Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara sebenar berhubung sebab utama kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.
"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya.
Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastruktur.
Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.
Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.
"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.
"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif yang didakwa mempunyai hubungan romantis dengan Saiful Bahari Azlan (saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan daripada pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang itu.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Farah Azlina turut digugurkan dari Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.
Sebelum ini media telah mendedahkan dan menumbulkan keraguan mengenai Farah Azlina yang terlibat sama dalam kes Anwar itu.
Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa, katanya.
"Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.
"Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius."
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya sambil menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.
Entah apa sebabnya mungkin berangan nak kembali ke alam persekolahan semula apabila tujuh pemuda ditahan kerana menyamar sebagai pelajar sekolah menengah. Mereka dengan selamba pergi sekolah lengkap berpakaian sekolah dan memasuki kelas.
Akhirnya kesemua ditahan polis kerana menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Mereka berrumur 20 tahun itu ditahan ketika dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan.
"Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira pukul 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar tersebut masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika Tingkatan Lima sesi 2007."
Kehadiran 'pelajar baru' di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.
"Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar sebagai pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam kelas dalam keadaan yang sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran," kata Abdul Ja
Mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. Polis memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira pukul 8 malam tadi.
"Polis sedang mengumpul maklumat dan masih dalam proses mengambil keterangan daripada guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga sedang dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan," kata Abdul Jalil.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Tawa
Pasukan pendakwa kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bercempera ekoran dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin, salah seorang anggota perempuannya mempunyai hubungan intim dengan saksi utama dan pihak yang mendakwa, Mohd Saiful Bukhari.

Ketua pasukan pendakwa itu, Solicitor-General 2 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun belum dapat mengesahkan samada ada timbalan pendakwaraya wanita itu akan digugurkan atau tidak dari pasukan itu.
“Saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang, saya akan bincang dengan pasukan saya dan lihatlah nanti pada 2 Ogos sama ada dia masih dalam pasukan ini atau tidak," kata Mohd Yusof sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah laman web.
Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan Raja Petra itu.
"Kita akan hantar surat kepada pejabat AG hari ini, petang nanti mereka akan dapatlah surat itu," kata Sankaran.
Pihaknya akan menunggu jawapan rasmi dari pejabat Peguam Negara sebelum membuat apa-apa tindakan yang sesuai.
Bagi beliau, jika benar dakwaan Raja Petra ini, ia merupakan satu yang sangat buruk dan ia akan menjadi lagi buruk kalau ia dibiarkan tanpa penjelasan yang wajar.
“Ini akan memberikan implikasi yang serius terhadap perbicaraan ini. Kami mahu Peguam Negara mengesahkan atau menafikan dakwaan ini. Kamar Peguam Negara perlu tidak berpihak dalam hal ini kerana Saiful adalah pihak yang membuat aduan dan saksi utama pendakwa," kata Sankara.
Raja Petra dalam blognya mendakwa Saiful mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang anggota wanita pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin kanan PKR, Peguam Sivarasa Rasiah mendakwa, beliau ada maklumat mengenai tuduhan ini.
Saiful sebelum ini membuat laporan polis diliwat oleh Anwar dan ekoran itu Anwar didakwa oleh pasukan pendakwa yang diketuai Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mohd Yusof mendakwa peranan timbalan pendakwaraya wanita itu hanya minima sahaja kerana dia tidak termasuk secara rasmi dalam pasukan pendakwaan beliau.
Wanita itu hanya dibawa masuk untuk membantu mengumpulkan data dan mengambil nota semasa perbicaraan kerana salah seorang anggota pendakwaan telah meninggalkan pasukan itu.
"Jadi, saya tidak boleh kata dia digugurkan dari pasukan ini, kerana dia bukan anggota pasukan ini sebenarnya, bukan macam (DPP) Noorin (Badaruddin), atau Wong (Chiang Kiat), atau saya. Dia dibawa untuk membantu tetapi sekarang kita sekurang-kurangnya ada tiga peguam yang boleh menyusun, dan kadang-kadang Noorin juga mengambil nota.
"Selin itu, dia (wanita yang dikaitkan) juga adalah pendakwaraya, peguam. Dia juga ada kes yang kena kendali. Jika kita putuskan tidak masukkan dia dalam pasukan kita bulan depan, ini kerana kita boleh kendalikan kes ini tanpa dia...juga kerana dia ada kes lain yang perlu diuruskan," kata Mohd Yusof.
Saya menyokong penuh tulisan Ustaz Haji Misbahul Munir dalam blognya berhubung dengan apa yang digembar gemburkan oleh MB UBN Dr Zambry Abdul Kadir sebagai dasar dan pembaharuan yang dilaksanakannya.
Sesungguhnya, banyak perkara yang dilaksanakan oleh Zambry pada masa ini adalah sekadar meniru dasar dan program yang telah direncanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan MB DS Mohamad Nizar Jamaluddin.
