Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - Kerajaan perlu dengar pandangan rakyat: Pak Lah

Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat mengenai lesen perjudian bola sepak semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya.

Sementara itu, selepas berdemonstrasi di lima negeri semalam, Pemuda PAS mahu menggiatkan lagi bantahan terhadap lesen judi bola sepak, termasuk berhimpun di kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Ketua pemudanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menggerakan kira-kira 5,000 orang bagi membanjiri Masjid Kampung Repek di Bachok, Kelantan pada 28 Mei, selepas solat Jumaat.

"Kita jangkakan 5,000 akan hadir. Oleh kerana ini bantahan daripada (rakyat) Pantai Timur, kita akan bawa bersama (peserta) daripada Terengganu dan Pahang," katanya.

PAS semalam mengadakan perhimpunan 'pemanas badan' di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Perhimpunan terbesar dipercayai di Perak dengan penglibatan kira-kira 300 orang, termasuk masyarakat bukan Islam.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers