The Muslim Ummah; Hopes and Challengesanjuran Islamic Unity Forum di London.
Nasharudin juga dijemput sebagai tetamu di Muslim Council of Britain di London.
Timbalan Presiden PAS itu kemudiannya ke bandar Nottingham sebagai tetamu kepada sebuah badan kebajikan Islam yang dikenali sebagai Muslim Hands International.
Di Nottingham, beliau turut diminta berucap di Masjid University of Nottingham.
Ustaz Nasharudin juga turut ditemubual selama satu jam oleh TV Al-Hiwar, sebuah rancangan TV berbahasa Arab yang berpusat di London.
Apa yang sebenarnya dimaksudkan "mengejutkan semua pihak" oleh Datuk Seri Najib Razak hanya beliau sendiri yang lebih mengetahuinya, namun ia ada petanda awal bahawa pru ke-13 akan diadakan sebelum cukup tempoh lima tahun pru ke-12 berlangsung.
Ini bagi membolehkan Najib mendapat mandat rakyat sepenuhnya kerana mandat sekarang adalah hasil daripada pru ke 12 yang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri.
Najib memerlukan kemenangan besar pada pru ke-13 bagi merubah persepsi sebahagian rakyat yang telah berubah pendirian menyokong Pakatan Rakyat.
t
Beberapa ahli politik, berpendapat Najib akan membubarkan Parlimen pada akhir 2011 untuk membolehkan pru ke 13 diadakan.
Walaupun Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pru semata-mata berdasarkan pada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau, namun itulah yang sentiasa diharapkan oleh mana-mana pemimpin dunia sebelum membubarkan parlimen.
Kajian Merdeka Centre for Opinion Research menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana.
"Yang penting PM buat keputusan bersandarkan kehendak rakyat. Sekiranya apa yang kita (BN) janjikan itu dapat ditunaikan dan rakyat dapat merasainya, esok pun boleh buat pilihan raya," katanya.
Itulah khabar yang didakwa oleh Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim tetapi langsung dinafikan oleh DS Dr Zambry Abdul Kadir yang turut menyifatkannya sebagai satu pembohongan.
Khabar angin memang tidak boleh diterima tetapi di Malaysia, ia kerapkali juga menjadi kebenaran, pada akhirnya.
Sambil menafikan dakwaan itu, MB Perak itu menyifatkannya sebagai bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalam Umno yang kini semakin kukuh. "
"Mereka (pembangkang) cuba mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya.
Zulkifli memberitahu sidang media di Ipoh bahawa tiga Adun Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat.
Zulkifli berkata mereka tidak berpuas hati dengan layanan Zambry yang lebih mengutamakan bekas Adun PKR, yang melompat menjadi anggota bebas dan menyokong UBN.
Katanya, nama tiga ADUN Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi.
Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil.
"Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN bekerja seperti biasa," katanya.
P Zuraidi Rahim (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Shahrul
Shahrul bersama-sama sembilan anaknya hidup serba kedaifan di sebuah bengkel motosikal.Lihatlah kain rentang yang siap siaga dipasang.
Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu telah meminta perhimpunan itu ditangguhkan.
Akhirnya Melayu Bangkit nampaknya tertangguh sebulan. Sebelum ini penganjur menerima desakan agar membatalkan bukan sahaja daripada PAS, tetapi juga komponen UBN iaitu MCA.
Karpal menghadapi tuduhan menghasut berhubung kandungan sidang akhbarnya pada 6 Februari 2009, di mana beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak atas peranannya dalam krisis perlembagaan negeri tersebut pada 2009.Hakim Azman Abdullah berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie untuk memanggil tertuduh bagi membela diri.
Katanya pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kenyataan Karpal Singh telah menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Sultan Perak.
Azman berkata apa yang pihak pendakwaan perlu buktikan dalam kes itu ialah kenyataan tersebut mempunyai "kecenderungan menghasut" dalam mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan seperti dalam peruntukan Seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata pendakwaan hanya membuktikan kejadian selepas solat Jumaat di Masjid Ubuddiah adalah satu tunjuk perasaan sedangkan orang ramai hanya mengetahui tentang kenyataan Karpal melalui berita yang disiarkan pada jam 6 petang dan 9 malam pada hari tersebut.
Lagipun, katanya, saksi-saksi pendakwaan terutamanya Pengarah Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Mazlan Othman hanya memberikan keterangan secara lisan dan tidak ada satu dokumen pun dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong kenyataan Karpal Singh menyebabkan timbulnya komen-komen di laman blog tentang tindakan Sultan.
Azman juga berkata tidak ada satu dokumen dikemukakan untuk menyokong keterangan Mazlan bagi mengaitkan kenyataan Karpal Singh dengan apa yang terkandung dalam laman web Kerajaan Negeri Perak.
Hakim juga berpendapat keterangan pegawai penyiasat, ASP Suhaimi Mohamad, sendiri bahawa sebanyak 103 laporan polis dibuat ekoran kenyataan Karpal adalah lebih kepada untuk menunjukkan kemarahan dan kebencian pengadu terhadap tertuduh dan bukan terhadap Sultan Perak.
Pada 17 Mac tahun lepas, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP, minta dibicarakan terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan pada sidang akhbar mengenai Sultan Perak di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama, di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari 6 Februari.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Azman dalam penghakimannya juga berkata hujah pihak pendakwaan bahawa Karpal Singh tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian yang meliputi isu undang-undang yang sukar difahami oleh pemberita-pemberita yang membuat liputan tidak boleh diterima sebagai asas untuk mempersalahkan tertuduh.
"Hujahan pendakwaan ini seolah-oleh memberi gambaran bahawa jika difahami sebenarnya maksud kenyataan akhbar tertuduh, ianya tidak akan terjumlah kepada suatu yang menghasut atau buruk yang hendak disampaikan," kata hakim.
Azman juga menjelaskan bahawa tertuduh telah memberikan pendapatnya dengan merujuk kepada beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak dan nas undang-undang yang mana kesemua itu telah dibekalkan kepada pemberita yang hadir.
Malah, kata hakim, video kenyataan akhbar dan transkrip yang dikemukakan tidak terdapat kenyataan menghasut oleh Karpal tetapi hakim itu berkata Karpal hanya menyebut: "Saya ingin menjelaskan, bahawa ini bukan soal peribadi. Ini adalah soal perlembagaan dan saya rasa ia harus dihormati oleh semua pihak termasuk Raja."
Sebaik sahaja Azman membacakan penghakimannya, ahli keluarga Karpal serta pemimpin DAP menepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada Karpal yang hanya senyum di kerusi rodanya.
Karpal Singh memberitahu pemberita beliau gembira dengan keputusan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Noreen Badaruddin berkata beliau akan merujuk keputusan mahkamah hari ini kepada Pejabat Peguam Negara, sama ada untuk merayu atau tidak.

he he..memang melayu hebat. ada setarbak tersendiri. entah-entah starbuck tiru yang sahabat kita ni buat.
Sambil mendesak bekas Menteri memohon maaf secara terbuka, MPM turut mendakwa Rafidah telah memperlekehkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera dalam mengemukakan tuntutan mereka.
Jurucakap MPM, Prof Kamarudin Kachar yang juga Pengerusi Kongres Ekonomi Bumiputera: Moden Ekonomi Baru (MEB) berkata, Rafidah tidak harus membuat apa-apa komen memandangkan beliau tidak tahu apa yang dibincangkan.
“Ia bukan hanya membabitkan Perkasa, tetapi melibatkan pandangan 126 NGO. Oleh itu, adalah tidak wajar beliau memanipulasikan dengan mengatakan seolah-olah Datuk Ibrahim Ali sahaja yang bercakap (mengenai isu MEB).
“Saya adalah pengerusi kongres, saya tahu kandungan perbincangan 1,226 peserta daripada 126 NGO itu, yang melibatkan peserta pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Sebelum ini, Rafidah menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MEB sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.
“Kumpulan seperti Perkasa, hanya melihat MEB menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan,” kata Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu.
“Jika anda bercakap kepada semua dalam Perkasa, saya pasti anda akan mendapati bahawa bukan semua berkongsi pandangan yang sama sebagaimana dikatakan oleh presiden mereka (Datuk Ibrahim Ali),” katanya.
Ibrahim pula berkata, sebagai bekas Ketua Wanita Umno dan bekas menteri Melayu, bukankah lebih elok dan terhormat jika beliau memberi pendapat membina serta membantu MPM merealisasikan segala resolusi yang dirumus tempoh hari.
“Sebaliknya kecaman yang dilontarkan kepada MPM jelas menampakkan kedangkalan serta kehilangan roh Melayunya,” kata beliau.
Pengerusi Perkasa Selangor, Abdullah Mansor juga menegaskan, kenyataan Rafidah itu merupakan satu “penghinaan” pada orang Melayu.
“Dalam hal ini, bukan Perkasa atau Datuk Ibrahim yang bernilai dua sen, tetapi sebenarnya Rafidah yang bernilai kurang dua sen,” katanya.
Naib Presiden Perkasa Dr. Zubir Harun pula berkata rang Melayu harus bersyukur pada Allah kerana Rafidah tidak dilantik menjadi menteri dan telah ditolak oleh Wanita Umno sebagai ketua.