Banyak kalau hendaklah dikutip dasar dan usaha 11 bulan kerajaan PR.. contoh mudah ialah pemberian pajakan tanah kepada pengusaha limau tambun yang telah puluhan tahun tidak diselesaikan Umno. Sehinggalah Kerajaan Pakatan memerintah dan berusaha membuat proposal menyelesaikannya. Akhirnya Zambry sekadar menceduk cadangan itu...
Berikut tulisan Haji Misbahul Munir
Umno BN mendakwa kononnya kerajaan PR 11 bulan memerintah Perak tidak buat apa-apa untuk rakyat. Kononnya PR kerjanya saban hari saban malam ceramah memburuk-burukkan Umno. Ini memberi gambaran seolah-olah MB, EXCO dan seluruh adun-adunnya bersama pegawai-pegawai kerajaan tidak buat apa-apa untuk kebajikan rakyat.
Kita akui sepanjang 11 bulan memerintah, pimpinan PR terpaksa menemui rakyat samada dalam program rasmi kerajaan atau ceramah politik yang dianjurkan oleh parti. PR buat begitu kerana inilah caranya menjelaskan kepada rakyat polisi dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PR dalam menerajui negeri Perak, selain menjawab tohmahan Umno BN. Kalau peluang tersebut kita boleh perolehi melalui radio, tv dan akhbar media perdana, tidak perlu PR keluar saban hari dan malam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Ini adalah satu pembohongan besar UMNO BN kepada rakyat. Bukan itu sahaja, malahan mereka sentiasa mendakwa negeri Perak diperintah oleh Cina DAP, Hj Nizar dan PAS boneka serta kuda tunggangan Cina. PAS gadai tanah orang Melayu kepada orang Cina. Tohmahan ini sedikit sebanyak meresap juga kepada orang Melayu. Sebuah Ngo Melayu menghantar memorundum kepada Sultan Perak konon nak selamatkan tanah-tanah orang Melayu. Itulah persepsi buruk yang cuba digambarkan oleh Umno BN melalui media.
Sebenarnya program-program kebajikan yang UMNO BN buat sekarang untuk rakyat di Perak itulah dulunya dibuat oleh PR. Dalam akhbar Sinar Harian semalam dan hari ini Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian 1000 hektar tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 2000 hektar tanah kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR). BN juga turut memberi bantuan dermasiswa kepada pelajar-pelajar Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dan sebagainya. Berita-berita tersebut memberi gambaran seolah-olah PR dulu tidak buat apa-apa pun pada rakyat.
Pada hal Umno BN meniru dan meneruskan apa yang PR buat dulu. Kita tidak pula mempertikaikan apa yang mereka buat. Cuma dulu apabila PR mengumumkan pemberiaan tanah 1000 hektar tanah kepada sekolah Cina dan memberi peruntukan kewangan 60 ribu setahun kepada SJKC ini, seluruh pemimpin Umno menjaja merata Perak kononnya Hj Nizar ikut telunjuk Cina dan DAP untuk bantu sekolah Cina manakala SAR kononnya diabaikan. Inilah fitnah jahat Umno BN. Pada hal PR juga memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan mengembalikan semula bantuan perkapita kepada SAR.
Ada juga yang bertanya, BN bagi pada SAR lagi banyak 2000 hektar. Baguslah kalau begitu, persoalannya PR yang memulakan dulu, tapi UMNO menapikan apa yang kita buat untuk rakyat. Media mereka tidak pernah menyiarkannya. Pada saya 1000 hektar pun sudah cukup baik berbanding dulu UMNO BN 50 tahun perintah Perak tak pernah bagi tanah kepada SAR. Lagipun SAR dapat semula bantuan perkapitan yang ditarik oleh UMNO sejak tahun 2002. 1000 hektar tanah yang UMNO BN tambah itu sama nilainya dengan jumlah bantuan perkapita setahun kepada SAR.
Yang hairannya bila UMNO BN umum bantu kaum Cina, umum peruntukkan kepada semua MCA bahagian, bagi bantuan kewangan kepada gereja, kuil dan tookong dan sebagainya, tidak ada pula pemimpin UMNO dan Ngo Melayu yang membantah. Kita tidak pula menyuruh bantah pemberian seumpama itu, baguslah, itu hak rakyat. Persoalannya janganlah double standart, PR bantu Cina dan kaum lain, dituduhnya khianat, jual dan gadai kepentingan Melayu, boneka, kuda tunggangan dan bermacam-macam lagi momokan.
Saya nak sebut semula apa yang kerajaan PR telah buat dan laksana sepanjang 11 bulan memerintah Perak yang didakwa oleh UMNO BN tidak buat apa-apa untuk rakyat. Antaranya mengembalikan semula bantuan perkapitan kepada SAR, memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan SJKC, memberi bantuan dermasiswa RM 1000 kepada pelajar-pelajar IPT, memberi air percuma 20 meterpadu kepada rakyat miskin, menaikan peruntukan musibah di setiap daerah dari 30 ribu kepada 50 ribu, menaikan bantuan kebajikan dari serendah-rendah RM 50 kepada RM 200 dan semaksima RM 400, memberi suratan hak milik kepada penduduk Melayu di kampung tersusun dan juga penduduk Cina di Kampung-kampung Baru, memberi elaun bulanan kepada Ketua Kampung RM 400 sebulan dan RM 200 sebulan kepada SU JKKK, menubuhkan Tabung Kebajikan Rakyat untuk membantu anak-anak yatim, warga tua, miskin tegar, ibu tunggal. Menubuhkan Tabung Kebajikan Khas bagi membantu pesakit-pesakit kronik. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil bagi membantu peniaga-peniaga yang mahu berniaga secara kecil-kecilan tanpa sebarang faedah dikenakan.
Semua itu diluluskan dalam bajet 2009 yang dibentangkan dalam sidang DUN bajet 2009. Banyak lagi sebenarnya yang dibuat oleh PR sepanjang 11 bulan memerintah Perak yang kebanyakannya ditiru dan diteruskan oleh UMNO BN. Tetapi UMNO BN membutakan mata rakyat dengan maklumat ini, sebaliknya menyebarkan fitnah dan tohmahan kepada rakyat.
Misbahul Munir
Setpol Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Pakatan Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (Tiram) bernilai RM20 juta sebagai persiapan ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ke 13 nanti.
Pengerusi Tiram, Datuk Husam Musa berkata, ia akan dilancarkan 7 Ogos ini di Stadium Melawati, Shah Alam dan dijangka semua pemimpin kanan Pakatan menghadirinya.
"Sehingga ini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan kehadiran," kata Husam.
Pelancaran ini dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan RM20 juta.
Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 Juta bagi menawan Putrajaya pada Mei lepas.
PAS sering mendapat sumbangan kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.
Seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Islam Agama Islam (Jasa) telah diserang demam akibat jangkitan virus “teori retorik” semasa berwacana di Kota Bharu dua minggu lepas (10 Julai).
Panel itu ialah Lokman Nor Adam bekas pemuda KeADILan yang menyertai Umno yang kini mendapat ‘bahagian’ dengan menduduki kerusi panel pemikir Jasa.
Dr. Mujahid dan Dr. Mohd Asri yang juga ahli wacana anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu didapati tidak dapat mengawal Lokman daripada serangan virus retorik itu. Mungkin juga, Affandi Yusof rakan sekapal Lokman turut membiarkannya agar diserang virus itu.
Kandungan virus retorik itu adalah sarat dengan rupa kebencian terhadap misi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS selama ini.
Kenyataan Lokman di dalam wacana tersebut ketika mengomel perjuangan PAS sudah dilihat terluah dengan kepanasan suhunya melonjak. Luahan sinisnya tentang pencapaian PAS sekarang mungkin berpunca daripada kejayaan PAS mentadbir Kelantan berpendomankan Islam.
Atau mungkin juga kerana terkedunya akibat wacana anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu membincangkan khusus mengenai isu keMelayuan yang menjadi darah daging perjuangannya.
Betapa keterbukaan kerajaan Negeri dalam melihat persoalan bangsa yang menjunjung ketinggian beragama telah membuka ruang pihak pemimpin Umno (meskipun pemimpin kerdil) untuk membidas pencapaian kerajaan Negeri Kelantan.
Apa pun, ahli exco terbabit, Dr. Mohamed Fadhli Datuk Hassan merupakan mantan pensyarah UIAM suka melihat Kelantan sebagai hub ilmu yang terkenal sedikit masa lagi. Setakat ini sudah enam kali wacana serupa diadakan di Kota Bharu.
Mungkin pihak Urusetia Penerangan di bawah bimbingan Haji Abdul Rahman Yunus bakal menerbitkan dokumen rasmi siri wacana tersebut. Ia bakal memlengkapkan lagi sifat ‘Serambi Mekah’ di bawah kepimpinan ulama terkenal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Teori retorik disanggah. Teori retorik biasanya dipakai di dalam kajian sastera bagi melihat asas-asas jalan penulisan yang bersifat sastera dan komunikasi.
Di sebalik teori ini juga terkandung nilai-nilai retorik krtikan mengenai kuasa, dominasi dan ideologi. Ia menyentuh soal politik dan pemerintahan, namun ia masih tertumpu kepada nilai-nilai falsafah yang berasal dari idea Plato. Di dalam penggunaan moden retorik difahami sebagai seni berbahasa bagi komunikasi berkesan dan berlaku dalam lima asas, iaitu penemuan atau pencarian sesuatu, tatacara, gaya, ingatan dan penyampaian. Justeru retorik selalu disesuaikan dengan pendekatan politik
demokrasi yang mengutamakan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik.
Namun, retorik tidak terlepas dari nilai-nilai ‘mengada-adakan’ sesuatu yang belum pasti dan pura-pura, tetapi dibahas secara logik, etos dan bersandarkan fakta yang mungkin direka-reka.
Sesungguhnya umat Islam tidak harus terperangkap dengan momokan teori retorik yang dilontarkan pada malam wacana tersebut. Asasnya kerana ajaran Islam tidak membenarkan umatnya mengambil pendekatan retorik berhubung sikap dan keyakinan serta tindakan mengenai perintah agama.
Di sisi Islam, manusia diciptakan Allah atas tujuan menjadi khalifah di bumi bagi memastikan kehidupannya berpandukan konsep pengabdian (ubudiah) kepada-Nya. Justeru dalam soal bernegara umat Islam tidak boleh bertindak secara retorik. Ajaran Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan contoh teragung untuk diikuti dan dilaksanakan oleh umatnya, iaitu “bernegara secara beragama.”
Oleh itu, manusia sebagai khalifah Allah tidak diizinkan untuk menyakini berasaskan retorik yang bersumberkan sekularisme (menepikan ikatan agama). Ini kerana sebagai khalifah Allah, maka Allah memberi tugas bernegara secara beragama –melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang.
Justeru itu dalam urusan bernegara, PAS sentiasa berpegang kepada prinsip bernegara mengikut apa yang disunahkan oleh Nabi Muhammad yang meletakkan dasar-dasar pentadbiran Islam sebagai teras utama.
Oleh kerana itu, umat Islam tidak boleh beretorik di dalam hal-hal keagamaan. Misalnya, perintah sembahyang (solat) lima waktu, puasa bulan Ramadhan, berhaji ke Tanah Suci Mekah dan berzakat bagi yang sampai had rezekinya adalah tidak boleh ditunaikan secara retorik.
Mungkin pendukung sekular sahaja yang tergamak mengatakan ibadat sembahyang, pergi haji atau tunai zakat sebagai amalan retorik. Hakikatnya semua amal ibadat di dalam Islam, termasuk pekerjaan rutin tidak boleh dianggapkan retorik. Pada asasnya semua amal ibadat adalah perintah Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu, di sebalik amal ibadat adanya nilai pahala, syurga, keikhlasan dan paling penting bukti pengabdian kepada al-Khaliq.
Tidak wajar sama sekali menuduh PAS sebagai parti retorik dalam soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Paling tidak wajar juga apabila menuduh PAS menjanjikan dasar-dasar pentadbiran Islam sebagai retorik.
Sedangkan dunia telah tahu, malah sebahagian ahli Umno juga tahu, dan mungkin juga Panel Pemikir Jasa semua tahu (tetapi buat-buat tidak tahu), betapa dasar Islam yang dipakai dalam Umno ibarat gelombang ombak di lautan yang berbuak bergulung bila ada ribut, tetapi hanyut dan terdampar bila lautan kembali tenang.
Misalnya, Umno era Mahatirisme terkenal dengan dasar Islamisasi, kemudian bertukar kepada Islam Hadhari ketika era Pak Lah dan bertukar lagi menjadi ‘Islam satu Malaysia’ pada era Najib. Selepas ini Islam jenis apa pula? Kemudian, bagi rakyat Kelantan mereka tidak akan lupa, sejarah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Hudud yang diluluskan tahun 1993.
Namun, Perdana Menteri ketika itu mempersoalkan hukum hudud itu dan tidak menerimanya, meskipun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. Malah Kerajaan Negeri Kelantan turut menerima surat daripada Perdana Menteri yang melarang penguatkuasaan hudud di Kelantan. Apakah tindakan sedemikian tidak retorik?
Oleh itu, kalau ada suara-suara sebelah Umno yang melalak (jangan sampai peringkat menyalak) dalam menyeru PAS bersatu melaksanakan dasar Islam, maka katakan, “Umno pembohong.” Lihat sahaja Umno era Najib, mana satu dasar Islam untuk kita banggakan?
Sebaliknya, apa yang dilaksanakan tidak lebih daripada mengharu-biru keadaan, sehingga berlakunya pertelagahan sesama mufti dan tidak sependapat dalam pelbagai isu. Muncul pula tali barut yang tuduh menuduh dengan ungkapan sesat, wahabi dan syiah.
Paling teruk terdedah akhlak segelintir rakyat yang mempamerkan petunjuk prestasi utama yang buruk seperti peningkatan kes jenayah seksual, jenayah along, jenayah ragut, jenayah buang anak dan amalan rasuah.
Mengenai pemakaian dasar Islam dalam perjuangan parti, PAS amat komited memperjuangkan Islam. Dasar perjuangan Islam adalah kesinambungan daripada perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan 1948, tetapi diharamkan penjajah Inggeris beberap bulan selepas itu.
Pengharaman itu dipercayai disebabkan desakan pemimpin Umno yang menganggapkan Hizbul Muslimin yang dianggotai alim-ulamak sebagai ancaman kepada Umno serupa dengan komunis. Kemudian pemimpinnya ditangkap dan saki baki pemimpin Hizbul Muslimin telah bergabung semula menubuhkan PAS tahun 1951.
Umno pula sebuah parti Melayu yang diwujudkan atas sentimen marahkan penjajah Inggeris yang memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union difahami sebagai mencabar hak kerakyatan dan kedudukan raja-raja Melayu. Atas asas ini, amat jauh sekali untuk mengatakan tujuan Umno ditubuhkan untuk menjayakan dasar Islam.
Oleh itu, berlakunya golongan ulama yang meninggalkan Umno disebabkan mereka tidak mahu bersubhat dengan isu judi loteri yang dilaksanakan kerajaan Umno. Justeru tiada asas untuk mendakwa Umno sebagai pejuang Islam. Jika ada yang mengatakan Umno berjuang Islam, maka ia adalah retorik.
Demi Islam, PAS-Umno bergabung? Berpandukan kontradiksi antara PAS dan Umno tersebut, sudah tentu dasar perjuangan kedua-duanya tidak mudah dikompromikan. Apa pun, sekiranya wujud, mungkin sampai ketikanya Umno menukar dasarnya kepada dasar Islam. Apabila bertukar kepada dasar Islam, ia akan serupa dengan PAS. Lantas PAS boleh bergabung dengan Umno, sebagaimana bergabungnya Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat (singkatan KeADILan).
Maka dalam soal politik PAS-Umno, sekiranya PAS bergabung dengan Umno, mungkin nama yang sesuai ialah Parti Islam Bersatu Malaysia singkatan BERSATU). Soalnya, inginkah pemimpin Umno menukar dasarnya lalu memakai dasar Islam semata-mata untuk bersatu dengan PAS?
Apa pun, sekiranya BERSATU itu menjadi realiti, suatu pemilihan kepimpinan yang baru perlu dibuat. Ketika itu, pemimpin yang layak mengetuai sebuah parti Islam semestinya mereka yang faham dengan perjuangan dan pergerakan Islam.
Maka, tidak semestinya semua pemimpin Umno hari ini akan dipilih. Ini dilemma sesetengah pemimpin Umno yang memang tidak ingin terlepas jawatan. Sudah tentu mereka ini tidak bersetuju. Maka akan ada yang kecewa dan bertindak melawan sebarang usaha menukar dasar parti untuk bersatu dengan PAS.
Jika demikian sikap sesetengah pemimpin, mungkinkah Umno boleh membuang retoriknya selama ini? Namun, demi bersatu atas nama Islam sewajarnya Umno membuang retorik perjuangan kebangsaannya.
Realiti Umno sekarang adalah menolak Umno dengan penuh sedar. Ia dilakukan dengan penuh ‘ikhtiar’. Umno memakai dasar kebangsaan adalah dilakukan dengan penuh sedar, iaitu mengutamakan kebangsaan daripada Islam. Berbeza dengan DAP yang tidak memakai Islam, ia tidak dianggap suatu ‘ikhtiar’ kerana DAP tidak mewakili kelompok parti yang ahlinya beragama Islam.
Sebaliknya DAP menjayakan perjuangan yang tidak berteraskan mana-mana agama disebabkan terbawa-bawa dengan prinsip politik sekular yang diadu domba oleh Barat, terpengaruh dengan aliran sekular Umno dan pelbagai kecaman pihak musuh Islam.
Apabila umat Islam tidak mahu memperjuangkan Islam, maka perjuangan umat Islam boleh dianggap kosong. Sementara Islam sendiri selaku fikrah dan wadah kehidupan dunia akhirat boleh mengisi kekosongan itu. Apabila Umno tidak bersedia untuk menerima dasar Islam, sebenarnya Umno akan terus membiarkan ahlinya berada di dalam kekosongan.
Di sinilah hujah tepat untuk Umno menerima Islam sebagai wadah perjuangan demi memastikan umat Islam tidak terperangkap dengan sebarang perjuangan yang kosong.
Sebaliknya PAS yang sejak awal menerima Islam telah menghubungkan kehidupan ahlinya dengan panduan Islam. Hanya Islam sebagai landasan perjuangan politik yang boleh mengisi kehidupan ahlinya mencapai keredaan Allah SWT. Ini kerana komitmen PAS apabila berkuasa ialah melaksanakan prinsip Islam di dalam urusan kerajaan dan rakyatnya.
