Kontraktor Melayu memperolehi seratus peratus daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS | |||
BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010 | |||
Kontraktor Bumiputera | Kontraktor Bukan Bumiputera | Jumlah | |
Jumlah (RM) | 40,944,933.80 | 0 | 40,944,933.80 |
% Dari Segi Nilai | 100% | 0 | 100% |
Jumlah Bilangan | 18 | 0 | 18 |
Jumlah Bilangan (%) | 100% | 0% | 100% |
TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)
Kontraktor Melayu | Kontraktor Bukan Melayu | Jumlah | |
Jumlah (RM) | 20,407,640.94 | 407,000.00 | 20,814,640.94 |
% Dari Segi Nilai | 98% | 2% | 100% |
Jumlah Bilangan | 16 | 1 | 17 |
% Bilangan | 94% | 6% | 100% |
Ini sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga sekutu UMNO seperti
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan.
Mohamad Fadzill yang mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor Bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.
Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.
Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor UMNO seperti Mohamad Fadzill mempunyai hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti sebelum ini.
Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka sedia menabur fitnah kerana tidak mendapat kontrak sepertimana sebagai kroni UMNO. Sebagai seorang yang beriman, Mohamad Fadzill seeloknya lebih baik meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.
Urustadbir CAT yang cekap akauntable dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka. Urustadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka.
Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni. Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini.
Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni UMNO, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor UMNO ini membida projek.
Saya ingin menasihati Mohamad Fadzil supaya tidak lagi berpura-pura sebagai kontraktor, jika lebih berminat menjadi orang politik yang sentiasa menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang.
Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding pada pilihanraya umum nanti jika lebih berhasrat bermain politik.
Sekiranya Mohamad Fadzill tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni UMNO yang begitu tebal sekali menabur fitnah melulu?
Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.
Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan saya sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri berusaha memartabatkan usahawan Bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.
Sudah sampai masanya kita tidak melihat daripada sudut perkauman tetapi melihatnya daripada sudut professionalisa dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.
LIM GUAN ENG
0 comments