Umno ternyata mempunyai banyak abu daripada arang. Umno juga kini dipimpin Jawa, Turki dan paling kritikal ialah Lanun. Teruk betul Umno diklasifikasi oleh pimpinan tertingginya sendiri.. Presiden dan Naib Presiden.
DS Najib Tun Abdulk Razak berkata, beliau kini merujuk pada tiga naib presiden Umno sebagai Jawa, Turki dan Lanun.
Terkedu dan tersenyap seluruh perwakilan Umni. Begitu je standard tiga naib presidennya. Najib mungkin ingat kata-katanya itu lucu, sedangkan hakikatnya dia merendahkan sendiri martabat pemimpinan Umno.
"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan Umno dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang dilakukan.
Lihatlah betapa hebatnya Zahid menyamakan sahabat Rasullulah dengan kalangan Umno sahaja. Beliau berkata selain Abu Jahal, ada lima lagi Abu iaitu:
- Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
- Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi
- Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
- Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
- Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.
0 comments