Perlantikan senator sebagai anggota kabinet DS Najib Tun Razak, memberi tanggapan bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bagi Perdana Menteri, kebanyakan ahli parlimen BN mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," kata beliau.
"Elok DS Najib adakan pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik sebegitu ramai senator menganggotai kabinet barunya kerana ia secara langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.
"Senator yang dilantik itu bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata."
"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," katanya.
"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," katanya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap Perlantikan tersebut, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.
0 comments