Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - economic - Masa depan ekonomi di Kelantan pesat


Habib Jewels memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk pelaburannya dalam bidang perhotelan kerana yakin dengan perkembangan ekonomi yang pesat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Pengurus Besar Habib Jewels Holding, Abdul Razak Abdul Kader, berkata berdasarkan maklumat, peluang ekonomi di Kelantan akan bertambah maju pada masa akan datang.
Lantaran itu, setelah setahun membuat kajian, akhirnya Ogos lepas, hotel yang bercirikan ‘butik’ itu mula beroperasi di Kelantan, katanya sambil menegaskan bahawa hotel berkenaan akan dibuka secara rasmi pada 14 Oktober ini.
Melihatkan pada potensi ekonomi itu, beliau berkata Habib Jewels sanggup melabur di negeri ini dalam bidang perhotelan, satu asset yang berbeza daripada teras asas syarikat.
Tambahnya, pembukaan hotel ini juga bakal memberi peluang pekerjaan pada rakyat Kelantan apabila sebahagian besar pekerja di hotel tersebut termasuk ‘show room’ Habib Jewels dan kilang terdiri daripada rakyat tempatan.
Razak berkata, setakat ini sambutan orang ramai terhadap hotelnya hampir memenuhi sasaran sebagaimana yang dijangkakan walaupun baru sebulan dibuka.
Lebih 50 peratus pengunjung yang menginap adalah ahli perniagaan, kakitangan kerajaan Persekutuan dan pelancong tempatan.
Hotel Habib menawarkan dua pilihan kepada pelanggannya iaitu superior dengan harga RM130 dan deluxe RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 32 bilik. Ia terletak di tengah bandar Kota Bharu.
Tags: economic

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers