PM DS Najib Razak adalah umpama koboi zaman 'Wild Wild West' siri TV tahun 1960-an yang selalu menunjukkan watak orang yang tak pedulikan undang-undang.
"Hukum yang dipakainya ialah pistolnya," katanya Datuk Zaid Ibrahim sebagai mengulas tawaran Najib secara terbuka kepada masyarakat Cina agar memenangkan calon BN dan kerajaan akan memberikan habuan kepada mereka.
Dia sanggup melakukan apa saja kerana orang takut kepadanya; sebab dia digelar “penembak yang cekap (a fast draw) kata Zaid dalam blognya.
"Najib sama macam hero kaki tembak orang tanpa peduli undang-undang. Dia rasa dia sudah berjaya setelah “menang” di Hulu Selangor dengan membeli undi, menggunakan media massa termasuk Utusan dan stesen TV untuk memburukkan dan memfitnah lawan dan menyalahgunakan semua agensi penguatkuasa kerajaan tanpa segan silu.
PM bertandang ke Sibu dengan gaya dan taktik yang sama. Dia tawarkan RM18 juta kepada sekolah-sekolah Cina, RM1.7 juta untuk gereja-gereja Kristian dan RM5 juta untuk mitigasi banjir. Wang tunai yang tidak kehabisan pula bercurah-curah di rumah panjang di Sibu.
"PM Najib dan orang nombor duanya Muhyiddin sebenarnya jenis pemimpin yang tak ada moral kepimpinan. Tidak layak menjadi pemimpin; tidak boleh dijadikan teladan," kata Zaid.
"Mereka pandai memburukkan peribadi saya tetapi merekalah sebenarnya “promoter” kepimpinan yang rasuah dan ganas. Bangga dengan penyalahgunaan kuasa yang dipamerkan. Bangga bila membelakangkan undang-undang dengan sewenang-wenangnya. Mereka tak sedikit pun rasa malu dan segan. Tak segan kepada rakyat sendiri dan tak malu kepada kacamata dunia tentang tindakan mereka."
-
0 comments