Justeru apa yang PAS perjuangkan telah mengambil kira maslahah umat dan syariat, sekaligus menurut apa yang disunahkan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka, amatlah dangkal sekiranya ada pihak yang berstatus ulama atau mufti yang mencadangkan perpaduan orang Melayu berwadahkan bangsa bukannya agama. Sepatutnya, cadangan itu hendaklah di atas prinsip perpaduan berwadahkan Islam.
Amat tidak masuk akal apabila seorang bertaraf mufti (Berita Harian,18 Julai 2010) menusuk cita-cita sampai terungkap kata-kata “saya tidak pernah berputus asa” mahu menyatukan orang Melayu atas sentimen perjuangan bangsa.
Maka, kita boleh anggapkan sikap dan cita-cita ulama atau mufti itu sebagai pemakaian teori retorik yang keterlaluan sehingga lupa jawatan ulama atau mufti itu sebenarnya adalah atas nama Islam bukannya bangsa.
Bayangan daripada kisah seorang ulama atau mufti di atas, ternyata wujud di dunia ini sikap orang berpengetahuan agama yang hidupnya dengan pakaian agama, tetapi pemikiran dan falsafah akidahnya masih terpaku pada perjuangan kebangsaan Melayu. Sehingga dipetik kata-kata (dalam Berita Harian, 18 Julai 2010), “perpecahan wujud kerana kita meletak keutamaan di tempat salah, jika diletakkan di tempat betul,.. kita boleh berjaya.”
Persoalannya di sini, apakah maksud ‘meletak keutamaan di tempat yang salah’? Sebagai orang beragama, wajar diperjelaskan, apakah meletakkan keutamaan kepada kebangsaan Melayu itu adalah tindakan yang betul? Adakah dengan mengutamakan perjuangan Islam itu adalah tindakan yang salah? Realiti daripada apa yang berlaku, kelihatan amat jelas natijah kenyataan mufti tersebut adalah mendahulukan sentimen keMelayuan berbanding keIslaman.
Semoga Allah SWT mengampuni segala kesilapan hamba-Nya yang serba kekurangan dari segi iman dan takwa. Hanya kemuliaan iman dan takwa kepada Allah akan memuliakan manusia dan bangsanya. Ingatlah, manusia dan bangsa itu dianggap umat yang berjaya di sisi Allah dan Rasul-Nya apabila berjuang tidak di atas dasar bangsanya, tetapi berjuang atas dasar fisabilillah.
Bukan fisabilillah jika berjuang atas sentimen perpaduan bangsanya sedangkan Islam di kesampingkan, maruah Islam terus dihina dan penghayatan Islam terlalu minimum, hatta pemimpin dan isteri-isterinya tidak menjaga kesempurnaan maruah dan aurat peribadinya.
Insaflah dan kembalilah dengan menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan sebenar. Sesungguhnya perjuangan PAS menjadikan matlamat pelaksanaan cara hidup Islam dalam diri, masyarakat dan negara bukanlah retorik.
Maka katakan, perjuangan Islam itu adalah satu tanggungjawab bagi seluruh umat Islam.
Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Wan Nik Wan Yusof

1.
Sampai Bila Melayu Mesti Bercakaran ? Kita ummat Islam diajar supaya bersatu dengan Tali Allah [
Islam ] dan saling tolong menolong atas premis kebaikan dan Taqwa .
Bukan atas premis dosa dan permusuhan .
2. Bagaimana bangsa melayu nak maju dan hebat jika asyik bercakaran dan bertelingkah . Bayangkan betapa banyak masa kita habiskan untuk persengketaan yang tidak membawa kebaikan kepada ummat Islam .
3. Masing - masing enggan mengaku kalah dan bertolak ansur . Saling tuding menuding jari antara satu sama lain sementara
musuh - musuh Islam tentu sahaja tersenyum lebar melihat persengketaan yang kelihatan seperti tiada tepinya ini . Musuh tentunya galak menyuburkan benih persengketaan dan menyalakan api permusuhan sesama kita ummat melayu Islam .
4. Banyak agenda membangunkan ilmu pendidikan , pentarbiyyah diri dan masyarakat , tamaddun dan peradaban negara serta pertumbuhan ekonomi dan zon sosial yang harmonis tergendala
akibat pergeseran dan pertelagahan yang begitu lebar jaraknya dan lama tempohnya.
5. Ahli UMNO rata - ratanya melayu dan beragama Islam , demikian juga ahli PAS berbangsa melayu dan beragama Islam .
Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli PAS . Demikian sebaliknya ahli PAS juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO . Persoalannya sampai bila melayu UMNO dan PAS ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga .
6. Saya kira UMNO dan PAS perlu ada
pelan damai untuk menamatkan persengketaan yang panjang ini . Kebanyakan kita ummat melayu tentu telah berasa
bosan dengan pertelagahan ini . Terutama menyaksikan gelagat pemimpin yang memburu kepentingan politik lalu mengeksploitasi sentimen kebencian antara kedua - dua belah pihak.
7. Kita juga tidak mempunyai banyak masa . Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini , semua pihak mesti berlapang dada . Korbankan perasaan dan kemahuan untuk bertolak ansur mencari nokhtah damai atau gencatan senjata . Laksana
Aus dan
Khazraj yang bersengketa ratusan tahun , akhirnya dengan
Tali Allahyang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. , hati - hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi
"satu" dan erat dibawa canopy Islam .
8.
Khibrah atau pengalaman penyatuan melayu pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila PAS menyertai Perikatan seketika dulu . Namun 1001 masaalah lampau telah menjadi sejarah bahawa akhirnya penyatuan itu gagal apabila PAS ditolak keluar dari Perikatan pada masa itu . Tidak mengapalah pada sejarah lampau . Demi sebuah penyatuan melayu yang hari ini dicanang sendiri oleh para pemimpin UMNO , kita sedia membina sejarah baru khasnya generasi muda hari ini .
9. Walaupun
sejarah perit telah dilalui oleh PAS sewaktu ditolak keluar dari Perikatan tempoh silam , perit melihat pembunuhan di Memali , perit menyaksikan pemimpin - pemimpin PAS disumbat ke penjara [ ISA ] , perit menyaksikan kerajaan Kelantan dirampas pada 1978 setelah 18 tahun berkuasa sebelum ditakluki kembali pada tahun 1990 ......
PAS seperti boleh melupakan segalanya demi perjuangan untuk mendaulatkan Islam serta penyatuan ummat melayu Islam sebagaimana :
- PAS bersedia melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bersama UMNO dan BN terhadap PAS , apabila Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sanggup dan sedia menghulurkan tangan persahabatannya dengan PAS untuk sama - sama berjuang membasmi rasuah dan menentang penyalahgunaan kuasa .
- PAS boleh melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh YAM Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu beliau bersama UMNO dan BN menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada tahun 1978 , apabila YAM Tengku Razaleigh Hamzah juga sanggup dan sedia menghulurkan jasa bakti beliau memimpin kebangkitan rakyat dan berjuang bagi pihak rakyat kelantan untuk mendesak agar royalti minyak Kelantan dibayar .
10. Maka , apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [
Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] . Kini di era YAB
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan , sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman , makmur , sejahtera , adil , telus , saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa melayu itu sendiri . Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam.
Nota : Itulah
pelan damai untuk UMNO dan PAS yang saya maksudkan . Jika ini berjaya , maka kebimbangan UMNO mengenai masa depan kuasa politik orang melayu akan dapat dijawab dan diatasi dan melayu Islam akan menjadi lebih kuat di dalam Pakatan Rakyat .
Saya mohon Pelan Damai ini diterima sejujurnya oleh semua pihak . Ameen Ya Rabbal A'lamin .
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.
Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.
"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.
"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.
Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.
"Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu.
Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota Umno sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.
"Sepatutnya jadi anggota Umno kita serah apa yang ada pada kita, jiwa dan raga demi untuk perjuang nasib Orang Melayu dan Islam di negara kita. Kita ada pilihan, tak ada orang marah kalau tak jadi anggota Umno," katanya.
Katanya menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.
"Bermuhasabahlah kita, dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan masalah kita. Lagi cepat selesai, lagi baik kerana tanggungjawab kita nak bela dan beri perhatian nasib bangsa kita dan dalam masa sama kita tidak abai tanggungjawab untuk pimpin masyarakat lain kerana kita jadi kerajaan," katanya.
Muhyiddin berkata Umno perlu bangkit semula dalam situasi mencabar terutama selepas keputusan mengejutkan pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
Katanya, usaha perlu dilipat ganda untuk menebus balik negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dan mengembalikan kedudukan dua pertiga Barisan Nasional di parlimen.
"Senario hari ini, kita bukan lagi menghadapi cabaran tetapi ancaman dan kedudukan kita boleh tergugat kalau kita tak jaga.
"Pokoknya, usaha yang boleh kita lakukan untuk kukuhkan parti, jika kuat, rakyat lebih yakin dengan kita, mana yang duduk di tepi-tepi, mereka akan kembali yakin kepada kita, pimpinan dengan semangat baru, mereka akan kembali sokong kita," katanya.
Polis merampas sebuah kereta mewah Rolls Royce RC bernilai RM2.85 juta yang menggunakan lambang nama “Sultan Melaka” sewaktu majlis perasmian bangunan oleh sebuah syarikat pelaburan tempatan di Bandar Puteri Puchong, Serdang semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata hasil siasatan mendapati kenderaan mewah yang tertulis “D Y M M Tuanku Raja Noor Jan Shah” itu disewa daripada sebuah kedai jual kereta terpakai dengan menggunakan nama Sultan Melaka supaya mampu menarik kepercayaan pelabur asing.