“Tidakkah Rafidah sedar bahawa selama ini pendekatan pertumbuhan dan pengagihan yang diamalkan dari pentabiran Tun Razak hinggak ke Tun Mahathir telah membawa kemakmuran dan kestabilan negara," katanya. (edited malaysiakini)
Tumpuan akan diberikan pada beberapa isu kepimpinan terutama yang melibatkan barisan teratas termasuk mengenai Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
Hasan sebelum ini menjadi isu kerana kononnya didakwa mempunyai “hubungan rapat” dengan Umno, manakala Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, tidak memainkan peranan berkesan bergandingan dengan Presiden parti dan isu kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun dakwaan sesetengah pihak kononnya ada keretakan hubungan antara Nasharuddin dan Presiden disifatkan sebagai sekadar persepsi politik sesetengah pihak sahaja oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.
“Ia kemungkinan satu perspesi sahaja, yang mungkin tidak dikongsi oleh semua orang,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Muktamar tahunan ini diadakan di Kota Baharu juga sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz dan lantaran itu, kerajaan negeri Kelanran juga dijangka tidak terlepas daripada menjadi tajuk perbincangan.
Selain itu, isu pemberian konsesi balak, blogger Syed Azidi Abdul Aziz dan isu Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang diminta melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK juga dijangka dibangkitkan.
"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.
Beliau turut menyatakan tidak berpuas hati terhadap kekejaman tentera Israel.
Amboi-amboi hebat bunyinyer... harap tak terkencing dalam seluar...Gamaknyer hanya dia seorang akan ke Gaza kerana himpunan yang dibuatpun takde sambutan
Apa tidaknya, himpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara itu hanya dihadirinya kira-kira 200 orang sahaja. Kelibat komponen BN yang lain, iaitu MIC dan MCA tak kelihatanpun.
Pulak tu, dalam tempoh 30 minit himpunan itu berakhir.... tetapi ucapan Khairi itu mengalahkan himpunan Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan rakyat.
Tampil dalam pakaian putih kalangan pemuda BN dan dua tiga kerat anggota NGO itu bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin".Selain itu, kelihatan juga kain rentang "Justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza).
Antara wakil NGO yang hadir ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.
Mereka termasuk ahli beberapa badan bukan kerajaan (NGO), dan anggota Pakatan Rakyat yang melaungkan slogan anti-Israel dan mengutuk kekejaman rejim Yahudi itu membunuh anggota sukarelawan yang menyertai misi Flotila Pembebasan.
Mereka diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar telah bertemu dengan wakil kedutaan AS bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan tentera Israel kepada Presiden Barrack Obama.
Memorandum tersebut mengandungi lima resolusi yang dipersetujui bersama antara pemimpin Pakatan Rakyat.
"Dengan persepakatan bersama, kami mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa," kata Anwar.
Resolusi itu mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Israel terhadap komuniti antarabangsa berikutan misi keamanan itu membabitkan kerjasama seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 50 negara.
Anwar berkata, pihaknya mendesak agar rejim Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa terbabit.
"Kami menuntut supaya semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Flotila Pembebasan sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Pengarahnya Morat Pora berkata sejak pru 12 hingga Mac lepas, hanya 360 pemilih kawasan itu yang bertukar kawasan kerana pertukaran alamat bermastautin.
"Dalam tempoh yang sama SPR telah memotong 1,271 pemilih kerana meninggal dunia, dilucut hak warganegara, memasuki perkhidmatan polis atau tentera dan bersara daripada anggota polis atau tentera," katanya.
Morat berkata sepanjang tempoh yang sama jumlah pengundi di Permatang Pauh bertambah 2,817 orang menjadikan jumlah keseluruhan 61,266 pemilih.
Bagaimanapun, Morat berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan mana-mana pihak yang dapat mengemukakan maklumat terperinci mengenai perpindahan pemilih yang dikatakan dirancang oleh pihak tertentu atau pegawai SPR itu.
Selasa lepas, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata kegiatan pemindahan pengundi itu disedari kira-kira dua minggu lepas apabila beberapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya membuat semakan daftar pemilih.
Abdul Jalil turut mendakwa terdapat kemungkinan kegiatan pemindahan pengundi itu dilakukan oleh pihak tertentu dan dibantu "orang dalam" bagi memastikan kawasan Parlimen Permatang Pauh terus dikuasai pembangkang.
"Bagi Perdana Menteri, kebanyakan ahli parlimen BN mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," kata beliau."Elok DS Najib adakan pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik sebegitu ramai senator menganggotai kabinet barunya kerana ia secara langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.
"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," katanya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap Perlantikan tersebut, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.














