You Are Here:
Home -
social concern
-
ZAHID GAGAL BATALKAN SAMAN MALU TERHADAPNYA
ZAHID GAGAL BATALKAN SAMAN MALU TERHADAPNYA
Posted by abewa on 3:24 PM //
0
comments
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh seorang usahawan terhadap beliau, tiga tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya hari ini.
Mahkamah juga memberi tempoh selama sebulan kepada Ahmad Zahid untuk memfailkan pernyataan pembelaannya berhubung saman itu.
Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 39, selaku plaintif memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid selaku defendan.
Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.
Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan ianya mengaibkan dan remeh-temeh.
Amir Bazli dalam pernyataan pembelaannya pula mendakwa permohonan Menteri itu untuk membatalkan saman malu tersebut adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak berasas.
Beliau diwakili peguam Karpal Singh dan Sangeet Kaur Deo sementara Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon dan Shamsul Bahrain Ibrahim.
KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM
Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.
0 comments