“Kami juga menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang mendakwa sebagai pemandu dan penganjur majlis itu untuk siasatan lanjut. Setelah diperiksa seorang daripada mereka positif dadah jenis ketamin ” katanya.
Abd Razak berkata polis akan mendapatkan keterangan daripada Raja Noor Jan Shah yang sebelum ini pernah mendakwa dirinya waris Kesultanan Melaka sama ada beliau mengetahui namanya digunakan oleh syarikat pelaburan berkenaan.
“Kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ untuk siasatan lanjut dan lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya ” katanya.
Majlis kira-kira pukul 1 tengah hari itu disedari sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan itu dan mendapati kenderaan mewah yang dipamerkan itu menjadi tumpuan ramai terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong China dan Vietnam.
“Setakat ini polis hanya menahan seorang individu atas kesalahan positif dadah dan dua lagi dibebaskan Namun siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mendapatkan keterangan daripada wakil syarikat pelaburan berkenaan ” katanya.
Bijak sungguh Umno-BN memainkan isu pasir di Selangor sehingga tidak berpeluang dan terjawab oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Setiap penjuru ditembak baik media cetak maupun media elektronik. Kata ore kelate tak dan nak angkat kepala.
Tup-tup harga gula pasir yang naik. Begitulah mudahnya rakyat dialihkan tumpuan.. diversion oleh kerajaan sebelum menaikkan harga petrol, diesel, gula dan LPG. Rakyat yang akan menanggung beban telah disogokkan sehingga memualkan dengan kes pasir di Selangor.
Berbondong-bondong ahli Umno dan Perkasa berdemonstrasi (haram tetapi dihalakan) menghentam kerajaan Selangor dan kini mereka sendiri terperangkap dengan mainan maha bijak PM DS Najib Tun Razak. Sedang kemuncak isu berkenaan, dilepaskan bahan kenaikan harga barang.
Media akan memberi sekelumit laporan kenaikan harga berkenaan tetapi selebar mungkin hal pasir Selangor.
Benarlah Umno-BN telah mencurah pasir ke dalam pinggan rakyat.
Namun yang dinaikkan harga oleh UBN adalh pasir juga. Iya ler Pasir ler jugak.. gula pasir yang tentu akan berpasir kerna sekali naik 25 sen. Memang tak da sapa makan gula... cuma gula ni bahan wajib di dapur ler. Bijak sungguh pentadbiran UBN bawah DS Najib Razak ini.. menaikkan harga barang sebelum umat Islam sambutan Ramadhan dan Hari Raya.
Isu kenaikan petrol, diesel, gula dan gas LPG ini melengkapkan keseluruhan rangkaian untuk membolehkan pengusaha menaikkan harga barangan lain. Semuanya. Segalanya yang berkaitan dengan kehidupan manusiawi tcrmasuk goreng cekodok. Tunggu dan lihat ... jangan harap wang saku anak sebanyak RM2 ke sekolah masih mencukupi... kalau masih boleh dibeli nasi lemak atau seumpamanya maka kuantiti atau kualitinya pasti berkurangan.
Sungguh menyedihkan kenaikan kali ini kerana melibatkan 5 dalam satu dan ia jelas sekali sebagai usaha menyelamatkan negara yang mungkin diambang kemuflisan seperti mana kata Menteri berkenaan Idris Jala. Muflis kerana perbelanjaan yang banyak tidak berfaedah dan merugikan negara..
Malas nak mengulas panjang cukuplah sekadar berkata namun Najib tentu bijak dalam hal menawan hati rakyat kerana khabarnya kakitangan kerajaan akan menerima bonus akhir tahun ini... perrggh
"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.
Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.
Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.
Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.
Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.
*Oleh Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.
Adolf Hitler... ada beberapa fakta mengenai pemimpin Nazi ini yang boleh mengejutkan umat Islam. Semuga bermanfaat mengetahuinya..
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam.
Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, termasuk tentera yang bukan Islam.

Tentera Jerman beragama Islam dibenarkan menunaikan solat ketika masuk waktu...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau... (foto seumpama ini kini boleh diperolehi daripada internet)


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta ulama mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian. Selain itu Hitler juga mengakui tindakannya banyak berpandukan al Quran.
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler memerintahkan penasihat-penasihatnya mencari kata-kata pembukaan yang hebat termasuk dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Jerman mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera Jerman.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suciku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler tidak meminum arak dan telah enggan berbuat demikian ketika beliau gementar semasa keadaan Jerman yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu doktor mencadangkan beliau minum arak sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan: " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menjamah minuman itu. (dipetik/edited dari fb Azhar Abdullah)